Saturday, August 13, 2011

Bersih 2.0: Zam insaf media berat sebelah, iktibar untuk Najib

Oleh H FANSURI

Pada hari awal, Najib Razak serta polis cuba memberitahu rakyat bahawa mereka bukanlah menzalimi rakyat. Maka, gambar peserta himpunan Bersih dihidangkan dengan juadah mewah diharapkan dapat meluruskan semula segala persepsi yang wujud dan tanggapan liar masyarakat ketika itu.