Oleh RUHI HAYATI THANI
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dalam kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (daripada ancaman musuh). --- (An-Nuur, ayat 55)
Allah s.w.t menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa mereka itu akan beroleh pemerintahan. Ini adalah janji Tuhan yang memegang jiwa segala nyawa presiden dan raja.
Dalam konteks pejuang mujahid Bersih 2.0 hari ini, bulan Ramadan adalah satu bulan terbaik untuk melancarkan beberapa siri peperangan ke atas Najib Razak.
Mereka boleh beramal soleh dengan berterawih dengan baju t-shirt kuning Bersih dan ketika tiba hari raya, mereka boleh memberi sampul duit raya kepada ahli keluarga mereka dengan 8 tuntutan Bersih.
Mereka boleh cetak kad-kad ucapan selamat hari raya Bersih lalu dikirim buat kaum kerabat jua. Pada pagi Syawal nanti, maka peserta Bersih boleh memakai baju raya kuning di saf hadapan Masjid Negara dan Masjid Putrajaya supaya Najib Razak tersilau dengan kilauan kuning berseri pada pagi Syawal itu.
Pendek kata, syiar kuning Bersih di hari raya ini boleh mengundang rasa gementar di hati Najib Razak. Para penyokong Bersih yang memakai baju raya kuning itu pula wajar melaung takbir hari raya dengan lebih nyaring, mengalunkan suara yang yang jauh lebih keras daripada garis-garis kebiasaan bertujuan supaya Najib terperasan dengan kelibat dan kehadiran mujahid Bersih pada pagi hari lebaran itu.
Sepanjang masa Najib Razak bersalaman dengan ramai jemaah, maka hendaklah pendokong Bersih itu berikhtiar merebut-rebut untuk bersalaman dengan Najib Razak untuk menyilaukan pandangan beliau dengan baju kuning raya anda itu. Terlebih afdal jika dapat menyebut secara terus terang depan Najib, “Selamat hari raya daripada kami, warga penyokong Bersih 2.0!”
Segala tindakan ini setidak-tidaknya akan menyebabkan Najib Razak berasa cemas dan gementar juga, apatah lagi selepas beliau baru selesai menjalani pembedahan lutut pada 3 Ramadan lalu. Kesakitan di lutut itu mungkin menjalar kembali dan menumbuhkan bisa-bisa halus ke dalam urat sarafnya.
Semoga dengan cara ini, kita dapat melemahkan Najib Razak supaya beliau segera berundur. Sama ada beliau akan melantik Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri untuk menggantikan tempatnya atau pun terus bersedia dengan dengan kemungkinan yang lebih parah di atas kedegilan beliau ini.
Kalaulah peserta Bersih beramal soleh di bulan Ramadhan ini, mengukuhkan mutu solat, memperbaiki bacaan Al-Quran dan bertadarus terus-menerus, sedangkan Najib, Rosmah, Umno dan BN berterusan tenggelam dalam lautan hawa nafsu syahwatnya, maka kepimpinan negara akan kita terajui akhirnya.
Najib, Rosmah dan Umno cuma mewarisi kedegilan kaum 'Aad, kegilaan kaum Tsamud dan kaum Iram yang lalai serta leka atas segala pemberian Allah s.w.t sebelum ini, lalu mereka terkubur.
“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak;
“(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; …
“...akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) ...” (Al-Hadiid, ayat 20).
Inilah bahaya yang akan menimpa Najib dan Rosmah selepas Ramadan ini; iaitu penggulingan sebagai mana jatuh tergulingnya nilai mata wang dolar Amerika Syarikat itu pada bulan Ramadan ini.
Jika ditanya orang, kenapa Najib, Rosmah masih tidak dijatuhkan seperti mana kaum 'Aad serta Tsamud yang mati tertimpa selepas dihujani batu-batu, (kerana mereka impikan hal yang sama terjadi di Putrajaya, iaitu hujan batu jatuh menimpa rumah kediaman Najib dan Rosmah), maka jawapannya, ini kerana sudah ada 'perjanjian' melalui doa nabi, bahawa dalam apa jua keadaan, umat Muhammad jangan sampai dihukum seperti umat terdahulu.
Maka, Najib dan Rosmah tidak lagi dihujani dengan siksaan seperti umat dahulu. Sebagai gantinya, dikirim revolusi tsunami dalam bentuk kebanjiran manusiawi seperti yang terjadi dalam peristiwa revolusi Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

No comments:
Post a Comment