Oleh BOESTAMAM SARI
Pada 5 Oktober lalu, bermula petaka besar kepada seluruh umat Melayu apabila BN luluskan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 (RUU PPKB 2011). Sebetulnya, bukan semua pimpinan Umno setuju menjual tanah di situ.
Masih ramai Umno yang menolak, tapi Umno tiada keberanian yang tinggi untuk berdepan dengan Raja Nong Chik. Mereka mungkin terhalang oleh projek-projek kepentingan peribadi mereka sendiri.
Jadi kebanyakan Melayu elit bergelar dato'-dato' ini akhirnya melawan dari belakang dengan menyalurkan wang untuk orang Melayu Kg Baru yang masih setia mempertahan tanah mereka itu. Benarkah Umno ingin memajukan tapak kawasan itu dengan penuh kejujurannya?
Jika Umno jujur, nescaya tanah di situ, barang seinci pun mereka tak akan ambil. Yang Umno mahu 'selamatkan' hanyalah tiga buah mercu tanda sahaja; masjid, rumah warisan dan Kelab Sultan Sulaiman (tempat Umno lahir dalam kongres di situ). Ini membuktikan Umno tidak peduli hak Melayu, sebaliknya mereka cuma memberikan perhatian berat ke atas Umno itu sendiri.
Sikap gopoh-gapah dan tergesa-gesa ini adalah amalan syaitan, demikian menurut satu sabda nabi. Jadi, sikap tergesa-gesa inilah yang sedang berlaku. Perasaan tidak sabar menguasai Umno lantas mereka mahu mengambil terus tanah serta kawasan itu tanpa berbincang lagi dengan para penduduk yang sudah pun jelas menolak tawaran kerajaan sebelum ini.
Manakala bagi mereka yang tidak bermasalah menjualnya, dengan alasan mahu membangunkannya, mereka ini tidak pun sempat berbincang berkenaan perundangan yang terkait dengan masa depan mereka. Kelulusan RUU itu dilaksanakan secara tergesa-gesa. Ketika catatan ini ditulis, belum ada suara Perkasa yang mahu tampil menjuarai isu 'pembangunan' di Kg Baru.
Terkini, menurut menteri, ada empat badan (GLC), iaitu Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Putrajaya Holding dan Permodalan Hartanah Berhad yang terlibat dalam pembangunan Kg Baru. Hal ini pun baru dijelaskan baru-baru ini sehinggakan penglibatan GLC ini mengundang sangsi dalam kalangan penduduk. Kesangsian ini memang berasas kerana perkara itu tidak pernah diketengahkan langsung kepada mereka sebelum ini.
Dengan makluman baru mengenai GLC ini, ia menjadikan kita tertanya-tanya mengenai kaedah kemajuan yang hendak disusun. Misalnya, bagaimana ia hendak dimulakan? Dan, adakah perkara itu melibatkan perpindahan Melayu ke tempat lain ketika pembangunan dilaksanakan?
Apa pun, keraguan-keraguan ini merumuskan kesimpulan lain pula. Adalah lebih baik pembangunan di Kg Baru tidak dilaksanakan langsung disebabkan bercambahnya benih-benih keraguan terhadap sikap menteri yang meluluskan Akta RUU PPKB 2011 tanpa memberi peluang kepada pemilik dan pewaris tanah kampung itu untuk meneliti deraf rangka kandungan akta tersebut.
Hal ketidakjujuran pun tergambar juga apabila beberapa hari sebelumnya, menteri Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menarik kembali RUU PPKB 2010. Tapi, penarikan tersebut disusuli agenda lain pula. Iaitu beliau membentang rang undang-undang baru, RUU PPKB 2011 dengan beberapa pindaan.
Sebenarnya, bolak-balik kata-kata para pimpinan Umno sebelum ini sudah pun jelas membuktikan bahawa mereka tiada kejujuran. Kali terakhir, ada juga desas-desus mengenai syor ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk membuat kaukus Parlimen itu.
Kaukus tersebut membolehkan penduduk Kg Baru sendiri bersemuka dengan pihak kementerian dan berdebat di dalam parlimen. Tetapi, entah kenapa, ia tidak kedengaran lagi. Penduduk di sini masih mahu bertanya hal-hal yang penting di parlimen jika kaukus parlimen itu wujud.
Antara pertanyaan mereka, adakah kedudukan hak milik penduduk di sini akan berubah? Adakah hartanah di sini akan terbuka kepada sesiapa sahaja?
Begitu juga, penduduk tertanya-tanya, benarkah akan ada jaminan bahawa hak milik tanah di kampung itu akan kekal di tangan mereka? Paling penting, kenapakah menteri itu memiliki kuasa penuh bersifat mutlak ke atas tanah Kg Baru? Semua perkara ini masih samar-samar kepada semua penduduk.
Bayangkan, dalam keadaan penduduk masih samar-samar, maka secara mendadak, Parlimen pun meluluskan RUU PPKB 2011. Hal ini tentu sahaja sekali lagi membuatkan ramai pihak, khasnya penduduk di situ tertanya-tanya juga.
Seruan pembangunan dan kemajuan hari ini sudah menjadi helah baharu untuk pengambil alihan Kg Baru. Buktinya, Umno Nong Chik tidak juga meraikan suara penduduk setempat dan tidak menyemak syor pewaris tanah di kampung itu. Hendaklah diingat bahawa rakyat Kg Baru adalah tuan pemilik di sini dan bukannya menteri atau badan-badan korporat.
Demikianlah halnya, hanya tiga buah mercu tanda sahaja yang akan 'selamat' jika pembangunan itu berjaya disusun, iaitu Masjid Jamek Kg Baru, sebuah rumah bercirikan tradisional akan dipelihara dan akhirnya Kelab Sultan Sulaiman yang menjadi tempat bermulanya sebuah kongres yang menghimpunkan Melayu, lalu melahirkan Umno itu sendiri. Jadi, kekalnya Kelab Sultan Sulaiman menjadi motif politik Umno. Yang pentingnya Umno, bukan Melayu.
Maka, siapakah musuh Melayu yang sebenarnya?

No comments:
Post a Comment