Oleh BOESTAMAM SARI
Selepas HIMPUN ini, rupa-rupanya ada 'kira-kira bicara' antara Zulkifli Nordin dengan kaum Perkasa. Bernaung di sebalik seruan anti murtad dan kritikan liarnya ke atas Anwar, akhirnya Zulkifli diterima keahlian dalam Perkasa sekali gus dijulang sebagai naib presiden pertubuhan tersebut.
Rupa-rupanya, HIMPUN itu secara tidak langsung, seolah-olah telah jadi batu loncatan buat Zulkifli. Memang ramai yang jujur berhimpun di HIMPUN itu, tapi jangan lupa bahawa yang tidak jujur dan mereka curang pun dapat mengaut manfaat jauh lebih besar di dunia dibanding mereka yang jujur mencari habuan akhirat dalam apa juga hal. Yang jujur berhimpun berjihad, mungkin nikmat kesenangan tiada di dunia, tapi pahalanya dikaut akhirnya nanti.
Maka, seperti perang jihad yang juga dianggotai orang yang jujur dan yang curang, seperti itu jugalah peserta HIMPUN itu pun ada yang jujur dan curang juga. Sebab itulah mereka yang hadir turun berperang di medan jihad itu tidak semuanya masuk syurga. Malahan ada juga yang masuk neraka. Jadi jihad itu tidaklah salah. Yang salah, adalah orang-orangnya yang curang.
Jika HIMPUN itu boleh dipraktikkan sebagai tempat berjihad, maka yang hadir dengan penuh kejujuran itu tidak salah tetapi yang menyimpan kecurangan dalam diri mereka, mahu mengaut sokongan rakyat dan dokongan politik, maka golongan inilah yang dicemuh orang pada kemudian hari nanti.
Dan, berkemungkinan Zulkifli termasuk dalam golongan insan yang tidak jujur itu. Walau ada orang melarang kita menerokai rahsia hati orang lain, tetapi dalam kes Zulkifli ini, rasanya perlu dikecualikan juga atas nama akademik. Kalau pun berdosa, maka saya rela berdosa dalam kes beliau seorang sahaja.
Kalau ditinjau sebelum ini pun, kita sudah tahu bahawa Zulkifli sudah bergelar Dato'. Ini gelar yang tidak diraih ketika berada dalam Pakatan Rakyat. Jadi usaha Zulkifli ketika berada di dalam barisan 'Bebas' ini nampak berbaloi juga. Semua kritikan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat memang diambil kira oleh Umno berdasar merit kritikan beliau ke atas musuh-musuh BN yang berserakan di dada akhbar.
Awal Oktober baru-baru ini, Zulkifli mengeluarkan kenyataan bahawa Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) perlu bertindak ke atas Anwar, ekoran tuduhan ke atas ucapan ketua pembangkang di luar negara didakwa berunsurkan faham pluralisme. Ucapan Anwar pada 18 Mac 2008 di London School of Economy itulah yang dikatakan terseleweng daripada akidah Islam dan berunsurkan kesesatan.
Untuk itu, kata Zulkifli, Jakim perlu bertindak seperti mana tindakan mereka ke atas ajaran sesat sebelum ini yang melibatkan badan pertbuhan al-Arqam dan ajaran sesat Ayah Pin. Kata Zulkifli, beliau menyeru ulama Pas agar betulkan fahaman Anwar sebelum bercakap mengenai hudud.
Tambahnya, kalau pimpinan Pakatan Rakyat ada asas faham pluralisme bagaimana mereka mahu laksanakan kepada orang lain. Sebenarnya Anwar telah minta maaf dan menarik balik katanya dalam pertemuan tertutup antara rakan lama Abim, iaitu Wadah (Wadah Pencerdasan Umat). Jadi, kes ini selesai.
Tetapi oleh sebab ada pihak yang tetap ingin memanjangkan hal pluralisme ini ataupun ingin mempollitikkannya bertalu-talu bertujuan mahu menyerang Anwar dan Pakatan Rakyat, maka peluru pluralisme ini akan terus dipergunakan.
Maka, Jakim pun, buat pertama kali, pada awal Oktober lalu, mengesahkan bahawa ucapan Anwar memiliki unsur-unsur pluralisme berdasarkan jawapan jabatan tersebut terhadap soalan Zulkifli melalui sesi soal jawab dalam sidang Dewan Rakyat.
"Saya sendiri akan menulis kepada Anwar berhubung isu ini dan meminta beliau segera pulang ke pangkal jalan," kata beliau. Antara mereka yang turut serang Anwar bersama Zulkifli di lobi parlimen itu adalah Zahrain. Tapi, teguran Zahrain itu tidaklah terkandung di dalamnya ciri-ciri seorang intelektual.
Umpamanya, setelah meminta Anwar insaf dan bertaubat, maka Zahrain berkata, "Impian untuk menjadi Perdana Menteri bukan segala-galanya dalam kehidupan. Janganlah sampai menggadaikan maruah agama dan bangsa sendiri."
Baik Zulkifli mahu pun Nordin sebetulnya bukan pejuang agama kalau menyerang Anwar dengan niat menjatuhkan Pakatan Rayat itu. Mereka tidak boleh menegur Najib Razak yang sudah jelas enggan laksanakan Hudud di negara ini. Di situ pun kita sudah jelas nampak kedudukan iman mereka berdua ini.
Adakah kita dengar sepatah kata Zulkifli yang menentang ucapan Najib Razak ketika menolak Hudud dalam suatu sidang media, hanya kerana MCA tidak merestuinya? Adakah Zulkifli sedar, bahawa Umno sudah tolak Hudud lalu mereka jatuh zalim, kafir dan fasiq? Jadi, adakah zalim-fasiq-kafir Umno boleh diharapkan membela akidah umat Islam tajaan Umno yang turut dianggotai Zulkifli itu? Di sini pun tampak jelas kedudukan putar belit Zulkifli.
Perkasa, tempat buangan Umno yang dilihat masih pelihara intelektual serta tempat agamawan Umno yang tidak mendapat. Kini Zulkifli dilantik sebagai orang besar pula dalam Perkasa. Lalu, atas usaha dan amal bakti ini, memang layak Zulkifli mendapat gelar Dato' dan dilantik menjadi naib presidennya.
Sekalung tahniah! Tapi, perkasakah Perkasa dan Umno dengan kehadiran beliau dalam wadah baharu ini? Sama-samalah kita nantikan.

No comments:
Post a Comment