Oleh BOESTAMAM SARI
Tidaklah sepatutnya Perdana Menteri 'Haji' Najib Razak membiarkan sahaja masyarakat berterusan memanjangkan debat mengenai Pendidikan Seks ini. Perkahwinan yang kerap dinisbahkan kepada ibadah, kini terhunjam di fikiran ramai orang, bahawa ia bertujuan semata-mata hubungan kelamin.
Sebelum polemik mengenai Seks Islam dimulai oleh penggerak Kelab Isteri Taat, maka telah heboh polemik mengenai Pendidikan Seks tidak lama dahulu. Perkara ini akan melarat-larat bagaikan barah. Ia boleh berjangkit merebak ke ruang lain hingga mengganggu ruang fikiran lain yang menuntut ketegasan dalam hal-hal lain seperti ekonomi, kewangan dan lain-lainnya.
Akhirnya, muncul aliran lain pula seperti Seksualiti Merdeka yang ikut riuh dalam membincangkan persoalan seks dengan sebebas-bebasnya. Pergaulan bebas ini melahirkan sindrom baharu dalam masyarakat seperti pondan, mak nyah, bapuk dan lain-lain gejala seks songsang di luar tabi'e manusia.
Di media, majalah-majalah lucah bertebaran manakala di filem-filem, paparan lucah yang seolah-olah berkempen mengenai gejala seks bebas ini banyak juga. Untuk menyeru 'Haji' Najib Razak sendirian menumpaskan kebatilan ini, rasanya tidak lojik juga, walhal 'kehajian' beliau memang menuntut ke arah itu sebenarnya. Orang yang sudah naik haji, dakwah beliau mesti lebih kental!
Jadi, yang riuh-rendah bercakap tentang usaha menolak gejala seks bebas ini kebanyakannya NGO-NGO Muslim. Ada program anti zina, ada yang keluar pada malam Valentine untuk menahan anak-anak muda daripada melaksanakan segala apa yang dihajatinya selama ini.
Program anti kemungkaran ini sungguh baik, tapi ia hanya terbatas kepada NGO Muslim sahaja seperti yang kita sebutkan tadi, termasuk Dewan Pemuda PAS. Tiada pula kita Pemuda Umno dan Wanita Umno bertegas dalam soal-soal membantah kemungkaran ini.
Yang kita dengar, Pemuda Umno dan Wanita Umno bergelut sakan dalam soal mempertahan isu lembu 'feedlot' yang kini sedang hangat dibicara orang. Jika Pemuda Umno dan Wanita Umno tidak ikut bangkit dalam perbincangan mengenai tatacara mengganyang amalan seks bebas ini, maka demikianlah juga halnya dengan pimpinan tertinggi Umno amnya dan 'Haji' Najib Razak khasnya.
Walaubagaimanapun, ada kelihatan tegas juga di pihak kerajaan negeri Kelantan. Tapi hal ini ditinjau daripada sudut lain pula. Ia bukanlah kisah tentang persoalan melarang amalan seks bebas. Tetapi, sikap pasangan suami isteri yang secara bebasnya bercerai tanpa sebab yang kukuh.
Contohnya, ada cadangan supaya kerajaan Kelantan mengenakan hukuman berat seperti sebat atau penjara ke atas pasangan di negeri itu yang bercerai tanpa alasan munasabah. Sebelum ini, hal itu disebutkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar.
Dalam suatu kenyataan, beliau berkata, walaupun jumlah pasangan bercerai di Kelantan kini berada pada peratusan yang rendah, namun hukuman berat boleh dipertimbangkan kerana berlakunya perceraian tanpa sebab. Jadi, sekurang-kurangnya, ada juga tindakan tegas di pihak kerajaan negeri Kelantan.
Kalau ditinjau berasaskan rekod di Kelantan sepanjang tempoh lima tahun (2005 - 2010), purata kes perceraian di Kelantan adalah 14.67 peratus. Peratus perceraian ini tidak tinggi. Ia stabil dengan 13.5 peratus pada 2005 dan meningkat 14.4 peratus setahun kemudian, lalu menurun 13 peratus pada 2007.
Bagaimanapun pada 2008, peratus perceraian meningkat dengan mencatat 15.3 peratus dan setahun kemudian naik sehingga 16 peratus sebelum turun 15.8 peratus tahun lalu. Manakala pada 2008 pula, kadar perceraian di negeri ini berada pada tangga keempat mewakili peringkat kebangsaan.
Inilah antara deretan fakta mengenai masalah perceraian di negeri tersebut dibanding negeri-negeri lain. Untuk mengatasi masalah perceraian di negeri ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Pusat Pembangunan Keluarga dikatakan turut terlibat memberi khidmat nasihat dalam membaiki hubungan suami isteri. Pendek kata, kerajaan Kelantan dan NGO Muslim turut terlibat secara serius dalam urusan melibatkan kemungkaran.
Bercerai tanpa alasan dan sebab munasabah dilihat sebagai satu 'jenayah'. Ini kerana ada hadis menyebutkan bahawa, "Antara perkara halal yang tidak disukai Tuhan adalah talak." Jadi, bercerai dengan sebab tentunya sah walaupun mengundang kemarahan Tuhan.
Jadi, bercerai tanpa sebab ini, tentu berlebih ganda lagi kemurkaan Tuhan. Lalu, PAS sebagai penguasa di Kelantan cuba sedaya upaya membanterasnya dengan mandat kekuasaan yang diberi kepada mereka. Pendek kata, negeri yang berkuasa cuba membanteras amalan mungkar; cerai tanpa sebab. NGO Muslim yang tiada mandat kekuasaan ini cuba pula mencegah amalan jenayah seks bebas ini daripada membarah dan berleluasa.
Tetapi, Umno masih kekal begitu juga mempertahan isu lembu 'feedlot', sambil mengabaikan kerja-kerja mengubah kemungkaran jenayah seks bebas ini.

No comments:
Post a Comment