Oleh Ali Bukhari Amir
Akhirnya, perlahan-lahan barulah saya mengerti kenapa Saidina Umar r.a dalam era jahiliyyah, tergamak membunuh anak perempuannya hidup-hidup, sambil anaknya menjerit meminta tolong darinya ketika dia bertindak menimbuskan anak perempuannya itu.
Pendedahan Umar itu berlaku pada suatu ketika di mana Umar kelihatan tertawa pada satu masa dan pada satu masa dia kelihatan menangis. Gelagatnya itu diperhatikan para sahabat lain. Ketika didesak, barulah Umar berani menyelak hitam pekungnya selama ini.
“Aku ketawa kerana mengenang kejahilanku yang lalu. Ada buah yang kubelikan kepada berhala. Lalu, aku terasa lapar dan buah itu aku makan. Itu yang aku ketawa ketika terkenang kebodohanku,” jelasnya.
“Lalu, apa yang menyebabkan kau menangis pula?” seorang sahabat mencelah dengan pertanyaan. Umar terdiam sejurus. Lama … akhirnya dia mendongakkan kepala. Lalu dia bercerita …
“Aku ada seorang anak gadis yang terpaksa aku tanam dia hidup-hidup. Ketika aku keluar padang pasir, dia mengikutiku di sisi. Ketika peluh di dahiku memercik sedang aku keletihan mencangkul tanah, dialah yang mengesatnya.
“Ketika aku berhenti sebentar daripada menggali, dia menghulurkan air guna menghilangkan dahagaku. Ketika lubang tanah itu siap dan memuatkan jasad tubuhnya, aku lalu menolaknya masuk dalam keadaan dia menjerit kepadaku, meminta dirinya dikasihani,” kata Umar lagi.
Kisah cerita Umar menanam anak perempuannya hidup-hidup itu cukup memilukan dan menghantui saya sendiri. Bayangkanlah jeritan anaknya dari lubang tanah berpasir yang akhirnya semakin melemah ditelan angin yang menderu dari tanah gersang itu.
Walaupun Umar menyatakan kekesalannya, saya tidak boleh hipokrit dengan menyatakan saya maafkan Umar. Saya tetap salahkan Umar walaupun beliau telah mencapai maqam, darjat yang tinggi di sisi Allah. Naluri seorang ayah yang terbenam dalam jiwa saya (walaupun belum berkahwin) tetap melihat Umar dari sudut yang zalim dan kejam. (Walhal, siapalah saya nak marahkan khalifah itu).
Betapa tergamak Umar menanam anak gadisnya hidup-hidup tanpa memikirkan jeritan anaknya, “Ayah, ayah, apakah dosaku kepadamu lantaran itu kaumembunuhku?” Di dalam ayat al-Qur’an ada disebutkan, “walmau’udatu su’ilat. bi ayyi zanbin qutilat?” – “Dan anak-anak perempuan itu akan ditanya (oleh TuhanNya), di atas dosa apakah maka dia dibunuh?”
Umar r.a mungkin trauma ketika membaca ayat ini, lantaran itu hatinya terguris menangis teresak-esak apabila membaca ayat ini. Tapi, Umar al-Faruq telah bersemadi dengan tenang di alam yang kekal abadi.
Mungkin Umar sekarang sedang bermanja dan bergurau senda dengan anak gadisnya yang dibunuhnya dahulu ketika beliau dalam jahiliyyah. Mungkin anak gadisnya berbahagia dengan Umar. Malahan, anak gadis itu mungkin berbangga dengan ayahnya sebagai khalifah yang adil di zamannya.
Tamat kisah Umar … Allah telah mengampunnya dan merahmatinya dan anak gadisnya telah berbangga dengannya. Kini, tiba giliran saya mahu bercerita kenapa saya sudah ampunkan Umar (angkuhnya saya). Dan, saya gantikan perasaan marah kepada Umar itu kepada ‘sekumpulan manusia’ yang lain pula.
Marah saya kepada Umar telah tenggelam setelah saya mengetahui situasi Umar pada ketika itu. Zaman itu adalah zaman edan, zaman yang penuh kegilaan, zaman yang melihat kaum wanita tiada harganya di sini manusia dan kemanusiaan. Malah, kemanusiaan telah lama berkubur pada saat itu.
Kini, marah saya beralih kepada ‘sekelompok manusia gila’ yang mungkin menyebabkan Umar terpaksa bertindak seperti itu. Sekelompok manusia itu mungkin ada di zaman Umar, menyebabkan dia terpaksa membunuh anak gadisnya sebelum anak gadisnya dijatuhkan maruahnya.
Ini kerana, maruah sesebuah keluarga itu banyak bergantung kepada maruah seseorang anak gadis dalam keluarga tersebut. Tapi, perbincangan kita ini belum lengkap jika kita tidak mengenalpasti siapakah insan yang merosakkan anak-anak gadis ini?
Di sinilah yang ingin kita ceritakan hal ini dengan lebih luas. Golongan manusia ini adalah penculik anak-anak gadis dan menjual ke mana-mana dan mutakhir ini, antara kes yang paling menyayatkan hati – Nurin Jazlin mati dibunuh dalam keadaan dirinya diaibkan.
Umar al-Khattab, sosok keras di zaman jahiliyyahnya pun tidak sanggup berdepan dengan situasi ini. Dan mereka mungkin pasrah. Akhirnya, setelah mereka tak menemukan jalan keluar dalam kemelut ini, maka kematian adalah jawapan segala persoalan. Mungkin itulah yang terjadi pada zaman tersebut.
Hal ini mengingatkan saya kepada kisah di mana seorang ayah terpaksa menembak anaknya sendiri yang terjatuh dalam sarang tebuan tanah suatu masa dulu. Membaca laporan itu, dapat dirasakan bahawa ayah menembak kerana tak sampai hati melihat anak menderita akibat disengat tebuan tanah.
Kadangkala, seorang ayah atau ibu terpaksa ‘membunuh’ untuk menghilangkan derita anak sendiri. Hal ‘membunuh’ itu walaupun kelihatan kejam dan zalim, tapi hal itu dilakukan demi kasih sayang.
Di India, di sebuah desa mundur di mana elit kampung menguasai segalanya, saya terbaca laporan mengenai penindasan ke atas wanita yang menyayatkan hati. Di desa itu, seorang anak gadis cantik, akhirnya dipukul ibunya sendiri setelah dia diperkosa berulangkali oleh elit-elit kampung itu.
Kalau tidak silap saya, suatu hari anak gadisnya diganggu oleh elit-elit kampung di depan khalayak. Tiada seorang pun yang berani mempertahankan wanita cantik itu daripada gangguan elit-elit yang terkenal dengan kesamsengannya. Akhirnya, hal itu dimaklumkan kepada ibunya di rumah.
Ibunya terus bergegas ke tempat anak gadisnya diperkosa di khalayak ramai. Adakah ibu tua datang untuk membebaskan anak gadisnya daripada gangguan elit-elit? Sekali-kali tidak, malah ibu tua itu memukul anak gadisnya, bukannya menyerang elit-elit desa yang memperkosa anaknya.
Namun, ketika ibu tua itu memukul anak gadisnya, ada satu lafaz yang memilukan bagi orang yang masih punya hati dan rasan kemanusiaan.
“Kenapa engkau lahir dengan kecantikan hai anakku? Lebih baik engkau mati saja daripada diperlakukan sebegini,” demikian kata si ibu tua, lemah sambil tangannya memukul-mukul anaknya.
Tindakan aneh itu akhirnya diperhatikan saja elit-elit desa, termasuk penduduk desa itu yang tidak berani mempertahankan anak gadis itu. Mereka sudah tidak tahu bagaimanakah untuk memperbaiki kemelut situasi yang ada di desa mereka sendiri.
Tapi, kalau kita mahu menyatakan masyarakat kita masih punya harga diri serta tidak mahu mundur beberapa tapak ke belakang sepertimana kes ibu tua yang memukul anak gadisnya di India, maka perlulah kita usahakan sesuatu untuk\n membela nasib malang yang menimpa adik Nurin Jazlin itu.
Nurin adalah serpihan peristiwa daripada ratusan gadis atau anak-anak kecil yang dipisahkan daripada ibu bapa mereka sebagai pengemis, dijual sebagai hamba ataupun dibunuh untuk dijual organnya ke pasaran gelap antarabangsa. Kita yakin ini semua boleh dikategorikan sebagai jenayah terancang.
Bapa Nurin telah bertindak mengubah tawaran wang itu kepada mereka yang ingin memburu si ‘haiwan’ berkeliaran dalam masyarakat. Kita tahu bapa Nurin tak menyerah kalah. ‘Haiwan’ itu perlulah dihukum sebagai pengajaran kepada rangkaian jenayah terancang yang menculik anak-anak kecil di mana organ mereka telah dijual di pasaran gelap antarabangsa.
Namun, ketika ibu tua itu memukul anak gadisnya, ada satu lafaz yang memilukan bagi orang yang masih punya hati dan rasa kemanusiaan. “Kenapa engkau lahir dengan kecantikan hai anakku? Lebih baik engkau mati saja daripada diperlakukan sebegini,” demikian kata si ibu tua, lemah sambil tangannya memukul-mukul anaknya.
Tindakan aneh itu akhirnya diperhatikan saja elit-elit desa, termasuk penduduk desa itu yang tidak berani mempertahankan anak gadis itu. Mereka sudah tidak tahu bagaimanakah untuk memperbaiki kemelut situasi yang ada di desa mereka sendiri.
Tapi, kalau kita mahu menyatakan masyarakat kita masih punya harga diri serta tidak mahu mundur beberapa tapak ke belakang sepertimana kes ibu tua yang memukul anak gadisnya di India, maka perlulah kita usahakan sesuatu untuk membela nasib malang yang menimpa adik Nurin Jazlin itu.
Nurin adalah serpihan peristiwa daripada ratusan gadis atau anak-anak kecil yang dipisahkan daripada ibu bapa mereka sebagai pengemis, dijual sebagai hamba ataupun dibunuh untuk dijual organnya ke pasaran gelap antarabangsa. Kita yakin ini semua boleh dikategorikan sebagai jenayah terancang.
Bapa Nurin telah bertindak mengubah tawaran wang itu kepada mereka yang ingin memburu si ‘haiwan’ berkeliaran dalam masyarakat. Kita tahu bapa Nurin tak menyerah kalah. ‘Haiwan’ itu perlulah dihukum sebagai pengajaran kepada rangkaian jenayah terancang yang menculik anak-anak kecil di mana organ mereka telah dijual di pasaran gelap antarabangsa.
Hal ini mengingatkan kita kepada filem Ransom (Mel Gibson); kisah derita seorang ayah kerana anak lelakinya diculik. Dia akhirnya mengisytiharkan dengan jumlah wang tertentu – siapa yang menjumpai penculik dan anak lelakinya, mereka akan diberikan ganjaran besar. Ini adalah kisah perjuangan.
Kita harap, setiap individu dalam masyarakat kita tak kira kepercayaan apa, agama, bangsa akan terus berjuang untuk menangkap dan memberi maklumat sehingga ‘haiwan’ itu tertangkap. Tertangkapnya seekor ‘haiwan’ akan menjadikan jutaan ‘haiwan’ bertopeng manusia lain akan ditangkap, di mana hidup mereka selama ini mewah dengan hasil kegiatan menjual organ manusia.
Aduhai Tuan Umar… maafkan hamba kerana terlanjur menyimpan dendam dan marah kepadamu. Hamba berjanji akan membela kaum wanita dan anak-anak kecil di zaman edan ini. Tuhan, saksikan bahawa aku akan memulakan perjalanan untuk membela kaum tertindas …
Tuhan… dunia ini penuh dengan kezaliman, kemusnahan. Kemanusiaan telah wafat, di mana kematiannya dikapankan dengan zat-zat serat kebinatangan yang telah menguasai dunia ini. ‘Haiwan-haiwan liar’ telah meragut nilai kemanusiaan dan mengheret manusiawi ke kuburan mereka sendiri.
Bersemadinya Nurin adalah lambang bersemadinya jasad kemanusiaan di mana batu nesannya telah terpahat dengan keazaman dan iltizam rakyat yang akan terus berjihad membela roh kemanusiaan.
No comments:
Post a Comment