Oleh BOESTAMAM SARI
Pada mulanya, ramai yang hairan kenapa Najib Razak makin handal menyebut perkataan Maqasid Syar'iyyah. Tidak dapat dipasti dengan jelas, daripada segi apakah, dan dari sudut mana yang menyebabkan Najib Razak, dengan tiba-tiba telah meluncurkan perkataan indah bermadah sebegitu rupa?
Kelas agama apakah yang beliau daftar? Apco Israel ajarkah hal Maqasid Syar'iyyah ini? Mustahil Najib berguru secara bersanad dan wiridnya berwarid dengan Rosmah ketika memahami akan makna Maqasid Syar'iyyah ini.
Maka, sedikit demi sedikit, terbongkar cara gaya hujah beliau itu ketika bercakap di dalam Mesyuarat Agong MCA baru-baru ini. Setelah diteliti hujahnya, maka baru kita faham kenapa Najib Razak handal bercakap mengenai Maqasid Syar'iyyah itu.
Syahadan, adalah kisahnya bermula dengan 'London Riot' yang Najib Razak cuba setarakan dengan gerakan demonstrasi aman anjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Demonstrasi ini memang membuatkan Najib Razak rasa sakit jiwa bersangatan. Ini kerana tuntutan rakyat benar-benar mencabar segala usaha penipuan yang beliau dan Umno laksanakan selama ini bersama-sama SPR.
Dengan Bersih 2.0 itu, habis tunggang-langgang dan terpunggahlah segala fakta tentang kerakyatan Bangla, Indonesia dan Kemboja di Pekan, iaitu tempat Parlimen beliau di Pahang itu.
Tambah memilukan hati beliau ialah, sikap cerdik Pemuda Umno sendiri yang begitu tega mengupah warga Bangla bagi menyertai kumpulan Patriot yang telah dipulaukan oleh Pemuda MIC dan Pemuda MCA sebelum ini. Pemulauan Pemuda MIC dan Pemuda MCA dalam Patriot menyebabkan Pemuda Umno menjadi terkial-kial 'berjuang' bersendirian. Hanya warga Bangla yang sudi menemani. Itu pun setelah diupah.
Jadi, hal kurangnya sokongan MCA, MIC ke atas rapat Patriot inilah yang menyebabkan Pemuda Umno pun terpaksa mengimport warga bangsa lain untuk menyertai 'perjuangan' mereka itu. Kehadiran warga Bangla Patriot sekali gus mengesahkan bahawa memang wujud kerakyatan Bangla di negara ini.
Agar tertutup isu kerakyatan Bangla, Kemboja di Pekan, Pahang, maka hukum Hudud pun mula diulang-siar semula. Inilah drama hangat mutakhir ini.
Jangan silap faham. Maqasid Syar'iyyah yang Najib Razak sebutkan baru-baru ini, bukanlah disebabkan ghairah Najib untuk buat Hudud. Rupa-rupanya, Maqasid Syar'iyyah yang Najib sebutkan itu dilaung dengan niat mencela hal perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 itu.
Maka, Maqasid Syar'iyyah yang antara tujuannya memelihara agama, jiwa, maruah, harta dan akal manusia itu perlu diterjemahkan dengan menghalang demonstrasi aman anjuran Bersih 2.0 yang keraplah ditohmah Najib Razak sebagai ganas, merosakkan harta benda dan membunuh nyawa manusia yang berhimpun di jalanan itu. Benarkah cara Najib Razak berhujah sebegini?
{Jangan dilupa bahawa, Maqasid Syar'iyyah juga menitik-beratkan hal keselamatan akal fikiran. Jadi, hal pemberian lesen arak perlu juga ditelaah teliti.}
Ada banyak teori kenapa Najib Razak boleh menyebut Maqasid Syar'iyyah ini. Pertama ulamak veteran Umno yang bekalkan pengertian istilah ini. Kedua, Wahabi Literalis Umno yang sudah membekalkan pengertian konsep tersebut.

Kalau begitu, maka dengan izin Tuhan, setidak-tidaknya dakwah Bersih 2.0 berhasil mengangkat martabat dan darjat fikiran sekular Najib ke arah daerah fikrah Islami walau beliau tersalah tafsir ke atas pengertian konsep itu.
Sebenarnya, untuk pengetahuan Najib, perhimpunan anjuran Bersih 2.0 itu sudah aman dan tenteram serta tiada hiruk-pikuk seperti memecahkan cermin kereta, merosakkan hospital dan sehingga mengundang pembunuhan ke atas orang awam sehinggalah hadirnya FRU yang membelasah rakyat awam dan mencederakan para pemimpin pembangkang atas arahan kerajaan sendiri.
Jika tiada FRU, maka insya-Allah, tiadalah kita dapati kematian mengerikan. Fakta yang kerap kita dengar, orang awam menemui kematian kerana terhidu asap gas pemedih mata yang menyesakkan saluran pernafasan mereka. Jadi, ini bukan angkara Bersih, tetapi oleh sebab FRU yang didorong kerajaan.
Apa-apa pun, mujur Najib Razak tidak sebut istilah Maqasid Syar'iyyah yang berbau Arab dan Islam di depan ahli-ahli MCA tempoh hari. Jika tidak, boleh jadi mereka keluar terus dari mesyuarat agong sebagai tanda bantahan terhadap Hudud.

Mana tahu kalau-kalau ahli MCA keliru bahawa konsep Maqasid Syar'iyyah itu adalah bukti bahawa Najib mahu melaksanakan Hudud, sedangkan di dalam batin nuraninya, Najib memang anti-Hudud.
Jadi, di depan MCA, Najib Razak akan pendamkan istilah Arab dan Islam; Maqasid Syar'iyyah itu kerana hadirin MCA itu bukan Melayu dan bukan Islam. Maqasid Syar'iyyah hanya sesuai untuk Najib sebut jika beliau berdepan dengan kelompok Melayu Muslim sahaja. Yang faham akan menyampah kerana sedar bahawa kata-kata berwajah Arab Islam itu cuma didengungkan untuk menarik perhatian mereka sahaja.
Inilah Najib, seorang pemimpin sesumpah yang cakap di depan lain, depan bukan Muslim lain bicara dan di depan orang Melayu Islam pula lain katanya.

No comments:
Post a Comment