Monday, September 19, 2011

Seputar permasalahan Syair Jahiliyyah Najib Razak

Oleh H FANSURI

Saya hampir terlupa! Rupa-rupanya, Najib Razak juga handal bercerita dan petah pula menyusun madah kata. Tetapi saya tidak pernah percaya. Mungkin Najib mengarang sajaknya itu, lalu diberikannya kepada sesiapa sahaja untuk diindah-molekkan lagi akan gaya bahasanya.

Dr Mahathir disohorkan dengan syair Melayu Mudah Lupa. Itu pun, saya dengar cerita, sajaknya itu dibikin atas tangan orang lain jua. Tentang sajak 'Aku Mencari Damai Abadi, karya Abdullah Ahmad Badawi, maka tidak pula saya ketahui apakah hasil ciptaannya sendiri ataupun beliau menyerahkan kepada orang lain untuk menyusunnya?