Oleh RUHI HAYATI THANI
Umno ketandusan orang yang cerdik berbicara hal agama. Maka dilantik agamawan Wahabi Literalis bagi menentang umat yang berkumpul dalam Bersih 2.0. Cara seterusnya ialah melalui mengajak insan beramai-ramai berhimpun di stadium dalam acara HIMPUN.
Lalu isu Natrah diungkit kembali. Terzahir semula taraf Umno sebagai 'wira'. Dan isu kemurtadan pun dipolitikkan, lalu digemakan, bahawa kini masanya Melayu bersatu (di bawah Umno, secara tersiratnya).
Hujah-hujah Umno yang miskin intelektual, fakir bebal ini perlu diperbanyakkan lagi. Najib Razak contohnya telah berlatih menyebut Maqasid Syariyyah saat menyentuh peristiwa Bersih 2.0. Terkini, Zulkifli Nordin diberikan anugerah gelar Dato' lalu dimasukkan ke dalam Perkasa sebagai naib presidennya.
Ada ura-ura sebelum ini bahawa Perkasa akan menjadi parti baharu untuk menggantikan Umno. Jika ia benar, maka kedudukan Zulkifli terhitung bertaraf hebat kerana ia setaraf naib presiden Umno. Zulkifli tentu tidak masuk Umno kerana masih setia berstatus 'Bebas' di Parlimen.
Kedudukannya ini separa dan setara dengan Ibrahim Ali yang juga bertaraf 'Bebas' di Parlimen. Maka, satu teori yang boleh menjelaskan kenapa Zulkifli boleh memasuki Perkasa ini, adalah – ia kerana faktor jemputan Ibrahim Ali ke atas Zulkifli kerana mereka punya kedudukan yang sama di Parlimen.
Perkasa mungkin perlukan tenaga intelektual seperti ahli fikir. Untuk mengganyang Anwar dengan isu pluralisme, Perkasa Umno inginkan watak Zulkifli. Beliau yang berlatarbelakang peguam dan pernah mengkaji Kristian, tentu dapat mengkritik Anwar secara istiqamah bermodalkan isu pluralisme ini.
Misalnya, Zulkifli pernah berhujah di media bahawa, faham pluralisme itu berbeza dengan konsep pluraliti yang mana Islam menghormati dan menerima kepelbagaian agama, tapi ia sebaliknya menentang faham pluralisme yang menyamakan Islam dengan agama lain.
Gaya percakapan seperti ini, mustahil Umno dapat lakukan. Jadi tenaga fikrah intelektual Zulkifli sudah tentu diperlukan. Pun begitu, Najib tidak perlukan tenaga fikrah Zulkifli untuk berbincang hal-ehwal kemurtadan selepas HIMPUN ini. Ini kerana, Najib sendiri tidak berminat membahaskan isu kemurtadan dengan Zulkifli itu.
Kalau Umno benar-benar jujur dengan soal kemurtadan, maka resolusi yang tercapai dalam HIMPUN itu perlu dibahas semula selepas himpunan. Zulkifli sebagai naib presiden Perkasa misalnya, perlu ada bengkel anjuran agensi agama seluruh negeri bertujuan membahaskannya bersama Umno ini. Boleh dijemput PAS juga termasuk ilmuan-ilmuan Pakatan Rakyat yang lain.
Tapi yang terjadi adalah sebaliknya. Zulkifli pun diam selepas HIMPUN walaupun beliau mendapat mandat sebagai naib presiden Perkasa. Sementera itu, Najib Razak membandingkan Bersih 2.0 yang dikatakan bergolak itu dengan acara HIMPUN yang dikatakan lebih mendamaikan.
"Kita dapat melihat betapa HIMPUN boleh dilaksanakan dengan aman di stadium, tidak seperti Bersih," kata Najib dalam suatu ucapan ketika mengulas HIMPUN baru-baru ini.
Jadi, melihatkan sikap Najib itu, rakyat sudah pun sedar bahawa permit perhimpunan HIMPUN itu diluluskan melalui restu Najib, semata-mata bertujuan memenangkan politik Najib sahaja. HIMPUN, bagi Najib Razak, bukanlah persoalan kemurtadan sebenarnya. Najib melihat HIMPUN sebagai suatu hujah, bahawa Bersih 2.0 pada Julai itu sebenarnya kotor.
Lalu akhbar-akhbar pun menjadi kotor. Tidak semena-mena akhbar jadi meriah dengan hujah begini. Akhbar tidak membicarakan HIMPUN dengan kaedah menangani kemurtadan. Sebaliknya HIMPUN dijadikan bandingan dengan Bersih 2.0. Padahal, bandingan itu tak perlu pun. Akhbar tidaklah mencari jalan penyelesaian, sebaliknya melaga-lagakan sesama umat Islam dengan membuat bandingan antara HIMPUN dengan Bersih.
Begitu juga dengan laporan bahawa polis Johor kecewa ke atas kenyataan KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini. Guan Eng dikatakan mempertikai tahap keselamatan di Johor. Guan Eng dilaporkan berkata, bahawa Johor tidak selamat dikunjungi warga Singapura kerana mereka mudah diculik.
Sebenarnya, kenyataan itu mungkin dilahirkan secara nakal kepada Umno Johor. Tapi, secara tangkas dan bijak, polis Johor pula dilagakan dengan Guan Eng selepas rakaman kenyataan Guan Eng itu disiarkan di TV3. Ketua polis Johor berkata, ucapan itu keterlaluan, lalu menyifatkannya sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
Drama itu tidak cuma terhenti setakat itu. Akhbar dengan bantuan Umno akan mencari apa sahaja ruang yang boleh menyebabkan berlakunya perlagaan dengan istana. Maka, rakyat seluruhnya perlu faham mengenai taktik pembodohan ke atas rakyat yang sedang dirangka Umno ini. Najib pun begitu juga; suka melaga-lagakan antara HIMPUN yang damai dan Bersih yang disifatkannya sebagai pergolakan dahsyat kerana dipelopori Pakatan Rakyat.
Dengan sifat ini semua, nyatalah kepada umat bahawa, hingga kini, tiada niat di hati Najib dan Umno untuk bersatu dengan Zulkifli Nordin, naib presiden Perkasa dalam menangani kemurtadan selepas HIMPUN ini. Yang ada, cuma ucapan Najib yang melaga-lagakan, disusuli dengan akhbar yang melagakan kita semua.

No comments:
Post a Comment