Friday, September 23, 2011

KDN, Najib Razak bagaikan Rabai Yahudi?

Oleh BOESTAMAM SARI

Sikap Umno, BN dan Kementerian Dalam Negeri ini kalau dicermati secara halus, rasanya lebih kurang rabai dan pendeta Yahudi juga. Kitab Taurat pun diolah, lalu isinya digubah diselewengkan. Makna kata Tuhan yang asalnya telah dikesampingkan lalu dirubah-rubah kepada ayat lain sehingga lari maknanya.

Saat ini Perdana Menteri Najib Razak sedang dilanda masalah bertubi-tubi. Di peringkat antarabangsa, Najib Razak baru meminta Kompas memohon maaf kepada beliau mengenai penyiaran laporan berita cincin berlian Rosmah Mansor itu. Ini kisah terbaru.

Sebelum Najib cuba menafikan penyiaran Kompas, KDN telah pun menggelapkan beberapa perenggan di majalah The Economist, khususnya bahagian yang melaporkan himpunan Bersih 2.0 itu. Najib sedar, bahawa kaedah KDN itu sudah pun lapuk pada zaman Youtube dan Facebook ini.

"Ia (menggelapkan perenggan itu) dilihat tidak lagi efektif, relevan dan bermakna. Jadi cara lama perlu dikaji semula supaya kerajaan dilihat faham pada lanskap baru," kata beliau di Wisma Bernama.

Penapisan ke atas The Economist sebelum ini, kata beliau, 'mencetuskan lebih banyak berita daripada laporan asal majalah itu sendiri'.



KDN menghitamkan beberapa perenggan dalam majalah antarabangsa itu pada edisi 16 Julai yang ada kaitan dengan himpunan Bersih. Laporan berjudul 'Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners'.


"Kalau mereka hendak kritik, biarkan. Kalau kita hendak, kita engage dengan mereka, kita beri cerita daripada pihak kita. Kalau mereka langgar batasan, kita ambil tindakan lain... seperti tindakan undang-undang," kata Najib sedikit 'lunak'. Tapi, 'lunak' itu bersebab juga, kerana Najib sedar usaha itu gagal di zaman teknologi internet yang sedang berkembang ini.


Kalaulah tidak kerana kesedaran terhadap 'ancaman' Facebook, Youtube dalam menelanjangkan salah laku mereka, nescaya Najib Razak dan KDN akan bersikap seperti rabai dan pendeta Yahudi yang pinda Taurat berulangkali itu. Jadi, sikap 'positif' Najib ini seperti lanun yang tahu bahawa operasinya sedang diintip  pihak berkuasa, lalu lanun kini mengubah modus operandi penipuan yang gagal sebelum ini.

Sebenarnya, hal ini berlaku sejak lama. Menurut pengalaman peribadi, ada juga majalah antarabangsa yang saya langgan turut dihitamkan pada 2008. Ini kerana, majalah itu melaporkan pilihan raya 2008. Ketika ini, Facebook belum wujud atau belum popular sebagai suatu fenomena.

Itu kisah Najib-KDN yang seperti rabai pendeta Yahudi yang ingin 'singkir' maklumat media luar negara - Kompas, The Economist, Time dan Newsweek jika semua bahan bercetak ini melaporkan kisah politik dalaman negara. Tapi, ada juga kedudukan mereka ini mirip Yahudi yang bunuh musuh politik mereka.

Selain menyingkir maklumat yang membahayakan mereka, mereka turut membuang watak insan yang mengancam politik mereka. Hari ini sudah ada desas-desus tentang wujudnya gerakan dalaman Umno untuk singkirkan Najib itu cukup pantas mengalir hingga melanggar tebing telinga rakyat mutakhir ini.

Seperti mana hubungan Abdullah Ahmad Badawi - Khairy Jamaluddin yang merosakkan Umno, seperti itu jugalah hubungan suami-isteri itu yang menjad bebanan terhadap Umno dan BN seluruhnya.

Gerakan yang meminta Najib berundur daripada jawatan perdana menteri itu memang ada dan jikalau Rosmah masih dibiarkan terus-menerus menguasai Najib, maka negara ini akan hancur lebur binasa.

Ya, ada jua syor-syor yang pahit kedengaran yang membayangkan seolah-olah bukan Najib sahaja yang mesti disingkir. Turut disebut sebagai watak yang membebankan Umno kini ialah bekas menteri besar Khir Toyo. Kononnya, ada pihak yang mahukan beliau dipenjarakan jika BN mahu menang pilihan raya merampas Selangor. Maka, sudah ada dua watak yang perlu dibuang dalam Umno hari ini.

Pertama, di peringkat kerajaan persekutuan, jika BN mahu menang, maka Najib perlu disingkirkan oleh Muhyiddin Yassin. Kedua, di peringkat negeri (Selangor), Khir Toyo perlu dipenjarakan jikalau BN mahu rampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. Ramalan ini entah betul entahkan tidak.

Tapi, sikap ghairah membincangkan perihal teori ini semua, maka ini bukanlah suatu jenayah pun. Jadi, terserah kita sendiri untuk menilai kebenaran pada setiap sudut cerita sesama mereka.

Di dalam blog, Khir sedang cuba membela dirinya. Dakwa beliau, kononnya tiga menteri dalam jemaah menteri kini sedang merancang supaya beliau dijatuhi hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Khir Toyo menulis, "..Saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya."

Nampaknya, sikap pemimpin politik Melayu Umno ini memang persis rabai pendeta Yahudi. Pertama – mereka menyingkirkan perkataan Tuhan di dalam kitab Taurat. Kedua, pendeta rabai Yahudi ini jugalah yang bersekongkol dengan pemerintah Roman untuk membunuh Nabi Isa a.s apabila mereka melihat ajaran Tauhid yang dibawa Isa a.s itu bakal memansuhkan segala keistimewaan mereka selama ini.

Maka, politik memadamkan bait kata-kata, perenggan dalam Kompas, The Economist, dan politik ingin menyingkirkan, membunuh, dan memenjarakan musuh politik ini persis sama dengan sikap rabai serta pendeta Yahudi pada zaman tamadun Rome pada ambang-ambang kejatuhan tamadun tersebut.

No comments: