Oleh H FANSURI
Pada hari awal, Najib Razak serta polis cuba memberitahu rakyat bahawa mereka bukanlah menzalimi rakyat. Maka, gambar peserta himpunan Bersih dihidangkan dengan juadah mewah diharapkan dapat meluruskan semula segala persepsi yang wujud dan tanggapan liar masyarakat ketika itu.

{Betapa buruknya tabiat menipu serta penipuan pada zaman Youtube, Facebook, Twitter yang sedang maju berkembang dengan begitu pesatnya mutakhir ini.}
Hari-hari berikutnya, Najib Razak berucap di PWTC dengan keras serta nyaring di depan Umno sebagai cara menaikkan semula semangatnya yang telah mula lemah, dilemahkan oleh kemaraan Bersih 2.0 di ibu kota itu. Bibirnya berketap, suaranya bergetar menahan marah. Dia sengaja menyinga, seolah-olah dia sedang berjuang menutup ketakutannya sendiri dengan kebangkitan rakyat.
Begitu hebatnya kesan penangan daripada Bersih 2.0 itu! Sepatutnya, kini, 'madrasah' Bersih 2.0 dapat menubuhkan kelab Alumni Bersih untuk membuat kajian terhadap analisa SWOT (Strength, Kekuatan), (Weakness, Kelemahan), (Opportunity, Peluang) dan (Threat, Ancaman) untuk mendepani Bersih 3.0.
Marina Mahathir jadi demonstran? Zam sokong usul Bersih; media perlu bebas
Bersih 2.0 tidak cuma menyebabkan Marina Mahathir pergi ke jalan raya atas kesedarannya. Tapi, bagi mantan menteri penerangan juga, seperti Zainuddin Maidin yang dahulunya terkenal kuat mengepung segala maklumat di RTM itu. Setiap kali berita, wajahnya sentiasa terpampang.
Tapi, dalam sebuah akhbar baru-baru ini, Zainuddin tampil dengan usul agar RTM beri peluang kepada setiap ketua parti untuk menerangkan isi manifesto masing-masing dalam pilihan raya umum depan.
Tambah beliau yang dikenali sebagai Zam itu, peruntukan masa berkempen di televisyen itu boleh juga diberikan antara tempoh 15 sehingga 30 minit.
“RTM patut beri mereka peluang pada pilihan raya umum nanti, biar ketua setiap parti jelaskan kepada rakyat manifesto masing-masing untuk tempoh masa tertentu. Dengan cara ini semua mendapat peluang dan saya yakin mereka akan gunakan ia dengan sebaik-baiknya,” kata beliau.
Tambah beliau, ia adalah kaedah terbaik agar rakyat boleh menilai manifesto yang dibawa setiap parti pada pilihan raya umum itu. Malangnya, syor ini timbul ketika beliau sudah digugurkan jawatan.
Pencerahan dan kesedaran kebanyakan pemimpin Umno memang sentiasa lambat, ataupun takut saat berkuasa penuh, bimbang kekuasaannya dicabut oleh Najib Razak. Jadi, kerugian sudah berlaku di sini.
Rugi kerana kesedaran hadir tiba saat Zam sudah tidak lagi berkuasa. Dan, kenyataan Zam ini bolehlah dijadikan bahan sinikal. Apakah Bersih 2.0 boleh menjulang kata-kata Zam ini sebagai peluru berpandu untuk mengguling Najib Razak jika beliau masih berdegil untuk menjadikan media bebas melaporkan?
Wallahu'alam. Kalau Najib Razak baik, mungkin dia membenarkan RTM melaporkan manifesto Pakatan Rakyat itu. Tapi, melihat suasana pembantaian polis atas arahan 'tangan ghaib' itu, kita jadi ragu pula.
Walaupun di dalam ucapannya di PWTC, Najib berkata pihaknya tidak mengguna ISA (kononnya beliau orang berhemah), tapi terhadap hal yang satu ini (kebebasan media melaporkan peristiwa), kita masih berhak menanam benih-benih keraguan yang sudah lama bercambah di dada dan bertunas di fikiran.
Najib bukanlah berhemah dan baik ketika beliau tidak menahan peserta Bersih 2.0, kerana penjara ISA selalu hadir untuk menelan orang ke dalam perutnya pada bila-bila masa sahaja. Najib itu baik apabila beliau bersedia menghapuskan terus ISA tersebut.
Apakah Najib Razak akan menerima usul dan saranan Zam itu tidak diketahui. Bersih 2.0 boleh angkat suara Zam jika mereka mahu bersungguh-sungguh menuju ke arah pembinaan media adil itu.
Zam, mungkin seperti anak perempuan Dr Mahathir juga, sudah mulai insaf terhadap seruan 'dakwah' Bersih 2.0 itu. Bukan beliau seorang, malah ramai lagi Umno yang kecundang dalam pilihan raya, yang tiada apa-apa lagi kepentingan sudah bertaubat mencari kebenaran dan kedamaian ekoran penangan Bersih 2.0 yang sungguh dahsyat ini. Kuasa Allah s.w.t menggerakkan hati manusia siapalah yang tahu?
Sebagai bekas wartawan dan kemudian menjawat menteri penerangan dan bekas pemuja Dr Mahathir pula, beliau mungkin ada sedikit kekuatan untuk 'mengherdik' Najib Razak dengan caranya sendiri.
Kita tidak meletakkan harapan penuh dan bukan bertawakal total agar Zam memulas telinga Najib jika perdana menteri yang paling penakut dalam sejarah Malaysia itu tidak mengendahkan saranan Zam.
Namun, kita sedar mengenai suatu hal - Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyentuh perihal kedudukan semua media rasmi; RTM, Berita Nasional Malaysia (Bernama) supaya memberikan liputan seimbang kepada semua parti. Dan, Zam nampaknya sudah menyokong tuntutan Bersih itu!

No comments:
Post a Comment