Oleh H FANSURI
Di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 di Bukit Jalil baru-baru ini, penuh sesak dengan kebanjiran manusia 'glamour'. Seni hiburan ini mengghairahkan. Walau senyum terukir di bibir mereka, tapi siapalah yang dapat meneka hati dalaman mereka.

Setiap artis walau hidup dalam limpahan kemakmuran dan gegak gempita tepukan tangan, namun mereka tidak lebih daripada watak pelawak yang hidup kesempitan lewat filem Hindi; Mera Naam Joker.
A Samad Said menonton filem dan karya yang kerap dinisbahkan kepada seni budaya hiburan gemerlapan ini. Kata beliau, dia ingin tahu gaya hidup anak muda zaman ini. Mungkin Usman Awang berperasaan demikan juga saat menghadiri hiburan setaraf AIM itu. Protes Usman ke atas seni sebegitu terzahir dalam sajaknya; Lagu dan Tari pada 1954.
"Semalam kulihat sebuah tari
dada montok berlenggok, gila mencari
nafsu jalang dan mata penuh berani,
dengan muzik nada liar memuncak tinggi.
Itulah lagu dengan tari pada malam panjang,
senantiasa berulang pada zaman gila perang;
sedang esok segala hati dan tulisan memuji,
inilah 'seni', hasil gemilang 'seniman' sejati!"
Begitulah AIM. Semalam saya menghadirinya serta keesokannya, akhbar memuja-muja nama pemenang dan memuji-muji seni segala persembahan. Seni sebegini masih kekal walau zaman gila perang tamat dan 2011 bukan mewakili semangat 1954!
Ramadan lalu ada acara televisyen; Bicara Surah yang menampilkan artis-artis yang tersipu-sipu malu mendengar kuliah agama. Selepas Ramadan acara itu menghilang. Apakah mustahil bagi RTM mengumpulkan semua artis dalam Turath Ulama pula? Entahlah.
Ketika mencatat ini, teater revolusioner sedang dipentaskan di Istana Budaya (Badai Semalam), panggung DBKL (Merong Mahawangsa) dan DBP (Harga Sebuah Maruah). Badai Semalam mengisahkan perjuang Mazni yang tabah berdepan karenah suaminya dan dia terus belajar bagi meneruskan hidupnya.
Merong Mahawangsa adalah kisah seorang ahli pelayaran yang membantu menyatu cinta Putera Rom dan Puteri Cina sekali gus mengguling kezaliman lanun Garuda di Alam Melayu. Sementara Harga Sebuah Maruah adalah teater revolusioner yang mengisahkan perjuangan petani di Kerpan, Kedah yang menggugat kerusi Menteri Besar Kedah.
Inilah antara karya, teater revolusioner yang boleh meningkatkan mutu fikiran revolusioner. Marilah kita mara bersatu dalam upaya membanyakkan karya bermutu agar karya seni bermutu rendah akan tertapis habis dengan sendirinya.

No comments:
Post a Comment