Sunday, November 13, 2011

Baucer RM200 Bajet 2012 tidak beri panduan membaca jenis buku

Oleh RUHI HAYATI THANI

Belanjawan 2012 (ataupun dalam ungkapan Inggerisnya Bajet 2012) itu tidak bersifat rohaniah. Pemberian duit atau pun memberi baucer buku sejumlah RM200 kepada pelajar, bukan sesulit mengasuh mereka agar menghormati ilmu. Apa lagi, kerajaan persekutuan memiliki dana yang dipungut daripada wang percukaian rakyat. Jadi, untuk mengeluarkan baucer sebanyak RM200 itu bukanlah susah sangat.

Yang susahnya ialah bagaimana kerajaan hendak beri petunjuk dan pedoman agar pelajar membeli buku-buku yang patut dibeli? Sepatutnya, semua buku ini bukanlah buku rujukan yang melibatkan kuliah mereka, tapi ia melibatkan pembelian buku-buku wajib untuk masa depan selepas pengajian rasmi.