Tuesday, January 10, 2012

Revolusi 901, tergulingkah Najib Razak?

Oleh BOESTAMAM SARI

Rupa-rupanya ada pemandu pelancong di India yang ikuti sejarah politik kepartian di Malaysia. Rafi, dari Kashmir yang asalnya ghairah bercerita tentang isu-isu mengenai kemerdekaan Kashmir ini akhirnya berpindah cerita mengenai kedudukan politik di Malaysia pula.

Usia anak muda itu sekitar pertengahan 20-an. Ketika bas sedang berlarian dalam keadaan tersangkut oleh kerana kemeriahan deretan kereta berbaris di jalan raya, Rafi masih asyik bercerita dengan ghairahnya tentang kedudukan politik Samy Vellu.

Najib Razak - PM BN terakhir bukannya mustahil


Oleh BOESTAMAM SARI


"R.A.H.M.A.N itu hanya sekadar teori, tapi pilihan raya ke-13 ini memang sengit," catatan ringkas Najib Razak dipetik di Facebook. Resah gelisah di hati Najib tidak dikongsi bersama isterinya Rosmah Mansor. 
Rosmah tiada Facebook dan Twitter. Rakyat pun tidak nampak status FB Rosmah di internet. Dan yang paling pasti, 'wanita pertama' itu tidaklah boleh diajak berbincang bersama Najib Razak mengenai masalah negara.

Kita pinggirkan Rosmah yang tiada akaun Facebook dan Twitter ini. Ketiadaan dua akaun ini bukan masalah besar rakyat. Malah, jika Rosmah ada kedua-dua media sosial sekali pun, mungkin porak-peranda dan huru-hara dunia ini dibuatnya.

NFC, antara Gayatri Devi dan Shahrizat

Oleh BOESTAMAM SARI

Keuntungan berganda yang diraih melalui 'feedlot' rupa-rupanya merebak kepada pembelian hartanah kondominium di Singapura. Empayar kekayaan Shahrizat rupa-rupanya sudah menakluk kawasan kejiranan selatan Johor pula.

Melihat raut wajah Shahrizat, teringat kenangan di Jaipur, India. Penulis membeli sebuah memoir mengenai Gayatri Devi. Beliau maharani terakhir Jaipur yang jelita. Gayatri ini mewah. Ditinjau daripada suatu sudut, maka hal ini sesuai dengan kedudukannya sebagai puteri diraja sekali gus maharani Jaipur.

Monday, January 09, 2012

Sasterawan di kancah berdarah Upsi Tg Malim

Oleh H FANSURI

Pulang dari India, saya fikir ada kisah menarik yang ingin dipersembahkan, tapi belum sempat hendak bercerita, rupanya ada kampus yang ternoda darah siswa. Safwan nama siswa itu. 
 
Paksi Anak Muda! (PAM!) mengambil sedikit ruang bersajak di celah-celah kepungan polis FRU pada malam itu.

Tiba-tiba ketika hampir menamatkan sajak yang saya baca, seorang polis datang menyentuh bahu saya. "Baiklah, saya beri masa untuk kamu bersurai..."

Negara Republik bukan cita-cita PR

Oleh RUHI HAYATI THANI

Umno amat mengetahui bahawa ramuan untuk menang dalam pertempuran kali ini sudah tentunya dengan cara mengelirukan fikiran umat Melayu. Lalu, tohmahan mesti dilakukan beberapa kali walaupun hal yang diungkapkan itu tidak tepat sama sekali.

Contohnya, Muhyiddin Yassin timbalan presiden Umno membuat dakwaan bahawa Pakatan Rakyat akan menjadikan Malaysia sebagai republik sekiranya kerajaan menunggu (Pakatan Rakyat) menang dalam pilihan raya umum kali ini.

Sulitnya mencari agamawan sasterawi

Oleh H FANSURI

Daripada apa yang saya faham, kebanyakan ustaz dan agamawan sebelum ini pernah mencela kumpulan penyair. Celaan ini pun bukan tiada asasnya. Ini kerana, memang ada surah mengenai kedudukan penyair yang diperihalkan Tuhan dalam wajah jubah warna gelapnya.

Bagaimanapun, bukan tiada warna cerah dalam kalangan penyair ini. Selepas ketibaan Islam, telah pun lahir penyair Islam yang berjuang membela Islam dan membela Rasulullah s.a.w yang dicerca musuh. Baginda pernah memuji seorang penyair Islam yang mempertahan Islam dengan syair gubahannya.

Friday, January 06, 2012

Masa depan PAS, antara pelaksanaan Hudud dan Integriti Sunnah

Oleh BOESTAMAM SARI

Sebenarnya, dalam ucapan penolakan hukum Hudud di dalam Forum Hudud pada 4 Disember lalu di Wisma MCA, Presiden MCA Chua Soi Lek bukan tidak memberi perangkaan. 
Katanya, pasaran saham akan jatuh antara 10 ke 20 peratus jika Hudud dilaksanakan sekali gus ia akan mengundang kesan ke atas kewangan para pelabur tempatan. Kenyataan ini masih boleh disanggah debat lagi oleh rakyat revolusioner yang tiada apa-apa kepentingan.

Apa model Hudud Perkasa jika mereka tolak Hudud Pas?

Oleh RUHI HAYATI THANI

Dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU), Muhyiddin Yassin telah membacakan doa Rabitah yang boleh ditemui dalam Al-Ma'thurat. Ia disusun oleh Imam Hasan Al-Banna. Hal Umno mesti berjihad dan berinfaq juga bergema di bibir Muhyiddin yang menjadi imam saat mewiridkan lafaz sumpah bai'ah itu.

Walaupun Muhyiddin tergagap kerana tidak diasuh, tidak diasah lidah untuk membacanya, tapi suatu hal yang penting difahami di sini ialah - Umno mula belajar mengenali Islam Haraki walaupun para pendokong jemaah-jemaah Islam inilah yang mereka tindas selama ini.

Thursday, January 05, 2012

'Integriti Sunnah' menuju ke arah Negara Berintegriti

Oleh H FANSURI

"...Maka bahawasanya siapa yang hidup (lama) antaramu nescaya akan melihat perselisihan (faham) yang banyak. Saat itu berpegang teguhlah terhadap 'Sunnahku' (nabi) dan 'Sunnah' Khalifah Ar Rasyidin Al-Mahdiyyin. 
"Pegang teguhlah ia dan gigitlah ia (kedua-dua sunnah itu) dengan gerahammu..."

(Hadis riwayat Imam Abu Daud)

Syahadan, setelah kita melihat Al-Quran dan Hadis sebagai sumber kesusasteraan dan persuratan Islami, maka molek jika ia diangkat sebagai sumber ilmu, akar pengetahuan yang menumbuhkan fikiran baharu dalam menyusun faham kenegaraan.

Sunday, January 01, 2012

Sastera persuratan Arab memandu Najib Razak mencari makna taat

Oleh H FANSURI

Dalam Perhimpunan Agung Umno, telah ada tanda-tanda bahawa Ruwaibidhah Najib Razak ini membaca hadis nabi. Hal itu boleh dikesan ketika dia berpesan dalam ucapan dasarnya, lalu terburai kata-kata, "...gigitlah dengan gigi geraham..."

Ia terkait dengan hadis, di mana Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "... Aku berwasiat agar kamu selalu bertakwa kepada Allah dan mendengar dan taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu cuma seorang hamba. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa' Ar-Rasyidin Al-Mahdiyin dan gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham..."

Rafidah rebah, Shahrizat terguling, siapa Ketua Wanita selepas ini?

Oleh RUHI HAYATI THANI

Sememangnya kuasa itu akan dijangkiti korup apabila seseorang mula memegangnya dalam suatu tempoh yang agak lama. Itulah yang berlaku terhadap sesiapa pun termasuk kaum wanita yang selama ini dikenali sebagai seseorang yang amanah dalam memelihara kekuasaannya.

Memanglah wajar Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil marahkan Ketua Wanita Keadilan Zuraidah dan Rafizi; anak muda yang mendedahkan skandal lembu Feedlot itu. Lewat ucapannya, Shahrizat menyelar Zuraidah sebagai biadap sebab menyuruhnya meletak jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Thursday, December 29, 2011

Umno dulu 'nasi merdeka', Umno sekarang 'nasi kangkang'?


Oleh BOESTAMAM SARI

Beberapa kerat pemimpin Umno masih teringat 'nasi merdeka' ini. Tetapi, 'nasi merdeka' ini bukan budaya Umno. Ia datang daripada budaya PKMM iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya, lalu terseludup masuk ke dalam Umno dengan kehadiran ahli-ahli PKMM yang mencari parti baharu lepas Umno sudah diharamkan oleh British.

Dalam novel Tulang-Tulang Berserakan (Usman Awang), peristiwa makan 'nasi merdeka' ini disebutkan juga oleh novelis berkenaan. Maka, budaya 'nasi merdeka' ini bermungkinan datang daripada PKMM lalu ia terseludup masuk dalam Umno sebab sebelum ini Umno tidak mendengungkan kata 'merdeka' sebaliknya Hidup Melayu!

Wednesday, December 28, 2011

Hijrah Umno rosak dengan Akta Perhimpunan Aman

Oleh RUHI HAYATI THANI

Dalam keadaan 'Haji' Najib Razak melaungkan semangat Hijrah selepas habis menunaikan fardhu haji baru-baru ini, tiba-tiba terpacul di 'lidah rasmi' Umno, iaitu akhbar-akhbar yang diterajui Umno ini, bahawa wujudnya Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.

Rakyat sedar bahawa undang-undang ini wujud selepas Umno terdengar ura-ura hendak mengadakan Bersih 3.0 selepas ini.

Revolusi Hijrah Budaya ke arah cara berjabat salam ala PR

Oleh H FANSURI

Syahadan, pada 1 Muharam lalu, saya bertandang ke rumah Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman. Antara banyak judul bincangan malam itu berputar kepada kedudukan politik tanah air dan banyak isu lain juga. Antara hal yang boleh disentuh di ruangan ini adalah bahasan berkaitan budaya.

Iaitulah hal berkaitan jabat tangan. Keluhan yang beliau ini, saya percaya wujud di mana-mana tempat. Ketika berkuliah, saya sendiri 'terjebak' dalam hal bersentuhan tangan dengan aktivis siswi bukan Muslim. Tapi yang penting, bukan kita yang memulakannya.

Tuesday, December 27, 2011

Revolusi iktisad gandum Yusuf a.s dan perihal komoditi negara

Oleh ALI BUKHARI AMIR

"Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan." - [Surah Quraisy (106): 4]

Sunday, December 25, 2011

Hijrah daripada kekayaan pecah amanah kepada miskin bermaruah

Oleh H FANSURI

"...Cah tidak menyangka sama sekali petang itu dia menjadi seekor singa betina yang lapar. Pada matanya yang pudar itu menyala-nyala kilatan kebencian yang amat sangat. Memperkatakan tentang sawah seperti memperkatakan tentang maruahnya dan maruah seluruh pesawah kampung.

"Cah tidak tahu menyukat, sebanyak mana harga maruah mereka, tetapi dia dapat merasai bagaimana masa depan mereka begitu tercabar. Habibah di sisinya pasti merasainya..."
--- Azizi Abdullah, Harga Sebuah Maruah, halaman 25.

Thursday, December 22, 2011

Sunnah Pemerintahan Rasul diingkari oleh Najib Razak

Oleh BOESTAMAM SARI

Sunnah adalah sesuatu yang mewakili sikap dan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. Ada banyak tafsiran lain mengenai sunnah ini yang terlalu luas untuk kita bicarakan di sini. Untuk tidak membuang waktu yang banyak, maka marilah kita berbincang mengenai Sunnah Pemerintahan Rasulullah s.a.w.

Yang diertikan dengan sunnah pemerintahan ini tidaklah seperti cara nabi berpakaian, makan minum serta tidur seperti yang selalu kita dengar di dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah agama yang biasa. 'Sunnah Pemerintahan' ini terkait dengan beban permasalahan mentakrifkan cara-gaya tadbiran negara dan kepemimpinan ala Rasulullah s.a.w.

Tuesday, December 20, 2011

Ombak Rindu: Najib perlu dana nikah 'Pelacur 1Malaysia'

Oleh H FANSURI

Novel itu mengundang kritikan padu dari merata arah! Suka atau tidak, tidak dapat dinafikan bahawa sambutan ke atasnya amat mewah! Mencurah yang bertandang ke pawagam. Saya tonton dua kali. Dalam masa 4 hari Ombak Rindu memukat RM4 juta! Begitu padu sekali penangan novel cinta Melayu.

Yang terlapor di media adalah keluhan Fauziah Ashari berhubung beliau yang tidak diajak sebagai perunding bersama untuk mengolah semula skrip filem yang diangkat daripada novel beliau itu. Yang terbangun kritik di akhbar adalah babak ranjang Aaron Aziz dan Maya Karin. 

Sunday, December 18, 2011

PPSMI tetap jenayah walau UPSR kita terbaik tahun ini

Oleh RUHI HAYATI THANI

Apabila akhbar melaporkan bahawa pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), maka ada banyak tafsiran dan rumusan yang boleh kita sebutkan di sini.

Pertama, adakah kita hendak beritahu kepada rakyat bahawa PPSMI yang dilaksana sebelum ni, tidak menimbulkan masalah apa-apa pun? Lazimnya hal fakta kehebatan seperti inilah yang akan didahului serta kemudiannya isu PPSMI pula yang dikaitkan dengan UPSR, PMR dan peperiksaan lain.

Karya revolusioner perlu hadir menutup pengaruh seni budaya rendah

Oleh H FANSURI

Di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 di Bukit Jalil baru-baru ini, penuh sesak dengan kebanjiran manusia 'glamour'. Seni hiburan ini mengghairahkan. Walau senyum terukir di bibir mereka, tapi siapalah yang dapat meneka hati dalaman mereka. 
Setiap artis walau hidup dalam limpahan kemakmuran dan gegak gempita tepukan tangan, namun mereka tidak lebih daripada watak pelawak yang hidup kesempitan lewat filem Hindi; Mera Naam Joker.