Friday, December 24, 2010

'BAN', BAKAR BUKU BUKAN DARIPADA AJARAN ISLAM

Oleh H FANSURI

Pada tahun 2005, saya berpeluang menemu bual almarhum Ustaz Wan Muhammad Saghir Abdullah di rumahnya di Taman Melewar. Itulah kali pertama dan kali terakhir saya menemu bual beliau. Temu bual itu untuk ruangan Personaliti di Siasah.

Thursday, December 23, 2010

Anak muda usul warna hitam; lambang pertahanan 7 Kg Warisan

Oleh H FANSURI

“Sebelum ini, kami tidak pernah dihubungi oleh pihak pentadbiran tentang pembangunan di kampung kami. Kita tidak ditemui untuk berbincang,” kata ketua kampung Ishak Surin ketika memulakan cerita berhubung perjuangan penduduk setempat melawan kegiatan 'pembangunan' penguasa.

Tuesday, December 21, 2010

Pelajaran tidak seimbang, Najib... ikuti Rasulullah, bukan Rosmah

Oleh H FANSURI

Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dalam ucapannya di Pekan berkata, pencapaian cemerlang akademik pelajar perlu diseimbang dengan penyertaan dalam ko-kurikulum.

Sunday, December 19, 2010

Perkampungan Budaya Melayu antarabangsa, menegakkan hukum, meninggikan kebudayaan Melayu sedunia

Oleh H FANSURI

Setelah kita bercerita mengenai kota sastera, kota budaya dan perkampungan warisan dan desa kebudayaan, maka tiba-tiba entah dari ceruk mana, bertiup kencang perkhabaran angin berita yang berhembus menitipkan pesan, lelaki 1Malaysia perlu cari gadis Maghribi.

Saturday, December 18, 2010

Nota buat Umi Hafilda, ada apa dengan wanita Maghribi?

Oleh H FANSURI

"Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita yang solehah." (Riwayat An-Nasa'ie dan Ahmad).

Ya, dunia ini adalah perhiasan untuk santapan mata. Demikian sabda nabi. Kemudian baginda Rasulullah s.a.w menambah sabdanya, "...dan sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita solehah..."

Friday, December 17, 2010

Sudut Pidato; perlu dihantar teks ucapan kepada HEP atau tidak?

Oleh H FANSURI

Baru-baru ini, ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria membangkitkan beberapa persoalan mengenai hal-ehwal universiti. Antara isu yang dibangkitkan ialah...

Hukum Karma? Harun jatuh, Khir pun jatuh

Oleh H FANSURI

Jangan-jangan negeri Selangor ini memang ada sumpahan agaknya kepada Umno. Bekas-bekas menteri besar Selangor Umno sebelum ini banyak yang terpalit dengan amalan penyelewengan.

Nasib 7 Kg Warisan, antara sejarah, syor dan cabaran

Oleh H FANSURI

Ishak Surin, lelaki dari balang sejarah, akhirnya bangun bercerita pada malam himpunan Budayawan Bertindak, Paksi bersama para penduduk kampung di Madrasah Tarbiah, Kg Bandar Dalam itu.

Wednesday, December 15, 2010

PR perlu deraf ilmu Sejarah di sekolah

Oleh H FANSURI

Sudah pun menjadi kelaziman dan kerap diulang-ulang sebut bahawa sejarah itu ditulis daripada tangan manusia yang menang. Sama ada wujud bantahan atau tidak ke atas kenyataan ini maka hal itu biar kita bincang kemudian.

Tuesday, December 14, 2010

Darah pejuang wanita Acheh mengalir dalam dirinya

Oleh H FANSURI
Wanita Acheh memang terhormat oleh kekentalan jiwa mereka membela tanah air. Cut Nja Dhien antara sosok yang selalu menjadi ingatan saya. 

Sunday, December 12, 2010

Hijrah sastera, 'seni untuk rakyat' kepada 'seni untuk umat'

Oleh H FANSURI

Perkataan hijrah mungkin berasal dan berawal daripada 'hajar'; batu. Sebab itu, Melayu mengembara dan menyukat jalanan mereka dengan batu. 

Perlu wujudkan Kaukus Parlimen mengenai kebebasan akhbar, media

Oleh H FANSURI

Perdebatan mengenai kebebasan akhbar tidak habis-habis dibicarakan dalam kalangan wartawan serta pengamal media, termasuk orang awam. Tetapi, adakah mereka itu penggubal dasar mengenai akhbar?

Friday, December 10, 2010

Kerana beza fahaman, negara pecah dua

Oleh H FANSURI

Antara Seoul dan Pyongyang memang tidak sehaluan kerana beza cara menyusun pentadbiran berasaskan faham blok politik. Walhal mereka sebangsa.

Melayu Bangsa Penghulu atau Ketuanan Melayu?

Oleh H FANSURI

Tiba-tiba sahaja Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Hishammuddin Hussein melenting dengan kenyataan Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail tentang ucapannya dalam pemilihan PKR baru-baru ini.

AJS: Jika sulit siasat Kak Ros, tahan pengamal ilmu sesat dulu

Oleh H FANSURI

Dalam muktamar Abim ke-25 (1996), presiden pertubuhan dakwah tersebut, iaitu Dr Muhammad Nur Manuty ada menyebutkan dalam ucapan dasarnya bahawa amalan ilmu hitam masih jua berlegar dalam kalangan pemimpin kita masih juga berleluasa.

AMCP: Biarkan Anwar bercakap, bukan kayu ukur kebebasan akhbar

Oleh H FANSURI

Apabila Dr Mahathir ditanya apakah wajar kerajaan menyekat Anwar Ibrahim daripada keluar negara untuk berterusan menghina negara, beliau menjawab sekatan itu tidak diperlukan.

Thursday, December 09, 2010

Anak Bapak, salah Anak berpunca daripada jenayah Bapak

Oleh H FANSURI

Rupa-rupanya, wang $5,000 yang dikirim oleh Mahfiz Mahfiz kepada anaknya Harun Mahfiz telah pun dibayar kepada ceti. Bakinya, lagi $2,000 telah beliau gunakan sebagai belanja kahwin.

Wednesday, December 08, 2010

Peranan puisi menyeru dan mengikat persatuan masyarakat

Oleh H FANSURI

Akhir November lalu, saya ke Hatyai, Thailand bagi mengikuti acara deklamasi puisi di Faculty of Liberal Arts di Prince of Songkhla University.

Tuesday, December 07, 2010

Adik beradik Al-Attas antara pengasas terawal Gerakan?

Oleh H FANSURI

Perkataan orang-orang politik ini kita mesti selalu teliti kebenarannya. Dan, pada kebiasaannya, ucapan ahli akademik ini jauh lebih berguna dan bermanfaat buat kita semua, kecuali ahli akademik yang telah curang kepada pegangan dan terbabas daripada landasan iktikad akademik mereka.

Tuesday, November 30, 2010

Mimpi Kota Sastera bukan dosa, kampung sastera bagaimana pula nasibnya?

Oleh H FANSURI

Seorang sahabat pernah bermimpi. Dalam impiannya, dia mimpikan Kuala Lumpur akan menjadi naga dengan ekor perkasanya tangkas menggelepar membunuh wajah-wajah kemunafikan manusia.