Showing posts with label Sastera Harakah | 130611. Show all posts
Showing posts with label Sastera Harakah | 130611. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

Mansuh PPSMI: Boleh pengarang muda buat undi rosak?

Oleh H FANSURI

Salam revolusi tuan-tuan pengarang muda! Masa makin singkat. Pilihan raya mungkin akan dibuat pada bila-bila masa sahaja walaupun bukan pada 11 November. Dengan sebab kuasa membubarkan parlimen ini terletak di lidah bicara Perdana Menteri Najib Razak, maka jika ditakdirkan tergelincir sahaja lidah Najib itu, maka mungkin esok atau lusa akan bubar parlimen. Hal ini mudah terjadi bukan?