Saturday, April 02, 2011

Karnival kerjaya belia, BN perangkap menjelang pilihan raya umum?

Oleh H FANSURI

Timbul cerita mutakhir ini tentang ratusan pelekat haram di sekitar bandar-bandar, pekan di Malaysia yang merosakkan pandangan awam. Kebanyakan pelekat haram ini adalah iklan Ah Long dan selebihnya tawaran-tawaran pekerjaan. Iklan Ah Long yang menawarkan hutang memanglah akrab dengan iklan menawarkan pekerjaan-pekerjaan.

Friday, April 01, 2011

Antara 'People Centric' Muhyiddin dan falsafah umat pertengahan

Oleh H FANSURI

Dalam suatu kempennya sempena pilihan raya di Sarawak, Muhyiddin menyentuh hal People Centric. Dalam laporan lain, Muhyiddin menyentuh perihal betapa perlunya meletakkan kepentingan individu yang sepatutnya menjadi dasar PBB, IMF, Bank Dunia dan WTO.

Bagaimanakah pengaruh Islam gugur dari Mongolia?

Oleh H FANSURI

Empayar Mughal juga disebutkan sebagai (Mughal Baadshah) adalah sebuah kerajaan yang pada masa kemuncaknya telah diberikan peluang untuk mentadbir Afghanistan, Balochistan, dan kebanyakan anak benua India antara tahun 1526 sehingga 1857.

Tuesday, March 29, 2011

Tidak sah revolusi guling pemerintahan secara ilmu sihir

Oleh H FANSURI

Mengguling tadbiran seseorang penguasa yang zalim, penindas serta memeras adalah harus hukumnya. Tetapi, timbul persoalan di sini, adakah sah penggulingan pentadbiran itu dengan melakukan ilmu sihir ke atas pemimpin dan raja-raja di negara itu?

Antara revolusi 'Lat Kampung Boy' dan Najib Razak di Kg Baru

Oleh H FANSURI

Pada 23 Mac lalu, ada persembahan 'Lat Kampung Boy sebuah muzikal' bersempena Malam Gala. Walaupun dilewatkan pementasannya lebih kurang 15 minit (asalnya, pementasan itu dijadual pada 8:30 malam ) sebab kelewatan PM Najib Razak dan isterinya Rosmah, tetapi ia tetap menghiburkan dengan lawak jenaka termasuk jalan ceritanya yang baik.

Pawagam porno di Carcosa, di mana adegan porno Soi Lek?

Oleh H FANSURI

Filem Matinya Seorang Patriot (1984), sebuah filem revolusi yang mengisahkan pembunuhan berdarah seorang demi seorang ahli Lembaga Pengarah Melati Holdings Sdn Bhd. Syarikat besar ini kepunyaan Bumiputera dan Haji Shahban adalah salah seorang daripadanya.

Monday, March 28, 2011

Isu Alkitab: Lindungi Islam dengan kuasa Raja Melayu, bukan PM

Oleh H FANSURI

Ketika Perdana Menteri Najib Razak mengeluarkan kenyataan berhubung pengedaran Bible Melayu di Pelabuhan Klang, kita semua tahu keputusan itu bercanggah dengan keputusan kabinet sebelum ini.

Friday, March 25, 2011

Jika Najib itu gempa bumi, maka Rosmahlah tsunaminya

Oleh H FANSURI

Rosmah bukanlah intelektual. Kekerapan beliau muncul di kaca televisyen itu adalah disebabkan beliau isteri Perdana Menteri. Gelaran isteri PM bukanlah jawatan dalam menteri kabinet dan beliau bukanlah memiliki apa-apa keistimewaan dalam kuasa eksekutif.

Thursday, March 24, 2011

Bolehkah diwujudkan akhbar Kg Baru untuk protes Raja Nong Chik?

Oleh H FANSURI

Namanya Zaki. Dia tinggal di Ampang. Rumah neneknya terletak di Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru. Di gerai nasi lemak Wak Manjor in Kg Baru, dia melengung. Mungkin mengenangkan hal dirinya.

Monday, March 21, 2011

Surat buat Uthaya: MIC perlu keluar BN jika rasa dikhianati dalam pindaan Interlok

Oleh H FANSURI

Oleh kerana berasa dikhianati, Uthaya Sankar SB bersama panelis MIC pun berundur daripada jawatankuasa khas yang membahaskan novel Interlok itu.

Kekayaan keluarga Taib Mahmud diselubungi misteri

Oleh H FANSURI

Di internet sudah bersepah dengan fakta-fakta kekayaan Taib Mahmud. Ada catatan menyebutkan beliau sebagai pemimpin yang memiliki keyakinan diri, suka menunjuk-nunjuk, dan bernafsu kepada benda mahal. Ada juga laporan bahawa beliau pernah membeli piano milik mendiang penghibur di Amerika, Liberace berharga 2 juta dollar Amerika.

Friday, March 18, 2011

Protes Tuan Simi ke atas 'wanita pertama' Singapura

OLEH H FANSURI

"Demikianlah adanya lebih dan kurang
menurutkan seperti perkhabarannya orang
kelakuannya Tenku Perabu gelap dan terang
dari mula pertama sampai sekarang.

Thursday, March 17, 2011

Revolusioner Kg Baru, Teori Rahman berganti Rahim?

Oleh H FANSURI

Kampung Baru memang daerah revolusi. Ia dihuni oleh ramai revolusioner. Hal ini saya kesan, apabila sempat mengedar borang soal selidik kepada beberapa penduduk di sini.

Tuesday, March 15, 2011

Revolusi Mesir dan hubungannya di Malaysia

Oleh Ali Bukhari Amir

Percikan bahang api revolusi terbang merayap ke seluruh benua. Ketika rencana ini ditulis, ada gegaran di Libya. Dalam seminggu, dilaporkan kira-kira 233 orang terbunuh.

Tugas-tugas revolusioner Malaya melalui sastera

Oleh H FANSURI

Dr Awang Sariyan mencatat di Facebook sebagai berikut, "Teringat akan tafsiran Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas semasa berkuliah (1973 - 76) di UKM Pantai Baharu: Peribahasa 'Ikut resmi padi, makin tunduk makin menjadi' menegaskan perlunya seseorang 'tunduk kepada kebenaran', bukan tunduk melulu seperti lembu dicucuk hidung menurut kehendak mana-mana pihak."

Monday, March 14, 2011

Kg Baru, warisan sejarah perjuangan Melayu di kota

Oleh H FANSURI

Akhirnya, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menunda pembacaan Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010 di Parlimen sehingga Jun depan. Keputusan ini dibuat gara-gara bantahan penduduk di kawasan ini, demikian kata beliau.

Dr M – 'lelaki jahat' yang kuatkan Islam?

Oleh H FANSURI

Dalam sepotong hadis ada disebutkan peristiwa seorang lelaki yang berjuang di medan perang lalu dia terbunuh. Ramai yang memuji ketangkasannya, tetapi beliau tidak gugur mati syahid.

Thursday, March 10, 2011

Bob dihina masuk PAS, ada kolumkah untuk dia menjawab?

Oleh H FANSURI

Natijah yang diterima Bob Lokman agak padah dan parah. Beliau tidaklah seperti penyanyi Dwen yang memasuki Al-Arqam atau Azmil Mustapha, pelakon Ali Setan yang mengikuti Jemaah Tabligh.

Monday, February 28, 2011

Tun Razak akrabkan China, Najib rawatlah luka di hati Mongolia (TMJ, 210211)

Oleh H FANSURI

Pada 5 Februari lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya, saya dikejutkan dengan kisah yang disampaikan oleh Prof Dr Osman Bakar dalam acara anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) dan Yayasan Selangor.

Friday, February 25, 2011

Sejak bila Umno (parti) jadi 'Tuhan' (tuan) Melayu?

Oleh H FANSURI

Entah sejak bila Umno menjadi 'Tuhan' kepada Melayu? Kita sebut 'Tuhan' kerana kalimat Tuhan itu adalah lambang kepada pergantungan dan perpaduan manusia.

Dr M sanggah ISA? Soi Lek 'mansuh' AMCP? TY (210211)

Oleh H FANSURI

Akhirnya, terpaksa jugalah Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim mengambil Khusrin sebagai Ketua Setiausaha Negeri yang mengerikan mereka. Khusrin, dalam surah Al-Asr bermaksud kerugian, dan rugi ini mungkin terpaksa ditanggung oleh seluruh rakyat negeri Selangor seluruhnya.

Thursday, February 24, 2011

Raja itu 'bayangan Tuhan' di atas muka bumi?

Oleh H FANSURI

Dalam karya teks sastera klasik Melayu Sulalatus Salatin, ada disebutkan ungkapan istilah 'zillullah fil 'alam'. Apakah maksud 'zillullah fil 'alam' ini? Hal ini merujuk kedudukan raja sebagai 'bayangan Allah s.w.t di atas muka bumi'.

Revolusi Jumaat di Kg Baru, protes awal terhadap Nong Chik, Najib Razak

Oleh H FANSURI

Pada 5 Februari lalu, dalam siri jelajah ziarah masjid, Najib Razak berkata bahawa akan ada RM20 juta peruntukan wang yang akan dilaburkan bertujuan meningkatkan prasarana di Masjid Jamek Kg Baru.

Monday, February 21, 2011

Aspirasi Umno bebas di PWTC, Pro M ditutup mulut

Oleh H FANSURI

Medan Pusat Dagangan Dunia Putra (PDDP) menjadi tempat pertemuan antara pelajar Aspirasi dan tokoh-tokoh pimpinan Umno tertinggi baru-baru ini.

Al-Banna, penyemai benih revolusi, syahid 'dibunuh' Israel?

Oleh H FANSURI

Ketika hampir tergulingnya Hosni Mubarak di Mesir itu, ia sebenarnya bersamaan hari-hari terakhir wafatnya As-Syahid Imam Hasan Al-Banna pada tanggal 12 Februari, 1949. Hal ini terjadi ketika Al-Banna dan angkatannya berjuang melawan Israel.

Sunday, February 20, 2011

Cerita panjang anak muda, Kg Baru dan Universiti Malaya

Oleh H FANSURI

Suatu malam di Lorong Raja Alang 1, Kg Baru, Haji Mohd Noor, seorang arkitek, yang lahir bermukim di Kg Baru ini membangkitkan hal kekecewaannya ke atas Raja Nong Chik yang menjarah daerah yang bersejarah di sini. Malam itu, ceramah kelompok sedang disusun oleh para penggiat masyarakat di sini.

Pencerdasan umat wajib untuk menggulingkan Najib Razak

Oleh H FANSURI

Pada 12 Februari lalu, Yayasan Selangor dan Institut Kajian Dasar (IKD) mengadakan acara berkaitan pemikiran Melayu. Salah seorang pembentangnya adalah Presiden Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) Dato' Dr Siddiq Fadzil. Penyampaian beliau menunjukkan bahawa betapa banyaknya fikiran Melayu yang dirosakkan penguasa, khasnya ketika menyebut gejala Fir'auniyyah yang membodohkan rakyat.

Friday, February 18, 2011

Umno teruk kerana fitnah orang dan pecahkan Melayu PKMM

Oleh H FANSURI

Lee Kuan Yew (LKY) sudah menceroboh wilayah kehormatan umat Islam di serata alam baru-baru ini, khasnya di Singapura. Hanya Dr Mahathir yang menjadi jurubicara Najib untuk membidas LKY.

Tuesday, February 15, 2011

Kisah 'Datuk Amar' Rosmah, 'Leila Trabelsi' Sarawak dan PGL

Oleh H FANSURI

Pada 6 Februari lalu, RTM menayangkan filem Puteri Gunung Ledang (PGL) di TV2. Antara babak yang paling menarik sepanjang zaman ialah babak tujuh syarat peminangan PGL itu.

Saturday, February 12, 2011

Memorandum Interlok Pena kepada Najib Razak tidak dilayan?

Oleh H FANSURI

Interlok, oleh Abdullah Hussain itu lahir ketika filem Gerimis dan Sesudah Subuh arahan P Ramlee ini beredar di khalayak. Wajar juga ditelaah, kenapa di dalam kedua-dua filem ini menayangkan hubungan Melayu dengan India? Bahasa Tamil mula diselitkan dalam filem Melayu Malaysia saat itu.

Leila Trabelsi, punca Dunia Arab bergegar dengan laungan revolusi

Oleh H FANSURI

Namanya Leila Trabelsi. Sikapnya saling tidak tumpah dengan Rosmah Mansur; yang mengangkat diri sebagai 'wanita pertama' Malaysia. Beliau yang dilahirkan pada 20 Julai 1957, adalah isteri kepada Ben Ali; bekas presiden republik Tunisia. Dengan ini, rasmilah beliau adalah wanita pertama Tunisia.

Pesan kemerdekaan, revolusi - Interlok dan 'Sang Murabbi' Malaya

Oleh H FANSURI

"Pengarang itu 'korps avant garde', bukan menghibur... tugasnya melawan kejahatan dalam tulisan-tulisannya." - Pramoedya Ananta Toer

Thursday, February 10, 2011

Bawa pulang siswa Mesir, Najib takut revolusi?

Oleh H FANSURI

Ada suatu hal yang memeningkan kepala mengenai sikap, dasar dan pendirian Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak ketika beliau beriya-iya mahu membawa pulang mahasiswa Mesir di Universiti Al-Azhar. Apakah asas yang beliau gunakan? Adakah beliau berfikir bahawa kerajaan ada hak mutlak?

Monday, February 07, 2011

Facebookers Malaysia mangsa AMCP dan 'nyamuk' Filda?

Oleh H FANSURI

Ketika baru melayari internet dengan Celcom Broadband, tiba-tiba muncul pesanan Perdana Menteri Najib Razak seperti berikut:-

Name:
Number: CELCOM
Content: Salam 1Malaysia. Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada kaum Cina. Ikhlas dari Najib Razak & keluarga. najib@1malaysia.com.my
Time: 01/02/2011 10:42:42

Saturday, February 05, 2011

Interlok: Apakah sasterawan bersedia menyusun tindakan politik?

Oleh H FANSURI

Akhirnya, sedikit demi sedikit saya mengetahui kisah bagaimana Interlok ini meletup. Khabarnya, ada seorang pengarang India yang telah menjadi Exco Pemuda Mic. Dan, kononnya beliaulah yang menyebarkan kisah bagaimana novel ini dikatakan telah 'menghina' bangsa India di negara ini.

Takut debat, kayu ukur ketakutan Najib terhadap Anwar

Oleh H FANSURI

Masih ada lagi yang tertipu dengan laporan akhbar, media kelolaan parti pemerintah Umno, BN. Contohnya, laporan Bernama - 'Saya tidak ajak Perdana Menteri berdebat, hanya berbincang' - Anwar (19 Januari) terus diimani beberapa pendokong PR. Mempercayai 100 peratus laporan musuh adalah suatu petaka awal kejatuhan.

Friday, February 04, 2011

Bahasa Indonesia bergema di Mongolia, FB dijajah AMCP di Malaysia

Oleh H FANSURI

Sangat memalukan ketika kita sedang berusaha keras menuju Wawasan 2020, rakyat terpaksa menonton beberapa jenaka lucu yang dimainkan oleh pimpinan Umno.

Tokoh judi negara; Lim Goh Tong ada dewan kuliah di UM?

Oleh H FANSURI

Masyarakat hari ini mesti dibentuk sebagai masyarakat anti judi dan anti perusahaan perjudian. Rakyat semuanya tanpa mengira apa juga bangsa dan keturunan mesti bersatu menolak perjudian ini.

Wednesday, February 02, 2011

Tunisia menjerit! Mesir bangkit! FB diheret dalam AMCP

Oleh H FANSURI

Kylie Mouna, seorang warga Tunisia. Dalam rebung usia remajanya itu, dia sudah hafal sifir politik di negaranya sendiri. Saya bertanya khabarnya di Facebook, lalu bualan ringkas kami berlangsung.

Tuesday, February 01, 2011

LKY hina Islam, Najib masih tergamak 'jual' tanah Tg Pagar

Oleh H FANSURI

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir memang bersikap berat sebelah, 'bias' ketika beliau memarahi Abdullah Ahmad Badawi dalam isu jambatan bengkok yang melibatkan Singapura.

Sikap Umno peralatkan Sultan dan institusinya jauh lebih parah

Oleh H FANSURI

Menurut hemat saya, keistimewaan Hang Tuah jikalau dibandingkan laksamana lainnya adalah terletak pada kesetiaan kepada tuannya; raja. Itulah sebab kenapa beliau diangkat sebagai hulubalang terbaik.

Sunday, January 30, 2011

Cabaran menyeragamkan pendirian agama dalam pengharaman arak

Oleh H FANSURI

Saya kira, sudah ramailah orang yang bertembung dengan pemandangan ini - lelaki memakai pakaian t-shirt arak Carlsberg lalu bersolat Jumaat di sebuah masjid.

Suara azan masih dipertikai Non-Muslim

Oleh H FANSURI

Dari Abdullah bin Umar katanya: Ketika kaum Muslimin baru tiba di Madinah, berkumpul menunggu waktu sembahyang kerana belum ada cara untuk memberitahu. 


Friday, January 28, 2011

Selepas Interlok dibakar, debat DKK dan PPSMI juga masih bergelora!

Oleh H FANSURI

Pada 16 Januari lalu, saya dijemput Persatuan Penulis Nasional (Pena) bagi membahas hal-ehwal yang terkait dengan permasalahan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. 

Dalam simpang-siur sengketa antara kabilah nasionalis Universiti Malaya dan kabilah sosialis Universiti Kebangsaan Malaysia, hal sekolah satu aliran (Wawasan) masih juga tidak boleh diselesaikan.

"Apa jaminan bahawa, jika sekolah satu aliran ini dikembangkan, maka perpaduan akan tercapai?" tanya salah seorang daripada lulusan sosialis itu. Hal ini kemudiannya berkembang sebagai ombak pertikaian yang lebih luar biasa ketika seorang mahasiswa Cina UKM campurtangan dalam debat tersebut.

Demikianlah cerita suatu pagi di Rumah Pena dalam acara Dialog Orang Muda itu. Formula dan rumusan yang tercetak itu bukan wahyu ilahi dan sabda nabi, suhuf terkini yang boleh menerangkan dan mencerahkan sekali gus memutuskan kedudukan hukum-hakam yang lebih afdal buat kelompok itu.

Akhirnya, saya sekadar berpesan, "Bacalah Buku Jingga Pakatan Rakyat dan 'Buku Biru' Barisan Nasional dan undilah pihak mana yang terbaik untuk kita berikan mandat kepada mereka dalam urusan pendidikan negara."

Ya, itu bukan rumusan terbaik, wahyu Tuhan dan  sabda nabi. Tetapi jika masuk ke hutan mencari rotan, pesan orang tua budiman, maka tiada rotan yang dicari, maka akar pun jadi. 

Sekarang, marilah kita bicarakan suatu hal yang yang lama, tetapi tidak kalah pentingnya, iaitu syor meneruskan PPSMI dalam sistem pembelajaran sebagai suatu pilihan ('option').

Mansuh PPSMI bukan pilihan, Hari 152 mesti diingati semula
Pada 16 Januari lalu, tersiar laporan berita berjudul, 'Page To Submit Memorandum On PPSMI To Prime Minister'. Kumpulan The Parent Action Group for Education (Page) dikatakan akan menyerahkan memorandum kepada Najib Razak pada Rabu (19 Januari).

Antara isi memorandum tersebut - menyeru agar sekolah kebangsaan di negara ini diberi pilihan untuk meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris itu.

Pengerusi Page Noor Azimah Abdul Rahim berkata, Page juga sedang mencari sokongan ibu bapa yang menyokong PPSMI untuk menjadikannya sebagai pilihan di sekolah-sekolah.

Dalam kenyataannya, beliau menyeru ibu bapa di Malaysia untuk mendaftar Page dan berharap semoga dengan penyertaan yang lebih ramai ini, hasrat kumpulan itu akan menjadi kenyataan.

Kali terakhir sejak kita dengar Muhyuddin Yassin berikrar akan memansuhkannya pada 2012, maka kita tentu teringat bahawa PPSMI itu akan digantikan dengan suatu dasar baharu, iaitu 'Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris' (MBMBI) pada 2011.

Maka, sebagai yang dijanjikan pada 16 Januari, badan itu benar-benar mencapai hasrat mereka menemui Najib Razak untuk menyerahkan memorandum itu. Bernama pada 19 Januari melaporkan bahawa Page mengulangi syor agar (PPSMI) dijadikan pilihan di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan.

Tambah Noor Azimah, Page berharap Najib Razak akan membawa resolusi persatuan itu untuk dibincang semula oleh kabinet kerana hal itu adalah untuk kebaikan kanak-kanak.

PPSMI, diperkenalkan pada 2003 ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri. Alasan PPSMI diwujudkan ialah supaya meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar dalam bidang sains dan matematik. Namun pada 2009, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran sudah mengumumkan pemansuhan dasar itu berkuatkuasa 2012 setelah rakyat bersuara di jalan raya bagi memansuhkan dasar tersebut.

Namun, suatu hal yang lebih afdal untuk kita renungkan bersama, kenapakah bagi sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, Menteri Pelajaran, kerajaan membenarkan sekolah aliran itu menggunakan bahasa ibunda masing-masing bagi pengajaran dan pembelajaran dua subjek tersebut?

Mengakhiri ucapannya kepada pemberita, Noor Azimah berhujah bahawa keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini, telah menunjukkan peningkatan memberangsangkan dalam mata pelajaran Sains, Matematik Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

"Jadi, sebenarnya apa yang difahami oleh orang yang menentang PPSMI yang mengatakan Bahasa Melayu akan ditindas, sebenarnya tidak betul," kata beliau lagi.

Nampaknya Pena, Gapena dan rakyat perlu bekerja lebih keras kerana kumpulan Page tidak faham kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang patut menjadi bahasa pembelajaran di sekolah.

Andaian Page masih tertakluk kepada keresahan palsu; 'rakyat tolak PPSMI kerana risau anak mereka tidak mencapai keputusan baik dalam peperiksaan'. Sebenarnya, PPSMI membabitkan maruah bangsa negara.

Mungkinkah masih ada kapitalis yang masih mengaut keuntungan mencetak buku teks PPSMI? Pada mereka, tidak mengapa PPSMI dimansuhkan, tetapi beri sedikit ruang agar PPSMI dijadikan 'option' agar dapat dicetak buku teks sebagai modal keuntungan berganda?

Kepada para pejuang bahasa, jangan dilupakan sambutan Hari 152 (hari pejuang bahasa) pada 15 Februari setiap tahun. Semoga kita tidak lupa sumpah lafaz ikrar sendiri.

Malang bertimpa-timpa ke atas bahasa Melayu. Kecelakaan berlaku tiba-tiba setelah Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran menerima American Peace Corps tajaan Hillary Clinton yang menawarkan bahasa Inggeris USA ketika negara sudah menerima bahasa Inggeris piawai, 'standard', fus'ha, baku sejak kita mengirim guru-guru ke Kirby di England.