Oleh H FANSURI
Laporan media sama ada di dalam atau pun di luar negera, memang mengelirukan. Ia terjadi sama ada kekeliruan itu memang disengajakan atau pun terjadi kerana wujudnya salah faham.
Jika kekeliruan dalam laporan itu memang ada niat menjatuhkan karier politik seseorang pimpinan itu, maka hal itu boleh dikatakan tercela. Tapi harus diingat bahawa ada laporan bersumberkan kenyataan menteri jua. Maka, jika dipandang pada sudut ini, maka menteri itulah yang bersalah jika salah laporan itu bersumberkan kepada akar keyakinan seorang menteri!
Akhbar itu dikatakan bersalah jika memang ada ulasannya sendiri yang merumuskannya begitu, tanpa ada sebarang sentuhan kata-kata menteri dan orang perseorangan yang membuat pertuduhan.
Ambil suatu contoh, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim mendakwa bahawa, ada kalangan peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu itu sudah diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan tersebut. Laporan ini timbul akibat kenyataan seorang menteri.
Maka, jika berlaku kekecohan dan kekeliruan, maka yang paling afdal diutamakan dalam perbincangan itu, bukanlah hasil laporan berita itu, sebaliknya menteri berkenaanlah yang perlu bertanggungjawab.
Rais menambah, bahawa kononnya peserta Bersih itu diberi makanan. Hal itu didedahkan dalam suatu laporan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian di bawah seliaan Rais sendiri.
Lalu, Rais berkata, tidaklah semua peserta perhimpunan Bersih itu ada matlamat yang jelas, melainkan sebahagian kecil sahaja yang punya matlamat politik sendiri.
"Ini jelas membuktikan upah politik itu terjadi dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya dalam majlis berbuka puasa di Felda Lui Timur.
Ulasan Rais ini sebenarnya ditujukan sambil merujuk rusuhan di London baru-baru ini. Kemudian, Rais berkata bahawa polis luar negara tidak teragak-agak mengguna kekerasan untuk menegakkan undang-undang, sebaliknya di Malaysia, meskipun diejek peserta Bersih, tapi polis masih juga bersabar.
Sekali lagi, catatan laporan berita ini termuat di akhbar dengan sebab kenyataan menteri dan bukanlah hasil ulasan seorang wartawan. Dan, laporan itu bukan termuat hasil rumusan daripada ruangan lidah pengarang yang dikarang tulis oleh seseorang ketua pengarang akhbar itu.
Maka, Rais pun berkata lagi dalam laporan berkenaan, "Lihat dengan apa yang kita alami di Malaysia, dan ini kita harus ambil sebagai satu perbandingan untuk keinsafan kita, yang mana betapa tertibnya Polis Diraja Malaysia mengawal keadaan berbanding dengan apa yang berlaku di luar negara."
Hasil akhir rumusan Rais, berdasarkan laporan berita itu, ialah - menteri itu menyimpulkan bahawa hal demontrasi di negara maju itu terjadi lantaran masalah tekanan hidup, dan bukan disebabkan oleh hal remeh-temeh seperti memperjuang agenda politik tokoh pemimpin pembangkang.
Sekali lagi, laporan berita ini memuatkan kenyataan menteri dan bukanlah bersumberkan pandangan peribadi ketua pengarang dan hasil tinjauan seorang wartawan di sesebuah tempat. Maka, jikalau ada terjadi apa-apa hal yang berlaku, maka sepatutnya menteri itulah yang dipersalahkan.
Kita tidak akan mendebatkan sama ada kenyataan Rais itu betul atau pun salah. Perkara ini boleh kita bahaskan kemudian di ruangan lain pula. Hal terawal yang kita perlu belajar ialah menilai pemberitaan – adakah ia bersumberkan kenyataan menteri atau pun hasil tinjauan dan siasatannya sendiri.
Syahadan, sebelum heboh kisah cincin berlian ini pun, akhbar di Indonesia telah pun menyiarkan kisah pembunuhan Altantuya lalu mengaitkannya dengan Perdana Menteri Najib Razak. Maka, ke atas berita yang satu ini, tiadalah pula kedengaran bahawa akhbar Indonesia memohon maaf pula.
Lupakan kisah Altantuya. Kita bahas mengenai kedudukan laporan permintaan maaf Kompas terhadap penyiaran laporan cincin berlian itu. Pada tahap awal laporan mengenai cincin itu bersumber daripada 'screen-shot' seorang pegawai kastam yang memahatkan nama Rosmah Mansor dengan jelas.
Yang tidak diketahui umum, yang menjadi tandatanya untuk rakyat turun menyiasatnya bersama ialah-kenapa cincin berlian itu dibawa masuk atas nama Rosmah Mansor. Telahan awal, mungkinkah beliau yang membeli cincin itu? Hal ini tidak dapat dibuktikan. Tetapi, kemasukan cincin itu jelas terbukti.
Laporan mengenai kedudukan cincin berlian itu bukan bersumberkan kenyataan mana-mana menteri yang boleh bersikap curang, berdolak-dalih, menipu rakyat secara berterusan. Tetapi, laporan itu juga menyiarkan 'screen-shot' nama Rosmah di paparan skrin komputer milik seorang pegawai kastam.
Kompas sudah meminta maaf sebab memetik laporan itu daripada sebuah laman web portal berita di Malaysia, atas alasan - rumusan awal pemberitaan di Malaysia ini salah. Tetapi, akhbar di Indonesia itu masih belum juga meminta maaf terhadap laporan pemberitaan berhubung komisen pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan pembunuhan model Altantuya dari Mongolia.
Cincin berlian itu tetap akan disiasat oleh media di Malaysia. Namun, ke atas sikap Kompas, pendirian akhbar Indonesia ke atas pembunuhan Altantuya itu, Najib Razak masih enggan meminta akhbar dari seberang memohon maaf daripada beliau dan isterinya. Persoalannya, kenapa?

No comments:
Post a Comment