Oleh H FANSURI
Dalam bab 28 Hikayat Hang Tuah diperihalkan Puteri Gunung Ledang jadi Raja Melaka. Mungkin juga, watak Puteri Gunung Ledang ini bukan cuma satu, malah ramai wataknya. Puteri yang satu ini dikatakan anak raja Melaka dan mungkin bukan puteri yang dilamar raja Melaka. Wallahu'alam bissawab!
Pemerintahan puteri ini bermula selepas raja Melaka ghaib. Tiba-tiba Feringgi tiba dari arah Manila, bukan Goa, India. Pengarang ini menulis, "... maka datang sebuah kapal Feringgi di negeri Manila membawa dagangan terlalu banyak berniaga ke negeri Melaka itu..."
Lalu disambung, "...Telah sudah ia berniaga maka kapal Feringgi itu pun berlayarlah kembali ke negerinya ke benua Portugal." Di sini Manila dan Portugal disebut jelas. Turut disebut, rancangan Feringgi membeli tanah sebidang belulang.
Kata seorang bangsawan istana, "Baik kita persembahkan raja, jangan diberi, kerana Feringgi orang jahat." Lalu, kata orang lain pula, "Biarlah, apanya hendak jadikan sangat tanah di bidang belulang itu?" Walau ada pergolakan tentang tawaran Feringgi, tapi akhirnya ia diterima raja perempuan.
Pengarang hikayat menulis, "Maka dengan demikian rialnya bertimbun-timbun itu diterima oleh rajalah dimasukkan ke dalam gedong."
Menurut catatan, Portugis - Sepanyol bersatu menjajah Melayu setelah menang menundukkan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. Jika ia benar, maka selepas 1 April (April Fool), tidak lama selepas itu, runtuhlah Melaka sebagai salah satu empayar Melayu Islam selepas runtuhnya Majapahit, Sriwijaya.
Puteri Gunung Ledang lari ke hutan banat yang luas, sampai ke negeri Batak. "Maka, diambil oleh segala menteri Batak itu, dirajakannya Puteri Gunung Ledang itu dalam negeri Batak itu. Maka tiadalah tersebut lagi perkataan Puteri Gunung Ledang itu hingga datang sekarang."
Ramai yang menjadi buruan Feringgi dan akhirnya menjadi pelarian di bumi Melaka itu. "Maka, keturunan Melaka itu jatuh kepada orang Johorlah datang sekarang ini," begitu kesimpulan pengarang hikayat.
Hikayat ini mungkin boleh dituduh fiksyen, (khayalan) ditokok tambah. Tapi, jangan ditolak kedudukannya sebagai 'Melayuwiyyat' (dongeng Melayu yang mungkin benar atau salah). Seperti Israeliyyat (dongengan Bani Israel) yang tidak salah jika diwarisi ceritanya untuk menilai kebenarannya.
Disebutkan Manila (Filipina) sebagai tempat Portugis meletak armadanya. Pengarang tidak menyebut Filipina, tapi Manila yang terkait dengan perkataan 'Fi Amaanillah'. Kita mengetahui bahawa ketika dekad kejatuhan Andalusia di Sepanyol, maka ketika itulah yang kuasa Sepanyol dan Portugal bergabung. Jadi, lojik Feringgi (Portugal) meletakkan kapalnya di Manila itu memang ada, kerana Sepanyol pernah melanggar negara itu.
Tidak lama lagi, unsur Kebudayaan Barat; April Fool akan muncul. Akan ada yang menyambutnya tanpa kesedaran. Umat Islam leka dengan ancaman ini.
Namun, yang paling memenatkan ialah bagaimana kita mahu sedarkan hakikat kepada Rosmah bahawa hancur melebur Melaka itu (berasaskan Hikayat Hang Tuah) adalah apabila pemerintahannya diterajui Raja Perempuan yang mungkin rambang mata melihat emas Feringgi.
Hari ini, ramai berkata, Rosmah 'raja' Malaysia. Islam menjelaskan kaum yang angkat wanita tidak berjaya. Dan, untuk hal yang satu ini (kita 'berajakan' wanita 'First Lady'), saya memang percaya. Moga Umno, BN hancur melebur kerana bertuankan 'Raja Perempuan' ini. Ameen...

No comments:
Post a Comment