Oleh H FANSURI
Pagi 21 Ramadan ketika bersiap ke ibu kota, ketua pengarang Harakah mengirim pesanan ringkas mengenai pemergian pengarang novelis Azizi Abdullah. Ketika itu sekitar 9 pagi, di Facebook, masih belum ada berita berhubung pemergian beliau. Setelah menerima panggilan telefon daripada seorang teman yang mengesahkan pemergian beliau, barulah saya menghebahkan khabar itu.
Tidak lama selepas itu sejak dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, tiadalah putusnya berangkaian maklumat, malah berpusu-pusu sms mengalir, membuak-buak dalam telefon bimbit, mengucapkan takziah, mengirim sekalung Al-Fatihah tentang pemergiannya itu. Betapa beliau dikenali selepas dia pergi!
Yang tidak pernah pusing, tidak peduli kesusasteraan tanahair, sudah mengenalinya. Manusia mati tinggal nama di atas ingatan manusia lainnya. Orang pun mencari novelnya; Seorang Tua Di Kaki Gunung. Itulah novel pertama wahid yang menyebabkan saya mengenali secara lebih dekat tokoh ini. Dengan novel ini, saya mula mengenali 'kongkiak' dan banyak perkataan pelik-pelik.
Azizi sangat kuat penyelidikannya, berdasarkan cara beliau bercakap mengenai proses-proses beliau menyiapkan novel-novelnya itu, beliau sangat teliti dan bukan buat kerja 'cincai' dan hentam kromo sahaja. Itulah satu-satunya sikap yang terserlah sepanjang saya mengenali beliau.
Kali terakhir saya menemui Azizi, ialah ketika beliau diminta membentangkan pandangannya berhubung isu novel kontroversi; Interlok. Oleh kerana Azizi mengarang Sangeetha, maka beliau dijemput sebagai panelis. Itulah kali terakhir saya menemuinya. Ia anjuran Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM, Pulau Pinang.
Ketika berkereta ke rumah Shahnon Ahmad, maka tergambar kemesraan guru dan murid ketika Azizi dan gurunya rancak bersembang. Di depan kami, Azizi mengakui dengan jujur bahawa ada banyak perkara yang beliau berguru dengan 'Cikgu' Shahnon ini. Apakah yang beliau pelajari itu, tentunya tidak akan termuat penuh di dalam catatan ringkas ini.
Beliau sungguh cermat dan teliti sekali dalam usaha menekuni karya-karyanya itu. Sikap ini, setakat ini belum saya temui dalam kebanyakan pengarang novel yang saya kenali. (Atau, mungkin sahaja saya terlepas pandang? Jangan-jangan, memang ada yang cermat dan teliti, tetapi kadar kecermatan dan ketelitian Azizi ini memang jelas terpancar daripada sikap beliau ketika bercerita. Dan, betapa tertib, cermat dan teliti inilah yang mengkagumkan saya).
Kali terakhir bertemu Azizi di USM pada hari itu, saya terlihat karya yang sudah siap. Barangkali, itulah karya beliau yang terakhir? Azizi dengan setianya, mengendong manuskrip itu ke mana sahaja. Apakah karya terakhirnya itu diterbit atau tidak, belum diketahui.
Lazimnya karya terakhir bagaikan wasiat. Entah ia mengandungi pesan keramat, rahsia tersirat, tidak diketahui. Banyak karya menggugat Umno BN yang belum terbit. Shahnon Ahmad pernah mengeluh mengenai salah satu manuskrip novelnya yang tidak diterbitkan DBP.
"Manuskrip novelku, Jangan Maafkan Saya tidak pernah diterbitkan dan kini tersimpan dengan baik di Perpustakaan USM," petikan tulisan ini termuat di halaman 378, Weltanschsauung Suatu Perjalanan Kreatif, DBP. Shahnon turut mengakui karya itu agak kontroversi.
Apakah Azizi ada manuskrip yang tidak diterbitkan kerana nasibnya lebih kurang sama dengan Shahnon? Ada karya Pramoedya Ananta Toer yang dibakar dan tidak diterbitkan. Ke atas semua karya ini, adakah Pakatan Rakyat akan terbitkan sebagai kaedah melawan BN?
Kalau A Samad Said melawan lewat sajaknya, mustahilkah Pakatan Rakyat cuba menerbitkan karya-karya Shahnon dan Azizi yang mungkin tersisa dalam pustaka peribadi mereka? Kalau di bawah sistem BN, ada pelbagai anugerah sastera, mustahilkah Pakatan Rakyat memberi anugerah sasterawan rakyat kepada mereka yang gigih berjuang lewat penulisan kreatif?
Kata orang, Azizi 'dikalahkan' dalam anugerah sasterawan negara. Konon ada juri yang seolah-olah tidak menilai karya beliau dengan adil. Wallahu'alam. Dan, pendirian Pakatan Rakyat dalam menilai sasterawan rakyat masih jadi teka-teki, tandatanya yang tidak kunjung sudahnya.

No comments:
Post a Comment