Monday, May 28, 2012
Nong Chik kalah di Lembah Pantai?
Nong Chik kalah di Lembah Pantai?
Oleh RUHI HAYATI THANI
Sebenarnya, tidak boleh meramalkan Raja Nong Chik kalah di Parlimen Lembah Pantai. Hal ini kerana, belum dinamakan lagi namanya sebagai calon Parlimen di kawasan itu.
Bagaimanapun, sebelum ceramah PKR dibaling batu dan telur busuk di Lembah Pantai, sudah ada acara ceramah TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) di sana juga.
Salah seorang tenaga penceramahnya adalah lelaki India yang dikatakan pernah bekerja bersama Anwar Ibrahim sebelum ini. Setelah memburuk-burukkan Anwar, beliau sudah 'isytiharkan' kepada para pendengar supaya menyokong dan mengundi Raja Nong Chik.
Lelaki India ini bukan Perdana Menteri Najib Razak yang boleh bubarkan Parlimen dan isytiharkan tarikh pilihan raya. Beliau bukan Presiden Umno, Pengerusi BN yang boleh mencalonkan nama Raja Nong Chik sebagai calon di kawasan itu.
Tapi, di atas pentas ceramah TIBAI, lelaki India ini boleh menyeru orang-ramai supaya mengundi Raja Nong Chik pula. Dia mungkin sudah diberitahu bahawa Raja Nong Chik akan bertanding. Justeru, dia menyeru penduduk di situ agar mengundi Raja Nong Chik.
Sebenarnya, cerita bahawa Raja Nong Chik akan pergi ke Lembah Pantai sudah berlegar dari mulut ke mulut orang-orang Umno, telah meniti juga daripada lidah ke lidah. Perihal Raja Nong Chik akan bertanding di situ telah berubah menjadi suatu keyakinan yang teguh dan utuh sehingga ia menjadi tunjang keyakinan iman Umno bawahan.
Bagi memenangkan Raja Nong Chik di Lembah Pantai hanya dua cara. Pertama, rakyat Lembah Pantai itu mesti diperbodohkan dan kedua, undi-undi berkati-berkati yang entah datang dari laluan mana mestilah dibawa masuk ke pusat pengundian Lembah Pantai itu.
Apabila rakyat bodoh, maka isu penyelewengan wang yang dilakukan Raja Nong Chik, bersama anaknya sebanyak RM30 juta itu sudah diketepikan rakyat hanya bermodalkan duit ringgit sebanyak RM500 untuk setiap seorang.
Penduduk di Lembah Pantai mesti dicerahkan pemikiran dan kesedaran mereka terhadap isu kronisme yang melingkari Raja Nong Chik dan anaknya. Rakyat mesti sedar bahawa kontrak bernilai RM30 juta ini sudah diberi kepada Istijuara Sdn Bhd yang dimiliki oleh Raja Nong Chik Zainal Abidin juga melalui anaknya.
Fakta ini, dan lain-lain fakta lagi sepatutnya membuatkan Raja Nong Chik rebah sendiri di mana-mana tempat yang dia mahu bertanding sekali pun. Pada tahap ini, kita panggil keadaan ini sebagai 'kalah moral', tetapi belum tentu beliau akan kalah undi nanti.
Seperti yang disebut di atas, kemenangan Raja Nong Chik boleh jadi berpunca daripada pemikiran rakyat yang belum dicerahkan, dan tipu daya undi yang entah datang di celah mana. Apa pun, adakah fakta kronisme sejumlah RM30 ini sudah diserak sepenuhnya?
Walau kita hidup pada zaman teknologi maklumat, kita masih berdepan dengan dua hal utama. Pertama, anak muda remaja yang tidak pedulikan politik. Kedua, orang tua yang ketandusan maklumat walaupun mereka hidup pada zaman teknologi maklumat ini.
Anak muda remaja hari ini yang mahir dengan segala macam perkakasan IT, mereka ini mengenali Twitter, Facebook, Blog, Yahoo Messenger, Youtube, tetapi tidak cenderung untuk menelaah dan menghadam isu-isu politik di internet, sebaliknya menggunakannya ke arah hal-hal yang tidak berfaedah seperti hal mengejar keseronokan dan hiburan.
Seterusnya, orang tua yang memang ingin mengikuti isu-isu politik. Namun, malangnya, mereka ini tiada kemahiran dalam menggunakan perkakasan IT seperti yang disebutkan di atas tadi. Jika golongan tua yang suka mendengar isu politik ini mengetahui cara-cara mengendalikan perkakasan internet, maka politik mereka boleh dicerahkan.
Akhirnya, kita terpaksa juga mengguna kaedah warisan zaman-berzaman untuk jatuhkan Raja Nong Chik di Lembah Pantai itu. Sebagai termaklum, dosa dan jenayah Raja Nong Chik sudah tersohor di Kg Baru. Ramai penduduk Kg Baru anti Raja Nong Chik kerana hajat beliau ingin 'menjual dan menggadai' tanah Melayu satu-satunya di ibu kota itu.
Jika berhajat benar menjatuhkan Raja Nong Chik di Lembah Pantai, bawa penduduk Kg Baru berbondong-bondong ke Lembah Pantai untuk ceramahkan kebejatan moralnya di Kg Baru itu. Ya, jangan lupa juga untuk ceramah kuliahkan hal kontrak RM30 juta itu!
Subscribe to:
Posts (Atom)