Oleh BOESTAMAM SARI
Pada 12 November tahun ini, genap 36 tahun kalimat keramat didengungkan Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat, berkaitan perjanjian royalti minyak. Pada 12 November 1975, bekas Perdana Menteri Malaysia saat itu, Tun Abdul Razak pun berkata di Dewan Rakyat...
"Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut yang dijual Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya."
Memang ramai pihak yang mempertikai kedudukan haji Najib Razak baru-baru ini, sama ada ia sah ataupun tidak. Contohnya, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membangkitkan persoalan mengenai tarikh 6 November sebagai tarikh Najib Razak 'menyelesaikan' fardhu haji itu.
"Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan pada 13 Zulhijjah.
"Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dia di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kenyataannya di Malaysiakini dipetik.
Sementara itu, Bernama pada Ahad lalu (6 November), melaporkan bahawa Najib Razak dan Rosmah Mansor sudah pun selesai menunaikan ibadah haji mereka pada tarikh yang sama. Laporan agensi itu ditulis berdasarkan Twitter Najib yang mencatatkan, "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."
Sama ada kedudukan haji Najib itu sah ataupun tidak, maka hal itu membawa hal kecil. Tapi, mungkin untuk sesetengah orang, perihal haji Najib yang tidak sah itu hal besar. Bak kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, "... Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut-ikutan sahaja. Jika tidak, ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam."
Lalu, atas saranan ini, maka kedudukan haji Najib Razak yang tidak sah itu memang memalukan negara juga. Jika memalukan Najib Razak seorang saja, maka siapa peduli sangat? Lagi pun bukankah Najib Razak pernah menjatuhkan aib, maruah orang lain? Jadi, jika setakat memalukan Najib, ini bukan hal besar. Yang kita perlu beri perhatian berat ini adalah kesilapan Najib akan memalukan negara dan kita semua. Ini yang lebih wajib untuk dipeliharakan.
Manusia seluruh buana akan berkata, "Lihatlah PM Malaysia itu, hajinya tak sah, patutlah Malaysia dijerat masalah dengan Mongolia!"
Najib Razak mesti berbanyakkan sabar sebelum, ketika dan selepas menunaikan fardhu haji. Sebelum dia ke Mekah, ada yang mengutuknya, saat berhaji pun sudah bertimba-timba kutukan ke atasnya, dan ketika pulang ke Malaysia pun, ternyata masih ada lagi yang mengutuknya tanpa henti-hentinya.
Najib mestilah mengambil iktibar daripada sikap Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang tergendala hajinya ke tanah suci itu. Di sini, MB Kelantan masih bertahan sabar, redha dan pasrah dengan segala kutukan Umno terhadap beliau. Jadi, atas alasan apa pula, Najib Razak dan ahli Umno tak boleh menahan telinga menadah kutukan daripada rakyat?
Oleh yang demikian, balik daripada menunaikan fardhu haji di Mekah ini, maka hendaklah Najib Razak menjadi seorang haji dalam erti kata sebenarnya. Seseorang haji itu mestilah banyak berlapang dada, tidak kedekut dan tidak bakhil dengan limpahan nikmat Allah s.w.t ke atasnya.
Bagi menguji apakah haji Najib Razak itu berhasil meraih rohani tinggi ataupun tidak, maka umat boleh menilai kembali kedudukan fahaman Najib Razak ini dengan mengingatkan beliau terhadap undang-undang berhubung carigali minyak di Kelantan ini.
Sila tanyakan kembali kepada beliau tentang janji ayahnya, Tun Abdul Razak sebagai berikut, "Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut yang dijual Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya."
Maka, kalau Haji Najib Razak masih berdegil untuk sahkan hal ini, (kerana enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan), maka kita boleh gelar Haji Najib Razak itu sebagai kedekut atau bakhil, tangkai jering atau 'tahi hidung masin', sekali gus Haji Najib Razak mengkhianati amanah bapanya!

No comments:
Post a Comment