Sunday, October 30, 2011

Kongres Gapena suram, royalti tertunggak, TPM bukan wira pemansuh PPSMI

Oleh RUHI HAYATI THANI

Baru-baru ini di dalam kongres anjuran Gapena, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa kerajaan tidak akan tunduk terhadap gesaan pertubuhan Page yang mahu dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu dikekalkan sebagai dasar 'option'; pilihan yang diamalkan di kebanyakan sekolah-sekolah aliran kebangsaan.

Baju pengantin Memey di Muzium Negara? Patutlah Malaya tak dijajah!

Oleh BOESTAMAM SARI
 
Keterlibatan artis-artis di dalam video klip 'Undilah' itu sememangnya amat menarik perhatian Rais Yatim. Ia bukan masalah Namewee sebagai pembikin video klip tersebut, tapi keterlibatan watak-watak pembangkang yang hadir di dalamnya. Tetapi, Rais tetap bertegas bahawa, video itu tidak disukai oleh ramai pihak. Sejak bila pemimpin Umno mengambil peduli cita rasa orang-ramai ini?

Antara pemimpin PR yang hadir dalam klip video itu adalah ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong. Ketika pemimpin Umno mencanang bahawa Malaysia mengamalkan 'demokrasi terbaik' di dunia dengan membatalkan ISA, maka tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) itu jelas merosakkan usaha-usaha murni dan seperti memperlekeh intelek rakyat Malaysia amnya.

Saturday, October 29, 2011

Sejarah kesusasteraan mesti ditulis semula guna menyanggah sajak curang Najib Razak

Oleh H FANSURI

Sejak Hassan Ahmad meninggal dunia, belum dapat dipastikan siapakah penggantinya kalau-kalau ada gerakan GMP 2.0. Saya yakin dengan penuh pasti bahawa semangatlah yang menggerakkan kita walaupun terbatas dengan kewangan.
 
Ketika ini, kita mungkin ada duit sedikit. Mungkin boleh buka rumah sewa untuk dijadikan pejabat atau tempat-tempat bertemu dan bertandang untuk bertukar-tukar fikiran.

Dengar cerita, ada sebuah rumah kelolaan Anak Alam (sebuah perkumpulan teater), yang dahulunya berdekatan Aswara itu - adalah seliaan ahli-ahlinya masing-masing. Di situlah adanya dapur untuk sesiapa sahaja yang mahu memasak makanan. Di situ juga ada tempat berbaring, berehat jika kumpulan anak-anak muda dari Indonesia singgah untuk acara di Kuala Lumpur.

Bukan Seksyen 15 AUKU saja, malah hal keizinan NC pun patut mansuh

Oleh RUHI HAYATI THANI

Bukan hanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), malah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) juga turut menambat perhatian orang-orang yang zalim dalam Umno ini. Nampaknya, penzalim sendiri tidak sukakan akta zalim yang meragut hak untuk berpolitik dalam kalangan mereka sendiri.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akhirnya sudah mengeluarkan kenyataan bahawa Seksyen 15 Auku itu perlu dimansuh. Bagaimanapun, berbeza dengan siswa haluan kiri lainnya yang mendesak Auku dimansuhkan terus, Khairy sebaliknya hanya mendesak seperenggan itu sahaja yang dimansuhkan.

Thursday, October 27, 2011

Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam melalui persuratan, kesusasteraan merosot?

Oleh H FANSURI

Setakat diketahui hingga ini, Cinta Madinah ditarik daripada diajar kepada pelajar. Alasan - konon kementerian tidak mahu unsur Islam hadir dalam novel itu. Hingga catatan ini ditulis, secara peribadi, belum diketahui apa kerangka fikir para pembuat dasar ini. 

Dahulu, pengaruh Anwar Ibrahim dalam Umno itulah yang mewujudkan Dasar Penerapan Nilai Islam pada 1985 selepas Anwar dan kumpulannya menyerap dalam Umno pada 1981.

Wednesday, October 26, 2011

Jika Rosmah berjoget dalam 'Undilah', nescaya Umno tak arahkan SKMM buang

Oleh RUHI HAYATI THANI

Pelbagai usaha dilakukan untuk mengaut undi. Umno-BN misalnya berkempen setiap hari secara tidak langsung apabila mendapat ruang untuk bercakap atas kedudukan mereka sebagai menteri. Sesudah menang dalam pilihan raya nanti, Umno akan berterusan menjadi seperti raja.

Contohnya, selepas Umno berhasil mengguling kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, maka hajat serta impian mereka hendak menjadi raja itu akan tercapai. Terbaru, media menayangkan bagaimana kisah Najib Razak dan Rosmah Mansor yang dikatakan buat pertama kali menaiki bas ke Perak. Tindakan yang kononnya merakyat itu dilakukan beliau bersempena lawatan sehari ke negeri yang berjaya beliau gulingkan itu.

Jika Najib tolak Hudud, usah bicara soal Maqasid Syar'iyyah

Oleh BOESTAMAM SARI

Isu Hudud sengaja diputar kembali oleh Umno, bertujuan menjauhkan fikiran rakyat terhadap usaha Bersih menjernihkan senarai daftar pemilih termasuk isu kerakyatan Bangladesh, Indonesia, Kemboja di Pekan, Pahang yang berjumlah ratusan ribu secara keseluruhannya itu.

Justeru, apakah kita tidak boleh langsung mengikut rentak Umno untuk ikut berbicara mengenai hal hukum Hudud itu? Jawapannya boleh, tapi janganlah kita hanyut terus, terbuai oleh putaran isu-isu politik yang ombak badainya menggila ganas mutakhir ini di televisyen mahu pun di dada akhbar. Pendek kata, kita semua mestilah sentiasa berwaspada selalu.

Saturday, October 22, 2011

Kesusasteraan yang sepatutnya terjulang, adalah yang menolak kezaliman Najib Razak


Oleh H FANSURI

Dalam Risalah Untuk Kaum Muslimin, halaman 111, Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas memperihalkan kedudukan kesusasteraan sebagai berikut:-

"... Kesusasteraan merupakan cita-cita mulia yang bermaksud untuk memupuk ketertiban budi; dia juga merupakan nilai abadi, sebahagian penting kebudayaan sesuatu bangsa, ukuran benar bagi menilai cita-rasa, budi, dan daya bangsa; dia merupakan 'falsafah' orang awam..." --- (Perenggan 41)

Kerakyatan Bangla, Myanmar, Kemboja untungkan politik peribadi Najib Razak?

Oleh BOESTAMAM SARI

Tiba-tiba, Mohamad Sabu (Mat Sabu) digelar Utusan sebagai watak yang dipercayai sebagai ahli politik pertama yang didakwa di mahkamah atas tuduhan mentohmah polis dan keluarga mereka dalam satu serangan di Bukit Kepong itu. Bunyi pertuduhan itu adalah, Mohamad Sabu memfitnah polis dan ahli keluarga mereka yang mempertahan diri dalam serangan pengganas komunis pada 23 Februari 1950 dengan tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Dendam Umno ini boleh saja diapi-apikan selalu ke atas polis sementara menunggu detik pilihan raya berlangsung. Taktik Umno dalam drama kali ini ialah – usaha 'menyibukkan Anwar Ibrahim dengan kes liwat dan merosakkan imej reputasi Mohamad Sabu dan PR dengan fitnah mengenai komunis.'

Bukan saja Komunis China, Israel Apco pun Umno sokong kerana keuntungan peribadi

Oleh RUHI HAYATI THANI

Kepada mereka yang belum mengerti cara aturan dan corak olahan Umno berfikir, maka renungkanlah kedua-dua falsafah ini; 'the right is might' dan 'the might is right'. Ajaran 'the right is might' itu bererti, 'kebenaran itu berkuasa', dan lawannya adalah, 'the might is right', iaitu yang berkuasa itu yang benar.

Maka, dalam hal ini, Umno akan selalu melihat mereka yang menang dalam pertarungan akan selalu benar. Kebenaran sebagai sesuatu yang berkuasa (the right is might) tidak pernah dianggap sebagai keramat atau pun kebenaran tidak pernah diangkat, dimuliakan dan dijulang.

Thursday, October 20, 2011

Abdul Aziz Bari digantung universiti, tiba waktunya menuai revolusi!

Oleh BOESTAMAM SARI

Dan, Prof Dr Abdul Aziz Bari pun sudah digantung tugasnya daripada mengajar kuliah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau bukanlah orang pertama yang menerima kesan akibat pergolakan politik di universiti itu. 

Di UIAM ada Istac yang kini telah pun 'berpindah tangan', setelah lama ia dipimpin oleh Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Jadi, hal ini pun bukanlah perkara baharu sangat.

Wednesday, October 19, 2011

Mansuh ISA tidak bererti jika warga Bangla boleh mengundi

Oleh RUHI HAYATI THANI

Najib Razak mengharapkan bahawa pemansuhan ISA akan memulihkan imej dan reputasinya. Tapi, hal itu tidaklah membuatkan rakyat melonjak keriangan kerana rata-rata mereka masih meragui penipuan yang sedang dijalankan oleh Perdana Menteri dan jentera-jentera pilihan rayanya.

Telah menjadi pengetahuan umum bahawa pilihan raya akan semakin mendekat. Sama ada Mac tahun depan atau pun dalam tempoh terdekat selepas tamat hari raya ini. Berucap kepada jemaah haji baru-baru ini, Najib Razak berpesan kepada mereka agar berdoa di Mekah agar Malaysia aman.

Seribu helah Najib Razak dengan pemansuhan ISA

Oleh BOESTAMAM SARI

Tragedi 11 September baru berlalu. Ia terabadi kemas dalam lipatan sejarah Amerika, bahawa mereka mahu memerangi keganasan. Yang sedihnya, hal memerangi keganasan tersebut terkait terus dengan Islam. Ketika itulah dengan tiba-tiba USA menyatakan hasratnya untuk mewujudkan Akta Patriot yang terilham daripada pelaksanaan ISA di Malaysia.

Beberapa ahli Parlimen Umno ketika itu menyatakan dengan megahnya – betapa Amerika pun sokong dan ingin mencontohi ISA yang dilaksanakan di Malaysia. Bagaimanapun, akhirnya arwah Ustaz Fadhil Noor, mantan Presiden PAS mengilas kembali hujah mereka dan dengan kerasnya menyelar mereka.

Sunday, October 16, 2011

ISA menangkap Melayu Kiri atau Komunis Cina?

Oleh BOESTAMAM SARI

Agak ganjil, apabila polemik komunis digemakan Umno pada akhir Ramadan lalu, maka tiba-tiba Najib Razak umumkan – ISA akan dimansuhkan menjelang Hari Malaysia. Apabila komunis diangkat sebagai wacana umum dengan meriahnya di tv sebagai ancaman terbesar, tiba-tiba akta itu melebur sendiri.

Segala kenyataan Najib Razak itu termasuk 'fatwa' baharu Zainal Kling (Malaya tidak dijajah) tidak lahir dalam kekosongan. Ia hadir dengan ketidakjujuran kerana ia mahu menolak pendirian Mohamad Sabu.

Kisah polis dan tentera Malaya diupah British sebelum merdeka

Oleh RUHI HAYATI THANI

Maka, Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Zainal Kling pun heboh bahawa Malaya tidak pernah dijajah atas nama itu. Badan itu diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Ia ditubuhkan tahun lalu untuk memberi pandangan berhubung sejarah.

Di belakang Zainal sudah wujud kira-kira 1,600 profesor daripada pelbagai universiti di seluruh negara. Barangkali, kerana itu, Zainal berasa kuat sebab didokongi suatu kuasa akademik yang dianggap kuat.

Apabila sastera, sejarah dibuang orang

Oleh H FANSURI

Ada tiga ilmu yang wajib dipelajari; sejarah, sastera dan falsafah. Ilmu agama terpecah tiga - Tauhid, Fiqh dan Tasauf. Semua ini - tiga ilmu agama, tiga ilmu akademik wajib dipelajari.

Falsafah tidak diajar di sekolah rendah, menengah. Di IPT ia khas kepada orang tertentu. Sastera jadi khusus di tahap menengah dan IPT. Sejarah, hanya diwajibkan apabila berlaku apabila ada orang mula mempertikai Ketuanan Melayu.

Saturday, October 15, 2011

Zainal Kling 'dikutuk rapat' arwah Azizi Abdullah

Oleh H FANSURI

Banyak benar kisah yang disimpan dalam fikiran, terkurung meredap dan lama terendam di hati. Kisah ini semua kalau disiarkan akan lukakan hati ramai pihak. Apabila direnung, saya fikir, sesekali kita perlu kelukaan itu, kerana di dalam tubuh ada 'darah kotor' (racun toksik).

Sebab itu, nabi berbekam untuk keluarkan darah kotor. Mengeluarkan darah kotor memang sakit kerana terpaksa menyiat-nyiat daging, melukakan kulit. Tetapi, faedahnya besar, iaitu tubuh jadi sihat lantaran kekotoran sudah tertanggal daripada tubuh. Lalu, saya fikir, perlu diriwayatkan kisah sosok yang tergamak mengeluarkan kata-kata yang tidak masuk akal baru-baru ini, iaitu Zainal Kling.

Saturday, October 08, 2011

Pudu Sentral, GMP 2.0 dan kepenggunaan bahasa dalam perfileman negara

Oleh H FANSURI

Ketika hampir menyambut Hari Merdeka, rakyat dikejutkan dengan hal penukaran nama Puduraya kepada Pudu Sentral oleh Perdana Menteri Najib Razak. Fikiran ini warisan penjajahan British Barat yang masih berpanjangan hingga kini. PPSMI juga masih belum dimansuh. Yang ada, hanya penundaan. Pada hakikatnya adalah penipuan. Sasterawan Negara Dato' A Samad Said sejak awal menyedari helah ini. Tapi, masih ramai yang percayakan Muhyiddin.

Kini, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) sedang berusaha merangka susunan pergerakan baharu kali ini. Pada masa ini, patutnya kita tidak lagi berjuang mendaulatkan bahasa dalam negara, malah sudah menjadikan bahasa ini setaraf bahasa bangsa lain di dunia. Nampaknya, tamadun Melayu Melaka itu jauh lebih berjaya dibanding pemerintahan BN hari ini.

Polemik Komunis, serampang dua mata, musnah reputasi dan lalai

Oleh RUHI HAYATI THANI

Laporan polis ke atas kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebelum ini tidak masuk akal. Memberi pendapat dalam negara ini bukannya suatu jenayah. Berucap itu menggunakan tenaga akal fikiran. Berfikir itu anjuran agama Islam. Maka, berfikir bukanlah suatu dosa dan jenayah.

Laporan polis itu pula tiba-tiba menjadi serentak diadakan di serata negara. Ini menunjukkan seolah-olahnya ada gerakan terancang. Seolah-olahnya, dalam sehari dua sebelum itu, sudah pun ada suatu mesyuarat tersusun untuk mengagihkan pihak tertentu untuk membuat laporan polis serata negeri.

Thursday, October 06, 2011

Umno 1M'sia peralat wartawan, Mat Indera masih dicela

Oleh BOESTAMAM SARI

Kita perlu jelas terhadap suatu hal, iaitu British adalah penjajah. Hakikat ini tidak boleh diubah. Jepun juga adalah penjajah dan hakikat ini tidak boleh diubah sampai bila-bila pun. Mana-mana kitab sejarah yang memusingkan fakta bahawa kuasa Jepun, British dan Portugis sebagai tuan kita adalah tertolak.

Sarjan Hassan arahan P Ramlee menunjukkan askar Melayu berjuang melawan Jepun dan bernaung di bawah British. Ini tidak bermaksud British itu baik dan Jepun jahat. Tetapi, kita tiada pilihan paling baik ketika itu melainkan terpaksa bergabung dengan penjajah British untuk merdeka Jepun.

Wednesday, October 05, 2011

Sastera sejarah' perlu ketengahkan perjuangan Mat Indera

Oleh H FANSURI

Apabila Perdana Menteri 'mengiktiraf' arwah Noramfaizul Mohd Nor, bekas jurukamera BernamaTV sebagai wira, maka 'pengiktirafan' itu bukan wujud dalam kekosongan. Jauh di sudut hati Najib Razak, beliau ingin beritahu semua orang, bahawa Timbalas Presiden PAS Mohamad Sabu itu tidak betul ketika menyebut Mat Indera sebagai salah seorang wira negara.

Sunday, September 25, 2011

Najib, Ramadan-Syawal bukan bulan berkonspirasi

Oleh BOESTAMAM SARI

Kita suka menonton kisah-kisah yang sering terjadi dalam masyarakat. Mereka bermesyuarat sebelum melakukan tindakan. Lazimnya, mesyuarat yang bermotifkan kejahatan itu dinamakan konspirasi.

Dalam Al-Qur'an, Nabi Yusuf a.s pernah bercerita kepada ayahnya mengenai sebelas bintang matahari, bulan yang tunduk kepadanya dalam mimpi. Lalu, Yusuf pun diberi peringatan agar tidak menceritakan mimpi itu kepada saudaranya. Yaakub a.s risau jika Yusuf menjadi mangsa konspirasi jahat saudaranya.

Perang budaya Aidil Fitri melawan kemerdekaan tajaan Umno

Oleh H FANSURI

Kemerdekaan bukan disambut dengan pekikan suara. Ia hadir dengan resapan kefahaman. Hari ini, peranan agama kuat mencengkam pemikiran, maka sambutan bahtera kemerdekaan mula karam ditenggelami kemeriahan Aidil Fitri.

Kemerdekaan tajaan Umno rapuh diabadikan dalam ingatan, dipaku pahat di kenangan. Kebudayaan Islam pula yang disebut. Umat pula kerap menyanyi lagu raya, menggemakan bualan tentang rendang, lemang, ketupat dan juadah warisan hari raya.

Filem Islam Malaysia masih kurang menjelang Hari Raya?

Oleh H FANSURI

Ketika menurunkan catitan ini, sebenarnya, saya mahu mengelakkan menyebut filem Islam sebab saya risau, ia akan menimbulkan polemik berpanjangan pula. Orang-orang mungkin akan jadi sibuk mempolemikkan hal ini dengan bertanya -- apakah yang saudara maksudkan sebagai filem Islam? Takrif filem Islam itu apa sebenarnya?

Jadi, ia akan menimbulkan bebanan lain pula. Lalu, kita perlu memberikan jawapan ke atas persoalan pentakrifan mengenai apakah itu filem Islam. Lalu, untuk memudahkan perbincangan ini, maka perkataan dan istilah 'Filem Islam' itu kita gunakan terlebih dahulu buat sementara waktu.

Friday, September 23, 2011

KDN, Najib Razak bagaikan Rabai Yahudi?

Oleh BOESTAMAM SARI
 
Sikap Umno, BN dan Kementerian Dalam Negeri ini kalau dicermati secara halus, rasanya lebih kurang rabai dan pendeta Yahudi juga. Kitab Taurat pun diolah, lalu isinya digubah diselewengkan. Makna kata Tuhan yang asalnya telah dikesampingkan lalu dirubah-rubah kepada ayat lain sehingga lari maknanya.

Saat ini Perdana Menteri Najib Razak sedang dilanda masalah bertubi-tubi. Di peringkat antarabangsa, Najib Razak baru meminta Kompas memohon maaf kepada beliau mengenai penyiaran laporan berita cincin berlian Rosmah Mansor itu. Ini kisah terbaru.

Hujung Ramadhan, Najib Rosmah bermadah helah isu cincin berlian

Oleh H FANSURI

Ketika umat Islam sedang meniti di hujung-hujung bulan Ramadan ini, nampaknya Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor masih jua tidak bersikap jujur terhadap rakyat. Pada hujung bulan ini, ialah gerakan kejiwaan untuk mendapatkan pembebasan daripada api neraka.

Bagi rakyat Libya, Ramadan itu bulan perjuangan. Dan bagi rakyat Libya, pada akhir bulan Ramadan ini maka ia bererti - wujudnya gerakan pembebasan dan kemerdekaan daripada Muammar Ghaddafi.

KDN, Najib Razak bagaikan Rabai Yahudi?

Oleh BOESTAMAM SARI

Sikap Umno, BN dan Kementerian Dalam Negeri ini kalau dicermati secara halus, rasanya lebih kurang rabai dan pendeta Yahudi juga. Kitab Taurat pun diolah, lalu isinya digubah diselewengkan. Makna kata Tuhan yang asalnya telah dikesampingkan lalu dirubah-rubah kepada ayat lain sehingga lari maknanya.

Saat ini Perdana Menteri Najib Razak sedang dilanda masalah bertubi-tubi. Di peringkat antarabangsa, Najib Razak baru meminta Kompas memohon maaf kepada beliau mengenai penyiaran laporan berita cincin berlian Rosmah Mansor itu. Ini kisah terbaru.

Sudahkah akhbar Indonesia minta maaf perihal laporan pembunuhan Altantuya?

Oleh H FANSURI
 
Laporan media sama ada di dalam atau pun di luar negera, memang mengelirukan. Ia terjadi sama ada kekeliruan itu memang disengajakan atau pun terjadi kerana wujudnya salah faham.

Jika kekeliruan dalam laporan itu memang ada niat menjatuhkan karier politik seseorang pimpinan itu, maka hal itu boleh dikatakan tercela. Tapi harus diingat  bahawa ada laporan bersumberkan kenyataan menteri jua. Maka, jika dipandang pada sudut ini, maka menteri itulah yang bersalah jika salah laporan itu bersumberkan kepada akar keyakinan seorang menteri!

Thursday, September 22, 2011

Azizi Abdullah dalam kenangan, apakah ada anugerah 'Sasterawan Rakyat'?

Oleh H FANSURI

Pagi 21 Ramadan ketika bersiap ke ibu kota, ketua pengarang Harakah mengirim pesanan ringkas mengenai pemergian pengarang novelis Azizi Abdullah. Ketika itu sekitar 9 pagi, di Facebook, masih belum ada berita berhubung pemergian beliau. Setelah menerima panggilan telefon daripada seorang teman yang mengesahkan pemergian beliau, barulah saya menghebahkan khabar itu.

Monday, September 19, 2011

Seputar permasalahan Syair Jahiliyyah Najib Razak

Oleh H FANSURI

Saya hampir terlupa! Rupa-rupanya, Najib Razak juga handal bercerita dan petah pula menyusun madah kata. Tetapi saya tidak pernah percaya. Mungkin Najib mengarang sajaknya itu, lalu diberikannya kepada sesiapa sahaja untuk diindah-molekkan lagi akan gaya bahasanya.

Dr Mahathir disohorkan dengan syair Melayu Mudah Lupa. Itu pun, saya dengar cerita, sajaknya itu dibikin atas tangan orang lain jua. Tentang sajak 'Aku Mencari Damai Abadi, karya Abdullah Ahmad Badawi, maka tidak pula saya ketahui apakah hasil ciptaannya sendiri ataupun beliau menyerahkan kepada orang lain untuk menyusunnya?

Thursday, September 15, 2011

Nuzul Al-Quran, pencerah kegelapan jiwa Najib dan fikiran Rosmah

Oleh H FANSURI

Dalam bulan Ramadan ini, kita akan bertemu dengan peristiwa Nuzul Quran, iaitu hari di mana Al-Quran diturunkan pada Lailatul Qadar. Ia turun dengan kehadiran para malaikat dan ruh seperti yang dicantum dalam Surah Al-Qadar, ayat ke-4, "Pada malam itu, turunlah malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara..."

Buya Hamka dalam suatu catatan panjangnya berhubung pengalaman masa kecilnya ketika mencari Lailatul Qadar, pernah menulis mengenai kedudukan malam Lailatul Qadar, iaitu malam diturunkan Al-Quran itu.

Ramadan, bulan merancang revolusi penggulingan Najib Razak

Oleh RUHI HAYATI THANI
 
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dalam kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (daripada ancaman musuh). --- (An-Nuur, ayat 55)

Kemuliaan Ramadhan tercalar oleh tangan Umno

Oleh BOESTAMAM SARI

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Al-Munaafiquun, ayat 9)

Di bawah Umno dan Barisan Nasional, kita terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran hiburan yang melalaikan. Ia menjadi lebih penting sebab kita berdepan dengan kelalaian ini pada bulan Ramadhan.

Sunday, September 11, 2011

Serunai Melayu dan Surnay Tatar, adakah dari Mongolia?

Oleh H FANSURI

Nota ringkas ini dipersembahkan buat warga revolusioner yang suka berfikir keras mencari jawapan. Pada 11 Ramadan lalu, Jejak Rasul membawa cerita tentang kesusasteraan dan kebudayaan masyarakat Tatar di Tatarstan. Tatarstan adalah negara yang baru merdeka setelah Kesatuan Soviet Rusia jatuh.

{Kini, situasi ekonomi Amerika Syarikat semakin meruncing. Apakah situasi ini menyebabkan 50 buah negeri yang membentuk kesatuan dan persekutuan United States of America boleh menuntut kemerdekaannya seperti yang terjadi ke atas Rusia sebelum ini? Masih juga kita belum menemui jawapannya}

'Syaitan' SPR', 'Syaitan' Najib tidak diikat pada bulan Ramadhan

Oleh RUHI HAYATI THANI

“Memang syaitan dan iblis yang kena ikat dalam bulan Ramadan ni. Tapi, adakah jin tak diikat? Adakah mereka hidup seperti manusia biasa juga? Kalau ada jin Islam dan bukan Islam, adakah jin murtad?”

Ini antara beberapa deretan pertanyaan orang-ramai ketika mereka mendengar sebuah hadis masyhur disebutkan orang pada bulan mulia ini. Hadis itu membahaskan kedudukan jin, syaitan yang dikatakan telah diikat oleh para malaikat apabila tiba bulan Ramadan.

Ramadan dicemari penipuan SPR dan Umno, BN

Oleh H FANSURI (BS)

"Ramadan, waktu terbaik struktur semula diet harian," demikian laporan Buletin Utama, TV3 pada 10 Ramadan lalu. Maka, waktu perdana itu menyiarkan pendapat tentang Ramadan sebagai bulan untuk rakyat di negara ini menguruskan semula tabiat pemakanan mereka dalam seharian.

Friday, September 09, 2011

Ramadan, bulan menguji keimanan Najib, Rosmah dan ketaqwaan SPR

Oleh H FANSURI | RHT

Ramadan adalah bulan Al-Quran. Oleh kerana itulah umat Islam ini difardhukan berpuasa (Al-Baqarah: 185). Ramadan sejak kemerdekaan Malaya 1957 tidak pernah menginsafkan para pemimpin Umno ini.

Pesan-pesan ulama' dan ustaz di televisyen dan radio banyak menasihatkan rakyat bawahan, marhaen agar sentiasa bertaubat, tetapi mereka meninggalkan pesan kepada Umno, BN dan SPR agar tidak lagi menipu dalam pilihan raya. Kesannya, penipuan Umno – BN dan SPR tetap merebak seperti biasa pada bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini.

Juri berjiwa Ramadan, mampu bantu hakim yang diancam eksekutif

Oleh BOESTAMAM SARI

Salah satu ancaman yang tidak jelas kelihatan di mata umat ialah ancaman eksekutif (kerajaan) ke atas para hakim. Tiada berita dan laporan yang mengulasnya dan tiada mana-mana kumpulan badan NGO yang mengangkat wacana ini dan cuba mengapungkannya ke medan perbincangan awam.

Maka, sudahnya, orang awam yang mengetahui bahawa ancaman eksekutif (kerajaan) itu cuma wujud ke atas orang awam sahaja. Ancaman itu hadir dalam bentuk akta-akta seperti Auku, ISA, Akta Mesin Cetak, Akta Fitnah yang membelenggu kaum wartawan dan lain-lainnya.

Thursday, September 08, 2011

Ramadan, bulan sastera Islam Qurani, pelerai kemelut manusiawi

Oleh H FANSURI

Saudara revolusioner yang dikasihi. Setelah menyedari bahawa puasa Ramadan itu bukan untuk melatih jiwa sahaja, malah ia sebenarnya dilakukan bagi meraikan Al-Quran; 'karya sastera' agung Tuhan (Al-Baqarah: 185), maka kita akan menjadi lebih jelas dan sedar terhadap keistimewaan bulan ini.

Tepat 1 Ramadan, sebuah perusahaan yang terkait dengan percetakan dan pengedaran bahan sastera; Dawama diisytiharkan tenat, nazak dan semua ini mungkin bertujuan membersihkan kecurangan di dalamnya. Ramadan adalah bulan sastera Islami! Maka, yang terkait dengan sastera akan dibersihkan. Kini, tiba sahaja Ramadan, sudah terbit laporan di Al-Jazeera berjudul, adakah saat kebangkitan revolusi Arab kini sudah menjalar ke Israel?

Sunday, September 04, 2011

Kuningkan 1Syawal dengan jiwa Bersih 2.0 selepas Ramadhan!

Oleh RUHI HAYATI THANI

“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isterimu adalah pakaian bagimu dan kamu pula adalah pakaian bagi mereka itu...” {Al-Baqarah: 187}

Hubungan pakaian dengan bulan Ramadhan tetap ada. Misalnya, diumpamakan isteri sebagai pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri. Hal ini termaktub dalam Al-Baqarah ayat 187.

Ramadhan, bulan pembalasan dan kifarat ke atas lutut Najib?

Oleh H FANSURI

Bulan Ramadan itu bulan pembalasan dan kirafat ke atas dosa-dosa yang pernah Najib Razak lakukan sebelum ini. Najib tentu ingat apakah yang dia lakukan ke atas Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu pada 9 Julai lalu dalam himpunan Bersih 2.0. 
 
Bom kanister Israel meletup dengan kuatnya lalu mencederakan pengawal peribadi Anwar manakala sebutir skru pula terbenam ke dalam lutut Mohamad Sabu.

Ramadan, bulan memerangi penindasan kapitalis dan kelas atasan

Oleh H FANSURI

"...Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka..." (Al-Baqarah: 187)

Ketika Ramadan, kita masih belum terlepas daripada cengkaman mustakbirin, kelas atasan. Persengketaan ini tidak wujud dengan sebab kehadiran kaum di dunia. Tuhan menyebut dalam Al-Hujurat bahawa insan diciptakan bersuku-suku untuk saling berkenalan bukanlah untuk berperang.

Friday, September 02, 2011

Ramadhan bulan revolusi, bulan pemberontakan ke atas penindasan Najib dan Muhyiddin

Oleh H FANSURI

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.

Thursday, September 01, 2011

Ramadhan, bulan perjuangan DBP, Dawama lawan Najib, Muhyiddin

Oleh BOESTAMAM SARI

Sabda Rasulullah s.a.w, "Ketika sesuatu urusan, amanah dan tanggungjawab itu diberi terhadap orang yang tidak sepatutnya, maka tunggulah saat-saat kehancurannya."

Sunday, August 28, 2011

Ramadhan, madrasah perjuangan pembersihan jiwa Bersih 2.0

Oleh H FANSURI

Namanya Siddhartha, anak seorang Brahman. Hermann Hesse mungkin mempersembah perjalanan kerohanian beliau dengan sedikit berbeza. Namun, inilah dia sosok terawal yang membangunkan ajaran Buddha. Hermann cuba mempersembah pengalaman kerohanian yang kental ini secara gaya sasterawi agar ia tidak membosankan dan dengan harapan (mungkin), untuk dihadam oleh orang awam yang terbiasa dengan bacaan santai.

Muhasabah Ramadan: Giliran Wahabi Literalis Umno dizalimi polis Najib kali kedua

Oleh BOESTAMAM SARI

Ramadan yang baharu tiba ini sepatutnya mengirim peringatan ke atas Wahabi Literalis Umno bahawa kecenderungan mereka dalam memihak kepada kezaliman penguasa Umno itu membawa padah.

Ada nas yang menyebut bahawa jika sesiapa yang menyokong kezaliman, lambat-laun, mereka sendiri bakal dimangsakan oleh kezaliman yang mereka dokong selama ini.