Sunday, December 21, 2008

Siswa perlu berani pertahankan program mereka

11 Disember, 2008

Tadi, rombongan kami baru selesai membuat persembahan nasyid di Kg Okebut, yang terletak tidak jauh daripada bandaraya Phnom Penh. Kini, saya sedang mencoret sedikit catatan di dalam coaster yang kami sewa sepanjang hari ini.

Tuesday, December 16, 2008

Catatan di Kemboja (1)

7 Disember (Ahad)
Saya bangun sekitar jam 5:30 pagi, bersiap-siap ke KLIA. Hati berdebar-debar kerana terpaksa pergi seorang diri, tanpa kumpulan. Rasa keinsafan menjalar. Bagaimana nanti keadaan kita di akhirat dan Padang Mahsyar? Bersendirian saat wang dan sanak-saudara sudah tidak bermakna apa-apa? Kesimpulannya, kita mesti tingkatkan amalan..

Sunday, December 14, 2008

Monolog Sudin darihal Kemboja dan Champa

Fahri Abdullah al-Masri
Sat | Dec 06, 08 | 10:04:20 pm MYT

Seksanya menunggu akhirat. Sejak dua tiga hari belakangan ini, dia memang panasaran dan gelabah ketika menantikan masa untuk berkelana ke suatu daerah dan lembah yang dia sendiri tidak ketahui rupa parasnya. Champa dan Kemboja, demikianlah nama tempat itu. Kini, dia diarahkan pergi membuat liputan di negara komunis itu.