Sunday, November 27, 2011

HIMPUN dibanding Bersih 2.0, kejujuran Najib dipertikai rakyat

Oleh RUHI HAYATI THANI

Umno ketandusan orang yang cerdik berbicara hal agama. Maka dilantik agamawan Wahabi Literalis bagi menentang umat yang berkumpul dalam Bersih 2.0. Cara seterusnya ialah melalui mengajak insan beramai-ramai berhimpun di stadium dalam acara HIMPUN.

Lalu isu Natrah diungkit kembali. Terzahir semula taraf Umno sebagai 'wira'. Dan isu kemurtadan pun dipolitikkan, lalu digemakan, bahawa kini masanya Melayu bersatu (di bawah Umno, secara tersiratnya).

Perkasakah Umno bila Zulkifli dilantik Naib Presiden Perkasa?

Oleh BOESTAMAM SARI

Selepas HIMPUN ini, rupa-rupanya ada 'kira-kira bicara' antara Zulkifli Nordin dengan kaum Perkasa. Bernaung di sebalik seruan anti murtad dan kritikan liarnya ke atas Anwar, akhirnya Zulkifli diterima keahlian dalam Perkasa sekali gus dijulang sebagai naib presiden pertubuhan tersebut.

Rupa-rupanya, HIMPUN itu secara tidak langsung, seolah-olah telah jadi batu loncatan buat Zulkifli. Memang ramai yang jujur berhimpun di HIMPUN itu, tapi jangan lupa bahawa yang tidak jujur dan mereka curang pun dapat mengaut manfaat jauh lebih besar di dunia dibanding mereka yang jujur mencari habuan akhirat dalam apa juga hal. Yang jujur berhimpun berjihad, mungkin nikmat kesenangan tiada di dunia, tapi pahalanya dikaut akhirnya nanti.