Monday, December 12, 2011

'Haji' Najib (Haji Bakhil) curi royalti minyak, khianati arwah bapanya

Oleh BOESTAMAM SARI

Pada 12 November tahun ini, genap 36 tahun kalimat keramat didengungkan Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat, berkaitan perjanjian royalti minyak. Pada 12 November 1975, bekas Perdana Menteri Malaysia saat itu, Tun Abdul Razak pun berkata di Dewan Rakyat...

"Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut yang dijual Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya."