Oleh RUHI HAYATI THANI
Bagaimana mahu mengenali hati budi Najib Razak dan para pemimpin Umno? Kepada yang terlupa, maka eloklah diingatkan pula hal kenyataan Perdana Menteri Najib Razak berhubung penamatan kuota. Tetapi, kalau Najib berterus-terang mahu gugurkan kuota, nanti ada yang marah. Maka, ayat gugurkan kuota mesti disusuli dengan kalimat seterusnya, "...tapi Bumiputera itu akan tetap dibantu juga."
Demikianlah ketika ingin mansuh PPSMI. Muhyiddin berkata, "PPSMI diganti dasar lain untuk kukuhkan BI." Dalam hal Hudud pula, Muhyiddin serta Najib secara ijmak berkata, "Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia. Kita sedar ini hukum Tuhan, tetapi ulama juga pernah berkata, perundangan Islam ini mestilah juga berpaksikan realiti dan suasana persekitaran yang ada."
Belokan kata-kata ini penting untuk mengelirukan umat, rakyat dan para pengundi. Belokan kata-kata serta hujah dalihan seperti ini boleh memperbodoh orang lain. Itu pun sudah cukup penting untuk mendepani pilihan raya. Jadi, dalam hal kuota, Najib Razak memberi peringatan bahawa kuota Bumiputera akan gugur satu hari nanti, tapi beliau berkata kerajaan akan bantu bakat terbaik kaum itu bagi memastikan wujudnya persekitaran yang berdaya saing.
Semua ini atas nama Model Baru Ekonomi - MBE (lanjutan daripada kegagalan DEB) yang menggalakkan meritokrasi. Maka, secara tidak semena-mena, kita melihat kuota itu pula menjadi musuh ketat dan seteru kuat kepada meritokrasi. Najib Razak dan Umno sudah lama berasa serba-salah dalam hal ini.
Dalam banyak persidangan, Najib berkata, kerajaan mahu ketepikan kuota tapi dalam masa yang sama, kerajaan akan sokong usahawan Bumiputera bagi membolehkan mereka berkembang maju. Katanya lagi, kuota adalah penyebab wujudnya rasa selesa dan Bumiputera tidak mendapat kepakaran.
Keluhan Najib Razak ini juga menyentuh sasaran ekuiti 30 peratus Bumiputera yang dilihatnya, tidak bererti kerana mereka akan menjual saham mereka. Oleh itu, kerajaan sedang mencuba pendekatan berbeza dengan mencari Bumiputera yang 'baik, teruji dan berdedikasi', katanya lagi. Tapi, adakah yang teruji, baik dan berdedikasi ini benar-benar bukan kroni Najib? Itulah yang lebih merbahaya dibanding pertikaian isu membabitkan kuota atau mritrokasi.
MB SELANGOR DICELA
Tetapi, dalam pada itu pun, Najib Razak terlupa bahawa ketika Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya 10 peratus daripada kuota pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing pada 2008, maka akhbar pun meniupkan wisel perang yang tidak berkesudahan.
Abdul Khalid menyentuh hal itu pun dengan hujah yang lebih kurang sama, iaitu mahu menggalakkan persaingan dalam kalangan pelajar IPT tersebut. Di sinilah waktunya kita dapat melihat sejumlah penentangan dalam kalangan mahasiswa Aspirasi - Umno telah hadir mendadak. Media melaporkan 5,000 pelajar UiTM Shah Alam mengadakan perhimpunan di perkarangan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor bagi membantah kenyataan itu.
Media melaporkan bahawa mereka marah kerana cadangan itu seolah-olah membiarkan hak Melayu dan Bumiputera dirampas. Mereka mendakwa, telah banyak ruang yang diberi kepada kaum lain dalam hal melanjutkan pelajaran di universiti awam dan institut pengajian tinggi swasta yang lain.
KG BARU HAK MELAYU, KUOTA DI IBU KOTA TERMANSUH LANGSUNG!
Itu kisah kenyataan Najib Razak dan Abdul Khalid Ibrahim mengenai kuota dan meritokrasi. Semuanya dengan hujahnya masing-masing. Jika Najib Razak yang membicarakannya, maka Najib Razak tidak dicela oleh akhbar. Jika Abdul Khalid Ibrahim, maka berpusu-pusu keluar bantahan dari lidah Umno.
Tetapi, itu kisah kuota dan meritokrasi yang diamalkan dalam bidang perusahaan dan pengajian tinggi. Bagaimana pula halnya dengan kuota peruntukan tanah untuk orang Melayu di Kuala Lumpur? Mutakhir ini, dengan pembentangan secara tergesa-gesa oleh menteri Raja Nong Chik, makanya Melayu kini perlu sedar bahawa RUU PPKB 2011 baru-baru ini akan segera menamatkan peruntukan kuota tanah mereka di ibu kota itu.
Ia tidak dibincang dan tidak diluluskan oleh penduduk Kg Baru, walhal mereka yang terlibat secara langsung dengan apa saja pembangunan di situ nanti.
Mereka itulah pewaris asal tanah Kg Baru sejak 111 tahun lalu. Dan kini pendapat mereka mereka terhadap tanah mereka dirampas dalam suatu tempoh yang singkat. Akta yang tergubal di Parlimen itulah cop mohor suci bagi menafikan segala hak mereka yang satu-satunya warisan Melayu ibu kota.
Sikap ini terjelma berikutan Umno sangat menyedari bahawa di sebalik tanah itu, akan ada komisen besar yang boleh dikaut hasil atas nama 'kemajuan' di Kg Baru. Oleh itu, dalam kes RUU PPKB 2011 yang baru ini, perihal sama ada kuota ataupun meritokrasi, sudah tidak timbul lagi, sebaliknya - maruah dan harga diri Melayu di ibu kota itulah yang mesti kita pertaruhkan sekarang ini.

No comments:
Post a Comment