Oleh H FANSURI
Dengar khabarnya, ada sekumpulan polis yang 'menceroboh' masuk dalam Universiti Malaya sebelum kejadian perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Apakah tujuan mereka berada di situ tidak pula kita ketahui. Apakah UM sudah jadi tempat untuk polis memantau pergerakan Bersih?
Selepas hampir tamatnya demonstrasi 9 Julai lalu, saya dan adik-beradik bersantai-santai di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kawalan agak ketat dan rapi. Tiba-tiba ada kenderaan askar yang memasuki ke perkarangan kampus. Saya tanya adik. Mereka kata mungkin Palapes atau Wataniah.
Rasa curiga itu dibalut dengan sangka baik pada mulanya sehinggalah ada seorang warga kampus yang turut mendedahkan kehadiran pasukan pengawal keselamatan di kampus tersebut. Kalau kata-katanya boleh dianggap benar, maka kita ingin bertanya – apakah benar polis dan tentera sudah berada dalam kampus universiti sebelum perhimpunan anjuran Bersih 2.0 itu diadakan?
Soalan itu tidak terhenti di situ. Contohnya, berapakah jumlah wang peruntukan yang digunakan oleh Najib Razak ketika menempatkan operasi khas polis dan tentera di kampus-kampus? Apakah ada elaun lebihan kerja? Jadi, semua ini membabitkan banyak perkara.
Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, mungkin polis dan tentera tidak akan bertugas untuk berdepan dengan misi khas seperti membunuh model Mongolia, berkawal mengawal perhimpunan Bersih serta keletihan menuang gas pemedih mata ke udara dan lainnya. Ini semua duit umat yang perlu dipelihara ke arah yang sebaik-baiknya. Banyak benar wang yang boleh kita selamatkan.
Terbaru, kini kita dengar bahawa Rosmah akan melancong ke luar negara lagi untuk mengikuti lawatan kerja Najib Razak di Turkmenistan dan kemudiannya beliau akan menemui kumpulan paderi di Eropah.
Maka, sehubungan ini, kita berharap Najib Razak bertanyakan beberapa perkara kepada para paderi di sana berhubung hukum pihak keselamatan negara membelasah peserta himpunan Bersih 2.0 ini.
Agamawan Umno sudah merestui tindakan zalim Najib Razak itu. Kumpulan agamawan salafi wahabi Umno telah berfatwa tentang haramnya berhimpun itu. Jadi, sebagai pemimpin 1Malaysia yang pernah mendapat asuhan dan bimbingan Apco Israel, Najib Razak perlulah juga menimbang pemikiran paderi berhubung hal membantai peserta himpunan Bersih 3.0 pada kemudian hari nanti.
Mungkin 'fatwa' paderi itu lebih bertenaga serta bergeliga berbanding agamawan salafi wahabi Umno. Yang saya tahu, kelompok gerejawan itu tidak sukakan kekerasan. Tetapi, jangan pula Najib Razak lupa bertanyakan hukum membeli jutaan ringgit cincin berlian Rosmah itu.
Beranikah SPRM ketuk pintu rumah Najib untuk siasat Rosmah?
Pandangan paderi itu perlu diambil kira oleh PM sebab agamawan Umno salafi wahabi telah berpeluh menjawab hal itu di depan Najib. Zaman ini menuntut Najib bertanyakan 'fatwa' kepada rabai Yahudi di Israel juga selepas beliau mengunjungi paderi-paderi di Eropah itu nanti.
PM tak boleh mengelak. Memang ada salinan cetakan skrin komputer (screenshot) bagi membuktikan adanya pembelian cincin yang dikatakan berharga sekitar RM24 juta itu.
Barang mewah yang tidak dikenakan cukai import itu dikenali sebagai 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'. Ia diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6 Julai.
Cetakan skrin komputer itu menunjukkan bahawa ia dieksport Jacob & Co di New York manakala nama yang mengimpotnya adalah Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee.
Kata sahibul riwayat, perhiasan Jacob & Co itu banyak Rosmah gunakan. Mungkin barang hiasan Jacob & Co itu disukai isteri perdana menteri itu. Di sini, kita tidak akan berbicara mengenai citarasa Rosmah terhadap berlian. Kita cuma berminat mengetahui tentang bagaimana duit itu Rosmah dapati?
Ya kalau SPRM berani dan boleh diletak di bawah kuasa Parlimen, banyak hal yang boleh dipersoalkan. Antaranya bagaimana pengimport cincin berlian itu dikecualikan cukai? Untuk kali ini, tiada rakyat pun yang percaya bahawa SPRM akan punya daya kesanggupan untuk mengetuk pintu rumah Najib.
Sesekali cuba beralih angin meminta 'fatwa' kepada paderi di Eropah Barat dan rabai Yahudi Israel pula setelah agamawan Umno tidak dapat memberi ajaran agar Najib jangan bersikap zalim dan agamawan Umno gagal menasihatkan Rosmah agar hidup tidak bermewah dan mesti selalu bersikap sederhana.
Jikalau semua menutup mulut untuk bertanya Najib Razak darihal jumlah elaun polis tentera beraksi di dalam kampus universiti menjelang 9 Julai baru-baru ini, termasuklah isu cincin berlian RM24 juta itu, nampaknya, terpaksalah Alumni Bersih 2.0 melancarkan episod Bersih 3.0 untuk berhimpun di jalanan bagi menuntut kekayaan cincin berlian itu diagih-agihkan kepada rakyat semua.

No comments:
Post a Comment