Oleh RUHI HAYATI THANI
HIMPUN (Himpunan Sejuta Umat) yang diadakan di Stadium Utama Shah Alam pada jam 2 petang 22 Oktober lalu itu telah gagal daripada segi moralnya.
Yang menyebabkan perhimpunan itu terhormat adalah disebabkan adanya media yang mengangkatnya seperti mana media mengangkat Rosmah Mansor sebagai penerima anugerah tali pinggang serikandi Tun Fatimah itu.
Ramai individu dan banyaklah NGO Melayu Muslim yang menyertai mengadakan perhimpunan anti-Murtad itu. Ada NGO yang tidak terkenal sebelum ini,
dan tiba-tiba muncul sebagai wira yang menjuarai 'perjuangan' di bawah titah istana. Semua kononnya bersatu di bawah payung aqidah Tauhid. Seperti Rosmah dan Najib, NGO baharu muncul (baca: Umno) ini akan menyinga kerana pilihan raya umum semakin mendekat.
Kata mereka, titah istana telah menjadikan ramai pemimpin NGO Islam serta ahli-ahli persatuan itu menjadi lebih yakin dalam usaha mempertahan serta menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini. Di dada akhbar, telah terbit kenyataan bahawa, pihak penganjur berasa yakin bahawa akan ada ratusan ribu umat yang bakal membanjiri stadium uuntuk melafazkan suara hati mereka berhubung ancaman aqidah.
Yang terpenting, menurut akhbar-akhbar itu, situasi ini juga akan membayangkan bahawa, kebersamaan dan kekitaan umat Islam itu hadir tanpa mengira latarbelakang keturunan, sosio ekonomi dan fahaman politik masing-masing. Semua coretan perkataan yang termuat di dada akhbar ini terseludup halus di dalam hati kita bahawa - pemerintah (Umno) sebenarnya ingin menjerat seteru Umno untuk mempolitikkan isu murtad dan kemurtadan ini.
Sehari sebelum perhimpunan itu berlaku, ada keratan iklan separuh muka berhubung himpunan sejuta umat itu di dalam Utusan Malaysia. Entah berapa belanja iklan itu, tidak diketahui. Entah siapa yang menaja iklan itu serta cara bagaimana Ibrahim Abu Shah diangkat sebagai anggota sekretariat itu pun tidaklah diketahui. Sebab itu, muhasabah berhubung kegagalan HIMPUN perlu dilakukan juga.
Kena perhalusi juga hal ini di Parlimen berhubung persoalan, kenapakah pihak polis mudah memberikan permit perhimpunan HIMPUN? Kenapa Bersih itu dihalang berhimpun di stadium pada 9 Julai lalu? Ini semua perlu Najib Razak jawab sebelum menyelar pemulauan Melayu Muslim pada 22 Oktober lalu.
Beberapa hari lalu tersiar laporan bahawa pihak istana berasa amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan serta akidah umat Islam di Selangor. 'Titah' istana itu senada seirama sehati berdansa dengan 'siasatan' rumusan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu. Baik di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, segala 'titah' itu skrip teks catatan Umno.
Lalu, disebut juga bahawa bukti yang ada kali ini, dikira belum cukup lagi untuk menyebabkan tindakan perundangan itu boleh dikenakan ke atas mereka.
Maka, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jais diminta membuat pemantauan untuk mengambil tindakan ke atas usaha memurtadkan Melayu itu.
Bermodalkan titah itulah maka NGO Melayu, NGO Islam Umno mendakwa, mereka mendapat mandat istana. Semua itu, kata mereka, adalah titah diraja.
Lalu, dengan megahnya mereka berkata, istana dan rakyat Selangor boleh meletak kepercayaan kepada mereka bagi memikul tanggungjawab yang berat ini. Secara tiba-tiba, mereka jadi wira atas titah sultan dan rakyat yang tidak bertolak-ansur dalam hal memesongkan aqidah umat Islam.
Sebenarnya, kalaulah NGO Melayu dan NGO Islam Umno itu kerap bermuhasabah, nescaya mereka pun tahu bahawa rakyat sedar hal wujudnya karenah Umno dengan Khusrin. Umat sedar adegan penangkapan Bob Lokman atas alasan ketiadaan tauliah. Dengan semua kebusukan ini, maka perlahan-lahan rakyat kita dan umat Islam makin sedar bahawa kedudukan Jais itu jauh lebih rendah, hina-dina dibanding Ahmad Jais yang baharu meninggal dunia itu.
Jadi, tepatlah kata orang-orang tua, bahawa manusia yang pergi dahulu, mereka yang mati dulu, itu tandanya Tuhan sayang kepadanya. Agensi kerajaan dan sosok yang banyak mengusutkan keadaan dan fikiran ramai rakyat jelata, seperti Jais dan Tun Dr Mahathir memang tak disayangi penduduk di langit.
Begitulah, menurut petua pedoman orang-orang tua, oleh sebab mereka ini dimusuhi penduduk langit, maka sebab itulah usia mereka panjang!
Tidak faham-faham lagikah Najib Razak dan NGO Melayu dan NGO Islam Umno itu, bahawa itu petanda yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak yakin bahawa Umno itu akan menyelamatkan akidah Melayu? Mereka yang tidak hadir itu bukanlah enggan menyokong usaha menyelamatkan akidah Melayu.
Tapi umat Islam seluruhnya berasa was-was dan sentiasa berawas terhadap suatu hal, iaitu Umno dan Najib Razak yang telah jelas dan terang-terangan menolak hukum Hudud itu, masakan boleh diharapkan lagi untuk membela akidah umat Islam itu sendiri?
Bukankah jelas firman Tuhan di dalam Al-Quran, bahawa orang yang menolak Al-Quran sudah kufur. Jadi, bagaimanakah insan Umno yang kufur ini boleh diharapkan lagi untuk tampil membela aqidah umat Islam. Di sini pun sudah jelas bahawa Umno sudah gagal membela akidah kerana Umno sendiri telah kufur kerana menolak hukum Hudud. Marilah kita bermuhasabah lagi dan lagi ke atas hal ini.

No comments:
Post a Comment