Oleh H FANSURI
Kata orang tua, penyakit seperti kilat jika ia menyambar dan ia ibarat semut merayap keluar dari tubuh badan kalau sedang mula kebah. PPSMI itu kesan yang timbul atau ditimbulkan daripada penjajahan yang berlangsung dalam tempoh lama. Pelaksanaannya pula dibuat secara mengejut, bagaikan kilat.
Kata orang tua, penyakit seperti kilat jika ia menyambar dan ia ibarat semut merayap keluar dari tubuh badan kalau sedang mula kebah. PPSMI itu kesan yang timbul atau ditimbulkan daripada penjajahan yang berlangsung dalam tempoh lama. Pelaksanaannya pula dibuat secara mengejut, bagaikan kilat.
Tiba-tiba, ketika penyakit PPSMI mulai kebah, seakan-akan mahu pulih seperti sediakala, maka dijalankan referendum, iaitu usaha mengutip tandatangan sokongan dan dilakukan kajian bermacam-macam bagi mengembalikan semula PPSMI, setidak-tidaknya sebagai hal pilihan, opsyen ('option') di sekolah.
Tiba-tiba, ada pula desas-desus tentang lanjutan penyakit PPSMI ini kepada 2016 dan 2021. Dan, rakyat yang sedar masih berharap bahawa, kuasa untuk membatalkan PPSMI ini terletak di pundak kekuasaan Muhyiddin Yassin.
Akhir-akhir ini, keluar pula laporan bahawa Muhyiddin semakin tidak masyhur sebagai calon dalam Perhimpunan Agung Umno. Untuk mereka yang belum sedar, PPSMI ini sama keadaan seperti mana Islam Hadhari juga.
Iaitu, kedua-duanya diputuskan dalam Perhimpunan Agung Umno. Ini politik yang tidak disedari ramai walaupun secara idealnya, Parlimen itulah tempat persidangan merumus dasar kerajaan, perundangan dan akta-akta. Sudah ramai ahli Umno yang kecundang dan tewas melantunkan sanggah dan bantah ke atas PPSMI di Perhimpunan Agung Umno sebelum ini.
Bayangkan dalam keadaan Muhyiddin yang lemah ini boleh ditumbangkan dalam perhimpunan agung Umno itu, maka bagaimanakah PPSMI itu dimansuh jika Muhyiddin masih setia memegang kata-katanya sebelum ini, iaitu beliau akan memansuhkan PPSMI?
Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang suram anjuran Gapena pada 28 hingga 30 Oktober lalu, apakah telah dibahas tindakan mereka yang lalu, iaitu laporan polis ke atas bekas Menteri Pelajaran Hishammuddin Hussein? Kepada yang terlupa, kita bangunkan ingatan; Gapena pernah membuat aduan polis ke atas Hishammuddin berhubung pelaksanaan PPSMI.
PAGE mungkin tidak tahu atau terlupa tentang laporan polis itu. Rakyat mungkin sudah ingat-ingat lupa. Malah Dr Mahathir barangkali sudah lupa. Tapi, yang mencatatkan laporan mengenai Gapena membuat laporan polis itu adalah saya sendiri. Saya tidak lupa.
Kini, sudah ada rungutan guru bahawa taklimat PPSMI akan berterusan. Ia bukan diganti dengan dasar yang menggantikan PPSMI. Para pejuang bahasa jangan berlembut dengan pimpinan Umno walau ucapan mereka bagai memihak kepada kita.
Di dunia ini, segala janji tepat dan jitu adalah milik Allah dan Rasul sahaja. Pemimpin bukan Tuhan, mereka bukan wali dan nabi. Muhyiddin adalah anak seorang guru agama di Johor apabila Mat Indera berkasih dengan kakaknya. Tapi, kedudukan guru agama bukan tanda anaknya jujur berjanji setia.
Pejuang bahasa tidak sepatutnya berasa takut dan ragu-ragu lagi mengenai hal ini. Mara terus di hadapan, turun padang ke sekolah menuai seruan dan berani mati dalam lautan revolusi mempertahan kebenaran!
No comments:
Post a Comment