Oleh H FANSURI
Kepada Menteri Besar Kedah. Salam revolusi. Perjalanan usia saya dalam kegiatan kesusasteraan masih rebung. Namun izinkan saya berbicara mengenai sebuah novel yang mungkin sesuai untuk di'komsas'kan. Komsas adalah kependekan daripada 'Komponen Sastera'.
Adapun nama judul novel itu adalah Harga Sebuah Maruah (HSM), karangan Azizi Abdullah. HSM meraih hadiah kedua pada 2007 di dalam sayembara 50 tahun DBP.

Sejak HSM mula dipentaskan di Balai Budaya pada bulan ini maka ramai yang menyedari bahawa teater HSM itu adalah hal kisah pesawah di Kerpan, Kedah. Tetapi, nampaknya perjuangan para pesawah ini tidak diserap sepenuhnya oleh para penonton.
Orang-orang mungkin hanya melihat kepada persembahan mutu lakonan, gaya dan rentak intonasi suara dan sebagainya. Jika novel itu mahu diabadikan sebagai teks komponen sastera (Komsas), maka tentunya Najib Razak dan Muhyiddin Yassin ada halangan nanti, jika mereka sedar isi penentangannya.
Jadi, untuk tujuan itu, di peringkat awal, nampaknya sudah ada skrip naskhah teater untuk dipentaskan. Maka, bolehlah kita manfaatkannya untuk teater di seluruh negeri Kedah, kalaupun ia ditolak sebagai teks komsas itu nanti.
Membaca dan menonton sangatlah beza penerimaannya ke atas penonton. Menonton teater menyebabkan ingatan kita kekal bertambah kuat berbanding pembacaan novel itu. HSM itu kisah lama para petani di Kerpan yang boleh selalu dipunggah-punggah daripada relung ingatan lama.
Bersimbah kenangan lalu membanjiri fikiran ramai orang khasnya rakyat negeri Kedah, maka hal itu bererti hadirnya suatu modal baharu sebagai kempen untuk orang-orang PAS mengganyang Umno dan BN menjelang pilihan raya umum akan datang. Itu jika kita hendak berbicara daripada strategi kempen.
Nampak seperti kotor sedikit, seolah-olah kita memperalatkan teater untuk kempen. Tetapi hakikat sebenarnya, persembahan teater itu tidak kotor malah itulah yang mesti dibuat bagi memastikan rakyat Kedah selalu teringatkan penindasan Umno ke atas petani Kerpan yang tidak berdosa itu.
Kerpan dan Memali misalnya tidak boleh diabadikan dalam bentuk ceramah dan buku ilmiah, buku politik popular sahaja, malah ia perlu disenikan dalam bentuk teater dan filem juga. Harapan saya, semoga HSM yang mengabadikan derita Kerpan ini akan diangkat julang sebagai filem juga akhirnya nanti.
Saya harap, kerajaan negeri Kedah, dengan lujnah kebudayaan PAS boleh memanfaatkan teater ini untuk masa depan kesenian, kebudayaan. Hingga nota ini ditulis, saya difahamkan bahawa pihak Pusat Pengajian Seni, USM dan DBP adalah yang terlibat dalam pembikinan teater HSM itu.

Hanya menantikan kesungguhan Pakatan Rakyat jika benar mereka benar-benar berhasrat menaklukkan hati manusia menjelang pilihan raya umum nanti.
Al-Fatihah buat Azizi Abdullah...
Al-Fatihah buat Azizi Abdullah...
No comments:
Post a Comment