Sunday, November 06, 2011

Najib Razak kecohkan Bersih, kemudian cakap hal Maqasid Syar'iyyah

Oleh BOESTAMAM SARI

Pada mulanya, ramai yang hairan kenapa Najib Razak makin handal menyebut perkataan Maqasid Syar'iyyah. Tidak dapat dipasti dengan jelas, daripada segi apakah, dan dari sudut mana yang menyebabkan Najib Razak, dengan tiba-tiba telah meluncurkan perkataan indah bermadah sebegitu rupa?

Kelas agama apakah yang beliau daftar? Apco Israel ajarkah hal Maqasid Syar'iyyah ini? Mustahil Najib berguru secara bersanad dan wiridnya berwarid dengan Rosmah ketika memahami akan makna Maqasid Syar'iyyah ini.

Dr M kutuk filem seram, tapi kenapa penolakan CM didiamkan?

Oleh BOESTAMAM SARI

Selepas memporak-perandakan pemikiran rakyat dan memecah-belahkan umat dengan isu hukum Hudud, akhirnya Dr Mahathir berminat pula mencetus huru-hara baharu dalam dunia pemikiran rakyat dengan membuka ruang perbincangan berhubung filem-filem seram dan hantu ini.

Saya fikir, isu ini ada kaitan dan kena-mengena dengan polemik Hantu Bonceng juga dan keterkaitannya dengan polemik penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w yang dikatakan tertuang melimpah di dalam karya filem itu. Sama ada wujud atau tidak penghinaan itu, maka itu terserah kepada semua orang.