Saturday, December 17, 2011

Umno tiada kesungguhan membanteras gejala seks bebas

Oleh BOESTAMAM SARI

Tidaklah sepatutnya Perdana Menteri 'Haji' Najib Razak membiarkan sahaja masyarakat berterusan memanjangkan debat mengenai Pendidikan Seks ini. Perkahwinan yang kerap dinisbahkan kepada ibadah, kini terhunjam di fikiran ramai orang, bahawa ia bertujuan semata-mata hubungan kelamin.

Sebelum polemik mengenai Seks Islam dimulai oleh penggerak Kelab Isteri Taat, maka telah heboh polemik mengenai Pendidikan Seks tidak lama dahulu. Perkara ini akan melarat-larat bagaikan barah. Ia boleh berjangkit merebak ke ruang lain hingga mengganggu ruang fikiran lain yang menuntut ketegasan dalam hal-hal lain seperti ekonomi, kewangan dan lain-lainnya.