Tuesday, November 22, 2011

Apakah dapat dipentaskan HSM Azizi Abdullah di Kedah?

Oleh H FANSURI

Kepada Menteri Besar Kedah. Salam revolusi. Perjalanan usia saya dalam kegiatan kesusasteraan masih rebung. Namun izinkan saya berbicara mengenai sebuah novel yang mungkin sesuai untuk di'komsas'kan. Komsas adalah kependekan daripada 'Komponen Sastera'.

Adapun nama judul novel itu adalah Harga Sebuah Maruah (HSM), karangan Azizi Abdullah. HSM meraih hadiah kedua pada 2007 di dalam sayembara 50 tahun DBP. 
 
Sejak HSM mula dipentaskan di Balai Budaya pada bulan ini maka ramai yang menyedari bahawa teater HSM itu adalah hal kisah pesawah di Kerpan, Kedah. Tetapi, nampaknya perjuangan para pesawah ini tidak diserap sepenuhnya oleh para penonton.