Oleh H FANSURI
Saya hampir terlupa! Rupa-rupanya, Najib Razak juga handal bercerita dan petah pula menyusun madah kata. Tetapi saya tidak pernah percaya. Mungkin Najib mengarang sajaknya itu, lalu diberikannya kepada sesiapa sahaja untuk diindah-molekkan lagi akan gaya bahasanya.
Dr Mahathir disohorkan dengan syair Melayu Mudah Lupa. Itu pun, saya dengar cerita, sajaknya itu dibikin atas tangan orang lain jua. Tentang sajak 'Aku Mencari Damai Abadi, karya Abdullah Ahmad Badawi, maka tidak pula saya ketahui apakah hasil ciptaannya sendiri ataupun beliau menyerahkan kepada orang lain untuk menyusunnya?

Berhari-hari pula saya menantikan kelibat Najib di televisyen semata-mata untuk menaip semula bait-bait sajak jahiliyah beliau itu. Tapi gagal. Hanyalah ini serpihan bait-bait kata yang tertinggal di dalam catatan saya. Ia adalah seperti di bawah ini.
"Melayu bangsa tercintaku | dari langkah kecil anak-anak tadika | di menara gading bersaing siswi siswa | Malaysia tanah airku | musnah wawasan tidak kesampaian | Padamkan, padamkan kesumat | kitalah kan rugi segala-galanya | andai tiris amanah diberi | runtuhlah kuasa | harumkan kelopak-kelopak keikhlasan | segeralah bangsaku, kita glokalkan..."
Jika ada sesiapa yang boleh menaip lengkap dan sempurna sajak Perdana Menteri itu, harap dimajukan kepada pihak kami nanti. Jika benar Najib pernah mengupah seseorang untuk mendandan hias bait-bait kata puitis sajaknya itu, maka orang itu tidak perlu dipersalahkan. Dia cari makan. Dengar khabar, A Samad Said pernah hendak diupah untuk menulis sajak, dan malah beliau pasti boleh meraih ribuan ringgit.
"Saya mesti karang sajak 1Malaysia," kata Sasterawan Negara itu yang kemudiannya memutuskan untuk menolak upah lumayan itu. Tidak mengapa. Itu bukan hal yang ingin diceritakan. Kita masih menilai kemampuan akliah Najib Razak selaku penyair. Bait kata cerminan fikiran, maka sikap dan pendirian Najib Razak itulah yang mesti kita nilaikan.
Dalam sajak itu, ada soalan Najib lebih kurang, "Apakah tercapai hasrat menuju Wawasan 2020?" Mungkin banyak lagi ratapan yang mewajahkan Najib sebagai watak yang jenuh berusaha membangun negara. Selebihnya, kalau ada kekurangan, maka kita yang silap. Untuk saya, syair jahiliyyah Najib akan menekan jiwa. Makin tertekan saat mendengarnya.
Agaknya, kita perlu maklumkan teori baru kepada WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) - bahawa antara punca gejala tekanan perasaan yang dideritai umat bermuara dari fitnah di tv. Perutusan Hari Raya Rosmah di tv tambah menekan jiwa saya. Kita tak boleh berputih mata melihat Najib mendeklamasi racun berbisa yang menyengat fikiran rakyat. Orang sihat boleh pengsan dan koma mendengarnya berhari-hari.
Saya fikir, kita mesti membalas serangan syair jahiliyyah Najib dan Rosmah dengan sebuah buku kumpulan puisi juga untuk dibawa ke tahap glokal. Kita terjemahkan ia ke bahasa Mongolia, Kazakhstan dan Amerika. Nanti, biar tumbuh merendang semangat iltizam gerakan anti Najib Razak sedunia!

No comments:
Post a Comment