Oleh H FANSURI
Dalam bulan Ramadan ini, kita akan bertemu dengan peristiwa Nuzul Quran, iaitu hari di mana Al-Quran diturunkan pada Lailatul Qadar. Ia turun dengan kehadiran para malaikat dan ruh seperti yang dicantum dalam Surah Al-Qadar, ayat ke-4, "Pada malam itu, turunlah malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara..."
Buya Hamka dalam suatu catatan panjangnya berhubung pengalaman masa kecilnya ketika mencari Lailatul Qadar, pernah menulis mengenai kedudukan malam Lailatul Qadar, iaitu malam diturunkan Al-Quran itu.

Dalam catatannya, beliau menulis cerita penjahat yang bertaubat kerana bertembung malam seribu bulan itu. Berkat malam itu, maka hanya dalam tempoh semula, penjahat itu terus berubah wataknya menjadi baik.
Itu baru kisah malam, belum masuk kehebatan kata-kata pesona, ayat-ayat pantulan daripada Al-Quran yang menyihir jiwa ke arah keinsafan itu. Hamka turut menyebut kisah Umar yang terpesona dengan gaya lenggok bahasa apabila terdengar awal pangkal surah Taha itu.
Taha adalah nama lain bagi Rasulullah s.a.w. Muhammad itulah yang ingin Umar bunuh pada malam kejadian ketika dia menampar pipi adik perempuan beliau itu. Tapi, membaca Taha, serta-merta hatinya jadi lunak.

Ini kerana, kekuatan perkataan itu bukan lahir dari dada insan sebaliknya ia tiba daripada Sang Pencipta. Umar Al-Khattab dan lain-lain watak keras telah berubah menjadi baik, hasil paduan kata-kata Al-Quran yang mengalir, menusuk ke jiwa.
Sebab itu, kita hairan juga ketika ada agamawan yang tidak sensitif hatinya apabila melihat penderitaan rakyat yang dizalimi oleh Perdana Menteri Najib Razak. Masyarakat Al-Quran adalah masyarakat masyarakat sastera. Mereka berjiwa halus, sensitif dan peka terhadap nasib dan permasalahan manusia lain yang kurang bernasib baik. Orang berjiwa halus ini, ada secebis padanya jiwa nabi dan ruh wali-wali.
Hati seorang sasterawan, tidak tertahan melihat penindasan. Mereka asalnya hidup kesengsaraan. Seorang sasterawan boleh menjadi agamawan kerana hati dan jiwa mereka akan lunak cenderung memahami Al-Quran sehingga mereka terdorong ke jalan raya bagi membela rakyat.
Sedangkan agamawan belum tentu seorang sasterawan sebab dalam hati mereka belum ada belas kasihan ke atas manusia tertindas. Ada sedia tumbuh di dalam jiwa mereka rasa inginkan kemewahan dunia pemberian penguasa dan fatwa-fatwa mereka cenderung memihak kepada kerajaan zalim.

No comments:
Post a Comment