Oleh H FANSURI
Oleh sebab ada teguran yang disampaikan kepada saya minggu lalu berhubung suatu cerpen, maka saya kira wajar juga sesekali bermuhasabah tentang apa-apa yang berlaku sebelum ini walau terhad masa dan berdepan dengan keterbatasan ruangan.
Menurut sejarahnya, Harakah pernah membuka ruangan sastera pada suatu ketika dahulu, lalu ia tertutup. Maka, kali ini ia dibuka semula untuk peminat yang dahagakan karya-karya cerpen dan puisi yang menyuarakan suara dan hasrat politik berhaluan kiri. Kita perlu menyediakan tapak untuk ramai orang yang membaca Harakah ini.
"Kenapa tiada ruangan hiburan?" kata seorang teman kepada saya pada suatu ketika dulu. "Sekarang dah ada muzik Islam. Sepatutnya Harakah pun perlu ada juga kolum hiburan itu. Tak perlu la gosip liar macam akhbar di luar sana tu. Ahli kumpulan nasyid kontemporari itu pun ada kalau nak ditemu bual."
Idea itu sebenarnya menarik! Malah ada pula kalangan teman sepejabat merungut, "Agak-agaknya, orang perempuan mahu baca Harakah tak? Saya rasa perlulah ada juga menu masakan dan fesyen busana Muslimah juga."
Ini semua sulit dibuat kerana (mungkin) ramai pihak yang ingin mencetak fikiran politik untuk menjawab Umno. Penting juga menjawab isu Mat Indera, hal Malaya tidak pernah dijajah dan isu Hudud.
Jadi karya kreatif sepatutnya bersifat semasa, menjawab isu politik secara santai dan tidak memiliki jalur bahasa ilmiah yang menyulitkan fikiran. Kerana itu, kadangkala saya rasa sulit ingin melepaskan sesuatu bahan yang kurang mengandungi pengisian politik. Tapi hati berperang dengan hasrat lain iaitu sesekali ingin melepaskan juga karya orang awam yang tidak mendapat tempat di akhbar lain.
Semua ini sudah tentu sahaja tidak boleh dilaksanakan sebab kita bukan pembuat dasar akhbar. Sekadar menyampaikan rasa isi hati orang, maka hal itu boleh dilakukan seperti melepaskan catatan di sini.
Sebenarnya, saya juga buat keputusan sendiri dalam ruangan ini tanpa bantuan. Jadi, sudah pasti ada kelemahan bertaburan di sana-sini. Jadi, keputusan untuk buka ruangan persuratan dan budaya ini pun sudah terkial-kial, maka bagaimana hendak membuka ruangan wanita, hiburan, sukan?
{...bersambung...}

No comments:
Post a Comment