Saya bangun sekitar jam 5:30 pagi, bersiap-siap ke KLIA. Hati berdebar-debar kerana terpaksa pergi seorang diri, tanpa kumpulan. Rasa keinsafan menjalar. Bagaimana nanti keadaan kita di akhirat dan Padang Mahsyar? Bersendirian saat wang dan sanak-saudara sudah tidak bermakna apa-apa? Kesimpulannya, kita mesti tingkatkan amalan..
Keluar rumah sekitar 7 pagi, naik LRT Kg Baru, terus ke KL Sentral. Terjumpa seorang kenalan PKP. Dia baru pulang dari sebuah acara di Perlis. Dia beritahu cara pergi KLIA dengan cepat. Ketika itu jam 7:30 pagi. Penerbangan pula bermula jam 9:25 pagi.
"Bas ni bertolak jam 8:00 pagi. Memang tak sempat, adik naik ERL," saran pemandu bas dari KL Sentral ke KLIA itu. Saya tadinya menaiki bas KL Sentral ke KLIA, tetapi hasrat itu tak tercapai kerana bas itu bertolak lewat dan tiba lewat pula di KLIA.
Atas nasihatnya, akhirnya saya mengambil keputusan menaiki ERL, tambang RM35. Di atas ERL, saya terfikirkan masalah terbaru, iaitu KAMERA!
Naik ERL pada 8:00 pagi dan tiba 8:30 pagi. Saya terus 'check-in', dan kebetulan sebuah kaunter baru dibuka untuk penerbangan ke Phnom Penh. Ketika mahu 'check-in', saya terpandang seorang wanita kulit putih berpakaian Buddha. Dia barangkali mahu menaiki pesawat ke Phnom Penh agaknya. Apa urusannya di sana tidaklah saya ketahui pula.
Saya terus tukar RM400, kepada USD109.00. Dia hanya tukar RM398.94. Jadi, dipulangkan bakinya RM1.05. Sepatutnya, dia perlu pulangkan RM1.06. 1 sen itu hangus begitu saja.
Memang saya tiba di KLIA tepat pada masanya. Pada gate G8, orang sudah tiada kerana mereka semuanya sudah masuk ke dalam perut kapal terbang. Jadi, memang tiada masa langsung untuk bersantai di sana. Pendek kata, masa itu cukup elok-elok saja.
Dalam kapal terbang
Saya mendapat seat 6B, di kanan saya seorang wanita separuh usia. Katrinam namanya, orangnya kidal ketika menulis namanya di buku nota saya. Wanita muda di sebelah kiri saya, Terry. Dia suka duduk tepi tingkap kerana nanti apabila pesawat hampir mendarat, dia akan mengambil gambar dari atas pemandangan udara. Manakala Katrinam pula suka di bahagian orang tengah lalu lalang. Entahlah kenapa..
"Kami cuma transit di Phnom Penh. Kemudian mahu ke Laos dan lain-lainnya," kata Katrinam dari Wales ini. Bualan bermula ketika dia beri kek dalam pesawat itu kepada saya. Rezeki jangan kita tolak, musuh jangan dicari.
Kami disajikan hidangan. Insan-insan Barat seperti Terry dan Katrinam tentunya memilih Wafle dan bangsa Asia seperti saya pastinya memilih nasi!
Saya baca majalah dalam kapal terbang; Going Places, di dalamnya turut juga termuat artikel terjemahan daripada bahasa Inggeris ke BM. Tapi bolehkah saya terus hantar saja terjemahan? Daun serai daun gaharu, belum 'try' belum tahu!
Tiba di Phnom Penh
Kapal terbang mendarat sekitar jam 11:10 waktu Malaysia (10:10 waktu tempatan). Saya sudah mula gelabah kerana dalam kesibukan pagi tadi, terlupa bawa pen. Yang ada hanya pensel. Tapi, takkanlah urusan menulis borang 'departure' kena pakai pensel? Mujurlah seorang lelaki separuh usia, Melayu Kemboja sudi meminjamkan pennya.
Selesai urusan itu, saya kembali mengambil beg, melepasi kawalan kastam dan terus tercangak-cangak mencari nama saya kalau-kalau ada tertulis nama saya. Hah! Tiada! Langsung debaran memuncak. H/P saya pun tak ada 'line' kat sana. (Pengajaran moral.. lepas ni kena buat 'roaming' bila tiba di Malaysia kelak!)
Saya pun keluar dari lapangan terbang itu. Mujur saya sempat beritahu Kak Mah tentang corak, warna pakaian saya itu. Jadi, hal itu pun diberitahu kepada mereka yang menunggu saya di sana.
Dengan tiba-tiba salah seorang daripada mereka yang menunggu saya dengan mudahnya dapat cam saya. Zali namanya. Dia pemandu pelancong. Kemudian saya diperkenalkan dengan Ustaz Azhar. Kami tunggu seorang lagi, Latif namanya.
Nampaknya kelibat Latif tak lagi kelihatan. Semua orang sudah keluar. Jadi, kami terus beredar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh.
"Orang Melayu Cham ini berasal dari Vietnam," kata ustaz Azhar. Saya tercengang juga mendengar cerita terbaru itu. Ada banyak lagi yang diperihalkannya. Hal-ehwal politik di luaran, dalaman serta cara-cara kehidupan orang-orang di sini.
Sepanjang perjalanan itu, beliau menunjukkan sebuah kawasan tanah berpagar zink hijau milik seorang pimpinan Melayu Kemboja yang rapat dengan Hun Sen. Rumusan awalnya adalah, di mana-mana pun ada Melayu elit, dan yang hidupnya serba kekurangan.
Yang miskin, miskin sungguh, yang kayanya, masya Allah.. Tanah itu cukup luas. Jikalau saya tahu alamat kedudukannya, mungkin boleh lihat dari Google Map. Beliau juga sebut nama orang-orang kenamaan di sini yang boleh dihubungi.
Kami sampai di Hotel Mekong Palace dan masuk bilik 107. Saya berkenalan dengan Haji Sobri, Fadhil dan beberapa orang yang lain. Rupa-rupanya saya yang paling awal tiba di sana. Saya kemudiannya diberikan taklimat ringkas oleh Fadhil.
"Petang ini rombongan lain akan tiba," kata Fadhil lagi. "Itu pun kalau tak delay lah."
Sedang berbicara, Ustaz Azhar beritahu, masanya sudah tiba untuk makan tengahari di Malaysia Restoren. Restoren itu tidak jauh dari hotel kami. Sedang makan-makan itu, saya ambil peluang berkenalan dengan mereka.
Kami dihidangkan dengan sejenis teh tanpa gula. Ia percuma. Teh berwarna hijau muda seperti ini memang pernah saya lihat dalam kunjungan saya ke China atau ke Korea dulu bersama-sama keluarga. Kata ustaz, teh itu bagaikan penawar.
Segi saintifiknya saya tak tahu. "Makanan di sini banyak diletak ajinomoto," kata mereka. "Jadi, teh ini akan mengimbangi semula ajinomoto atau 'racun-racun' dari pemakanan." Dan, di sini, makanannya sihat, itulah yang saya dengar.
"Minyak mahal, jadi mereka masak lauk sama ada dengan cara merebus atau bakar," kata si ustaz. Mungkin di daerah yang benar-benar bermasalah agaknya barulah makanan itu dimasak sebegitu, demikian telahan awal saya.
Selesai makan, kami pulang ke hotel. Berpapasan dengan ustaz Fadhil. Saya tanya kalau ada CC sekitar Riverside sini. Rupa-rupanya ada. 20 minit ($0.25), 40 minit ($0.50). Di sini kebanyakan urusniaga di sini adalah dalam Dollar Amerika, di samping itu mereka juga menggunakan Riel iaitu matawang di Cambodia. USD1 = Riel 4,000.
"Ni sungai apa ustaz?" tanya saya. Riverside adalah kawasan pelancongan, pub bersepah juga di sini di samping rakyat Khmer yang miskin melarat bermalam di kaki lima pada sebelah malam nanti. Keadaan ini berada di mana-mana negara pun.
"Tonle Sap..sebenarnya tonle itu bahasa Khmer yang bermakna sungai," jelas beliau.
"Tetapi, orang kita selalu menyebut Sungai Tonle Sap."
Sempat juga bergambar sekeping dua di sini. Kemudian, kami ke hotel. Waktu lapang sebelum 3:30 petang itu saya gunakan untuk menaip bahan ke Harakah. Ini kerana pada 3:30 p.m nanti, kami perlu tunggu rombongan kedua di lapangan terbang.
Selesai ambil kenyataan ustaz dan Haji Sokpri, maka saya terus ke bawah CC, hantar bahan dan setelah selesai urusan penghantaran bahan, terus naik atas. Kena 1,000 riel (USD0.25). Terlupa nak ambil resit.
Pakaian ditinggal sedikit di hotel. Beg galas mesti dibawa kerana selepas menjemput rombongan kedua nanti, kami akan terus bermalam di Kg Cheroi On Dait, Kilometer 8, bersebelahan rumah Zali. Pastinya, kena menyeberangi Tonle Sap (Sungai Sap).
Bermaghrib di Kilometer 8
Tepat.. 'flight' delay lagi. Akhirnya, tiba juga. Dan, saya lihat kelibat ustaz Zamri, mahu buat menenum janji untuk 'interview' ringkas bersamanya. Beliau memberi respon baik. Semasa bertemu di situ, beliau pun tak banyak cakap. Mungkin agak kekok.
"Sekarang ana dah buat program sendiri," kata beliau. Ada banyak juga pertanyaan yang hinggap di fikiran dan setiap pertanyaan itu menuntut jawapan yang pelbagai pula. Tidak lama selepas itu, Coaster pun tiba. Jadi, kami pun meneruskan perjalanan.
Antara mereka yang tiba itu, adalah En. Erland dan isteri. Beliau penerbit satu rancangan tv Astro tentang makanan halal di China. Turut hadir bersama, Faizul, pengarah program itu. Kisah-kisah mereka kembara mereka ini di Xian, China, Raja Quinn, kota Terracotta akan saya riwayatkan insya Allah dalam lain-lain siri. Agak menarik juga.
Tiba di Kilometer 8, kami bersolat Maghrib di Masjid Nurun Naim. Kemudian, tak lama sesudah itu kami beramah-mesra dengan ayah Razali, walaupun beliau sudah tak lancar berbual dalam Melayu. Bahasanya kadangkala bersulam antara Melayu dan Khmer.
Jika di Malaysia ada rojak bahasa antara Melayu dan Inggeris, maka di sana mungkin hal rojak bahasa itu berlaku antara silang bahasa dan budaya antara Melayu dan Khmer.
"Ustaz nampak makin kurus, tak macam dalam tv," kata Halimah, adik Zali. Ustaz Zamri jadi terpinga-pinga lalu menoleh ke arah saya, "Ada TV9 ke kat sini?"
"Entahlah ustaz, ana pun tak tau," balas saya kembali. "Cuba ustaz tanya depa."
"Err.. ada sampai program TV9 ke kat sini?" tanya sang ustaz.
"Takde..saya belajar di sana, jadi memang tengok rancangan ustaz di Malaysia," jelas Halimah kembali. Deraian ketawa antara kami meletus.
Selesai berehat seketika, kami menyeberangi Sungai Tonle dengan motobot. Jadi, dalam perjalanan itu, hati pun dipagut kerisauan kerana dengar pelbagai cerita tentang gambaran kesusahan di desa itu. Kata Ustaz Azhar, mahu mandi, buang air pun bermasalah.
Deburan air dan riak kocak gelombang kecil sungguh menghiburkan jiwa walaupun pada malam itu, tidak nampak sebutir bintang pun. Kelam bayang-bayang. Jadi, siapalah yang dapat melihat riak air dan gelombang kecil air sungai itu?
Perjalanan itu tidaklah lama, mungkin 5 ke 10 minit kami tiba di Kg Cheroi On Dait, bau hamis kambing menyerbu ke hidung. Tapi, sebagaimana yang disebut tadi.. malam gelap. Jadi, memang kami tidak dapat melihat apa-apa.
Sehinggalah kaki tiba mencecah di tanah berlumpur, maka kami dapat melihat kandang kambing berhampiran Tonle Sap itu. Perjalanan pun diteruskan. Sepanjang kiri dan kanan jalan, rumah orang-orang di situ bercahaya. Ada juga tv. Saya musykil, adakah generator itu cukup kuat untuk menampung bekalan elektrik di situ?
Kami tiba di sebuah rumah penduduk di situ, selang dua tiga buah rumah dari masjid. Barangkali ahli keluarga rumah itu ahli Cambodia People's Parti (CPP) yang kuat dan setia. Ini kerana, saya lihat ada papan tanda CPP di luar rumahnya.
Makanan 'best'!
Bab inilah yang paling best! MAKAN.. Saya pun sudah lupa apa nama jenis makanan itu. Daging lembu yang terhidang, tersusun rapi di dalam talam dengan cantik, serta menarik. Manakala di sekelilingnya ada ulaman.
Dan yang paling best, kuah kacang pedas masam-masam manis yang dicicah ikan bakar (terubuk kalau tak silap, tapi mereka nafikan).
Yummi.. sebentar tadi apabila dengar cerita ustaz Azhar, bahawa nak buang air pun susah, maka saya bisikkan kepada Faizul, "Jangan makan banyak malam ni.."
Dia mengangguk setuju untuk berhati-hati. Tetapi, huh mana ada..tatkala terhidang sahaja makanan itu, saya mungkir janji dan lupa segalanya. 3, 4 pinggan beb!
"Aik? Tadi bukan hang kata sepinggan saja ka?" Faizul mengingatkan. Oleh kerana kami sama-sama dari utara, maka selesa sikit percakapan dalam loghat utara.
"Err, aku mungkin janji," dia ketawa gelihati. Dan Zali menunjukkan cara-cara memakan ulam-ulam itu dan mencicah ke dalam kuah kacang pedas itu.
"Masukkan ini, ini dan ini," diambilnya taugeh, dedaunan ulaman lain yang dimasukkan dalam daun kobis, lalu dilipatkan semuanya sebelum dicicah dalam kuah itu. Kami pun cuba satu persatu. "Jadi, kalau kami nak makan sayur, memang beginilah caranya.."
Selesai makan, jemaah lelaki tidur di luar beranda dan kaum wanita di dalam bilik. Pada malam itu, saya ambil kesempatan berbual dengan ustaz Zamri dan Faizul tentang kerja mereka. Zali tiba-tiba masuk. Entah bagaimana dia tiba-tiba bercerita masa lalunya.
Cerita gadis Melayu Kemboja yang pindah ke Malaysia, kemudian tiba di Amerika, yang merah rambut dan akhirnya bertukar sikap perangai sebagai Melayu sejati. Di mana-mana pun begitu juga. Manusia dengan cepat berubah.
Ketika berbual itulah, saya ternampak bintang tidak mengerdip. Kata orang, itu bukannya bintang tapi satelit. Saya teringatkan filem Eagle Eye, Body of Lies dan sebagainya. Saya teringat lawatan USM dulu ketika Pusat Islam di bawah pimpinan seorang pensyarah saat kami membuat seminar di selatan Thai.
Ada sebuah pondok di selatan Thai yang entah macam-mana, mendapat perhatian USA. Mereka pernah berdemo dan tiba-tiba keesokannya, mereka mendapat nota ugutan dari USA. Apakah mereka terdedah dengan intipan daripada satelit di angkasa?
Dan Ummul Qura yang di bawah seliaan Mufti itu, kononnya di dalam perhatiaan USA. Dan, kononnya ada kaitan dengan al-Qaeda. Bintang tidak mengerdip ini juga saya lihat di sebuah desa di Takeo, sekitar 30 km dari Vietnam. Ah! Ini mungkin telahan saja.
Habis mendengar cerita Zali, saya kemudian masuk tidur. Esok adalah pengalaman baru, berhari raya di luar negeri. Terjaga berulangkali juga kerana terdengar tekai berbunyi. Ia sejenis cicak besar (mungkin mengkarung?) Setiap kali haiwan itu berbunyi, setiap kali itu jugalah saya terjaga.
"Kalau nak tengok tekai tu, kat pejabat mufti pun banyak," kata Zali, ketika melihat saya terjaga akibat teguran tekai.
2:37 petang, 13 Disember
Sekolah Pemikiran Tonle Sap
http://anakchampa.blogspot.com
Pandangan anda boleh disalurkan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com.

Sambil menunggu ERL tiba, saya sms rakan-rakan, keluarga mengenai pemergian. Mana tahu kalau jadi apa-apa. Sms Dr A menyinggah, katanya dia akan ke sana pada satu tarikh lain. "Buat catatan perjalanan nanti," demikian sms beliau.
(Lagu Ayat-Ayat Bercinta)
Naik ERL pada 8:00 pagi dan tiba 8:30 pagi. Saya terus 'check-in', dan kebetulan sebuah kaunter baru dibuka untuk penerbangan ke Phnom Penh. Ketika mahu 'check-in', saya terpandang seorang wanita kulit putih berpakaian Buddha. Dia barangkali mahu menaiki pesawat ke Phnom Penh agaknya. Apa urusannya di sana tidaklah saya ketahui pula.
Saya terus tukar RM400, kepada USD109.00. Dia hanya tukar RM398.94. Jadi, dipulangkan bakinya RM1.05. Sepatutnya, dia perlu pulangkan RM1.06. 1 sen itu hangus begitu saja.
Memang saya tiba di KLIA tepat pada masanya. Pada gate G8, orang sudah tiada kerana mereka semuanya sudah masuk ke dalam perut kapal terbang. Jadi, memang tiada masa langsung untuk bersantai di sana. Pendek kata, masa itu cukup elok-elok saja.
Dalam kapal terbang
Saya mendapat seat 6B, di kanan saya seorang wanita separuh usia. Katrinam namanya, orangnya kidal ketika menulis namanya di buku nota saya. Wanita muda di sebelah kiri saya, Terry. Dia suka duduk tepi tingkap kerana nanti apabila pesawat hampir mendarat, dia akan mengambil gambar dari atas pemandangan udara. Manakala Katrinam pula suka di bahagian orang tengah lalu lalang. Entahlah kenapa..
"Kami cuma transit di Phnom Penh. Kemudian mahu ke Laos dan lain-lainnya," kata Katrinam dari Wales ini. Bualan bermula ketika dia beri kek dalam pesawat itu kepada saya. Rezeki jangan kita tolak, musuh jangan dicari.
Kami disajikan hidangan. Insan-insan Barat seperti Terry dan Katrinam tentunya memilih Wafle dan bangsa Asia seperti saya pastinya memilih nasi!
Saya baca majalah dalam kapal terbang; Going Places, di dalamnya turut juga termuat artikel terjemahan daripada bahasa Inggeris ke BM. Tapi bolehkah saya terus hantar saja terjemahan? Daun serai daun gaharu, belum 'try' belum tahu!
--------------------------------------------------------
IKLAN TEKS - Sila hubungi 014-3233287 (ALI)
--------------------------------------------------------
Tiba di Phnom Penh
Kapal terbang mendarat sekitar jam 11:10 waktu Malaysia (10:10 waktu tempatan). Saya sudah mula gelabah kerana dalam kesibukan pagi tadi, terlupa bawa pen. Yang ada hanya pensel. Tapi, takkanlah urusan menulis borang 'departure' kena pakai pensel? Mujurlah seorang lelaki separuh usia, Melayu Kemboja sudi meminjamkan pennya.
Selesai urusan itu, saya kembali mengambil beg, melepasi kawalan kastam dan terus tercangak-cangak mencari nama saya kalau-kalau ada tertulis nama saya. Hah! Tiada! Langsung debaran memuncak. H/P saya pun tak ada 'line' kat sana. (Pengajaran moral.. lepas ni kena buat 'roaming' bila tiba di Malaysia kelak!)
Saya pun keluar dari lapangan terbang itu. Mujur saya sempat beritahu Kak Mah tentang corak, warna pakaian saya itu. Jadi, hal itu pun diberitahu kepada mereka yang menunggu saya di sana.
Dengan tiba-tiba salah seorang daripada mereka yang menunggu saya dengan mudahnya dapat cam saya. Zali namanya. Dia pemandu pelancong. Kemudian saya diperkenalkan dengan Ustaz Azhar. Kami tunggu seorang lagi, Latif namanya.
Nampaknya kelibat Latif tak lagi kelihatan. Semua orang sudah keluar. Jadi, kami terus beredar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh.
"Orang Melayu Cham ini berasal dari Vietnam," kata ustaz Azhar. Saya tercengang juga mendengar cerita terbaru itu. Ada banyak lagi yang diperihalkannya. Hal-ehwal politik di luaran, dalaman serta cara-cara kehidupan orang-orang di sini.
Sepanjang perjalanan itu, beliau menunjukkan sebuah kawasan tanah berpagar zink hijau milik seorang pimpinan Melayu Kemboja yang rapat dengan Hun Sen. Rumusan awalnya adalah, di mana-mana pun ada Melayu elit, dan yang hidupnya serba kekurangan.
Yang miskin, miskin sungguh, yang kayanya, masya Allah.. Tanah itu cukup luas. Jikalau saya tahu alamat kedudukannya, mungkin boleh lihat dari Google Map. Beliau juga sebut nama orang-orang kenamaan di sini yang boleh dihubungi.
Kami sampai di Hotel Mekong Palace dan masuk bilik 107. Saya berkenalan dengan Haji Sobri, Fadhil dan beberapa orang yang lain. Rupa-rupanya saya yang paling awal tiba di sana. Saya kemudiannya diberikan taklimat ringkas oleh Fadhil.
"Petang ini rombongan lain akan tiba," kata Fadhil lagi. "Itu pun kalau tak delay lah."
Sedang berbicara, Ustaz Azhar beritahu, masanya sudah tiba untuk makan tengahari di Malaysia Restoren. Restoren itu tidak jauh dari hotel kami. Sedang makan-makan itu, saya ambil peluang berkenalan dengan mereka.
Kami dihidangkan dengan sejenis teh tanpa gula. Ia percuma. Teh berwarna hijau muda seperti ini memang pernah saya lihat dalam kunjungan saya ke China atau ke Korea dulu bersama-sama keluarga. Kata ustaz, teh itu bagaikan penawar.
Segi saintifiknya saya tak tahu. "Makanan di sini banyak diletak ajinomoto," kata mereka. "Jadi, teh ini akan mengimbangi semula ajinomoto atau 'racun-racun' dari pemakanan." Dan, di sini, makanannya sihat, itulah yang saya dengar.
--------------------------------------------------------
IKLAN TEKS - Sila hubungi 014-3233287 (ALI)
--------------------------------------------------------
"Minyak mahal, jadi mereka masak lauk sama ada dengan cara merebus atau bakar," kata si ustaz. Mungkin di daerah yang benar-benar bermasalah agaknya barulah makanan itu dimasak sebegitu, demikian telahan awal saya.
Selesai makan, kami pulang ke hotel. Berpapasan dengan ustaz Fadhil. Saya tanya kalau ada CC sekitar Riverside sini. Rupa-rupanya ada. 20 minit ($0.25), 40 minit ($0.50). Di sini kebanyakan urusniaga di sini adalah dalam Dollar Amerika, di samping itu mereka juga menggunakan Riel iaitu matawang di Cambodia. USD1 = Riel 4,000.
"Ni sungai apa ustaz?" tanya saya. Riverside adalah kawasan pelancongan, pub bersepah juga di sini di samping rakyat Khmer yang miskin melarat bermalam di kaki lima pada sebelah malam nanti. Keadaan ini berada di mana-mana negara pun.
"Tonle Sap..sebenarnya tonle itu bahasa Khmer yang bermakna sungai," jelas beliau.
"Tetapi, orang kita selalu menyebut Sungai Tonle Sap."
Sempat juga bergambar sekeping dua di sini. Kemudian, kami ke hotel. Waktu lapang sebelum 3:30 petang itu saya gunakan untuk menaip bahan ke Harakah. Ini kerana pada 3:30 p.m nanti, kami perlu tunggu rombongan kedua di lapangan terbang.
Selesai ambil kenyataan ustaz dan Haji Sokpri, maka saya terus ke bawah CC, hantar bahan dan setelah selesai urusan penghantaran bahan, terus naik atas. Kena 1,000 riel (USD0.25). Terlupa nak ambil resit.
Pakaian ditinggal sedikit di hotel. Beg galas mesti dibawa kerana selepas menjemput rombongan kedua nanti, kami akan terus bermalam di Kg Cheroi On Dait, Kilometer 8, bersebelahan rumah Zali. Pastinya, kena menyeberangi Tonle Sap (Sungai Sap).
Bermaghrib di Kilometer 8
Tepat.. 'flight' delay lagi. Akhirnya, tiba juga. Dan, saya lihat kelibat ustaz Zamri, mahu buat menenum janji untuk 'interview' ringkas bersamanya. Beliau memberi respon baik. Semasa bertemu di situ, beliau pun tak banyak cakap. Mungkin agak kekok.
"Sekarang ana dah buat program sendiri," kata beliau. Ada banyak juga pertanyaan yang hinggap di fikiran dan setiap pertanyaan itu menuntut jawapan yang pelbagai pula. Tidak lama selepas itu, Coaster pun tiba. Jadi, kami pun meneruskan perjalanan.
Antara mereka yang tiba itu, adalah En. Erland dan isteri. Beliau penerbit satu rancangan tv Astro tentang makanan halal di China. Turut hadir bersama, Faizul, pengarah program itu. Kisah-kisah mereka kembara mereka ini di Xian, China, Raja Quinn, kota Terracotta akan saya riwayatkan insya Allah dalam lain-lain siri. Agak menarik juga.
Tiba di Kilometer 8, kami bersolat Maghrib di Masjid Nurun Naim. Kemudian, tak lama sesudah itu kami beramah-mesra dengan ayah Razali, walaupun beliau sudah tak lancar berbual dalam Melayu. Bahasanya kadangkala bersulam antara Melayu dan Khmer.
Jika di Malaysia ada rojak bahasa antara Melayu dan Inggeris, maka di sana mungkin hal rojak bahasa itu berlaku antara silang bahasa dan budaya antara Melayu dan Khmer.
"Ustaz nampak makin kurus, tak macam dalam tv," kata Halimah, adik Zali. Ustaz Zamri jadi terpinga-pinga lalu menoleh ke arah saya, "Ada TV9 ke kat sini?"
"Entahlah ustaz, ana pun tak tau," balas saya kembali. "Cuba ustaz tanya depa."
"Err.. ada sampai program TV9 ke kat sini?" tanya sang ustaz.
--------------------------------------------------------
IKLAN TEKS - Sila hubungi 014-3233287 (ALI)
--------------------------------------------------------
"Takde..saya belajar di sana, jadi memang tengok rancangan ustaz di Malaysia," jelas Halimah kembali. Deraian ketawa antara kami meletus.
Selesai berehat seketika, kami menyeberangi Sungai Tonle dengan motobot. Jadi, dalam perjalanan itu, hati pun dipagut kerisauan kerana dengar pelbagai cerita tentang gambaran kesusahan di desa itu. Kata Ustaz Azhar, mahu mandi, buang air pun bermasalah.
Deburan air dan riak kocak gelombang kecil sungguh menghiburkan jiwa walaupun pada malam itu, tidak nampak sebutir bintang pun. Kelam bayang-bayang. Jadi, siapalah yang dapat melihat riak air dan gelombang kecil air sungai itu?
Perjalanan itu tidaklah lama, mungkin 5 ke 10 minit kami tiba di Kg Cheroi On Dait, bau hamis kambing menyerbu ke hidung. Tapi, sebagaimana yang disebut tadi.. malam gelap. Jadi, memang kami tidak dapat melihat apa-apa.
Sehinggalah kaki tiba mencecah di tanah berlumpur, maka kami dapat melihat kandang kambing berhampiran Tonle Sap itu. Perjalanan pun diteruskan. Sepanjang kiri dan kanan jalan, rumah orang-orang di situ bercahaya. Ada juga tv. Saya musykil, adakah generator itu cukup kuat untuk menampung bekalan elektrik di situ?
Kami tiba di sebuah rumah penduduk di situ, selang dua tiga buah rumah dari masjid. Barangkali ahli keluarga rumah itu ahli Cambodia People's Parti (CPP) yang kuat dan setia. Ini kerana, saya lihat ada papan tanda CPP di luar rumahnya.
Makanan 'best'!
Bab inilah yang paling best! MAKAN.. Saya pun sudah lupa apa nama jenis makanan itu. Daging lembu yang terhidang, tersusun rapi di dalam talam dengan cantik, serta menarik. Manakala di sekelilingnya ada ulaman.
Dan yang paling best, kuah kacang pedas masam-masam manis yang dicicah ikan bakar (terubuk kalau tak silap, tapi mereka nafikan).
Yummi.. sebentar tadi apabila dengar cerita ustaz Azhar, bahawa nak buang air pun susah, maka saya bisikkan kepada Faizul, "Jangan makan banyak malam ni.."
Dia mengangguk setuju untuk berhati-hati. Tetapi, huh mana ada..tatkala terhidang sahaja makanan itu, saya mungkir janji dan lupa segalanya. 3, 4 pinggan beb!
"Aik? Tadi bukan hang kata sepinggan saja ka?" Faizul mengingatkan. Oleh kerana kami sama-sama dari utara, maka selesa sikit percakapan dalam loghat utara.
"Err, aku mungkin janji," dia ketawa gelihati. Dan Zali menunjukkan cara-cara memakan ulam-ulam itu dan mencicah ke dalam kuah kacang pedas itu.
"Masukkan ini, ini dan ini," diambilnya taugeh, dedaunan ulaman lain yang dimasukkan dalam daun kobis, lalu dilipatkan semuanya sebelum dicicah dalam kuah itu. Kami pun cuba satu persatu. "Jadi, kalau kami nak makan sayur, memang beginilah caranya.."
Selesai makan, jemaah lelaki tidur di luar beranda dan kaum wanita di dalam bilik. Pada malam itu, saya ambil kesempatan berbual dengan ustaz Zamri dan Faizul tentang kerja mereka. Zali tiba-tiba masuk. Entah bagaimana dia tiba-tiba bercerita masa lalunya.
--------------------------------------------------------
IKLAN TEKS - Sila hubungi 014-3233287 (ALI)
--------------------------------------------------------
Cerita gadis Melayu Kemboja yang pindah ke Malaysia, kemudian tiba di Amerika, yang merah rambut dan akhirnya bertukar sikap perangai sebagai Melayu sejati. Di mana-mana pun begitu juga. Manusia dengan cepat berubah.
Ketika berbual itulah, saya ternampak bintang tidak mengerdip. Kata orang, itu bukannya bintang tapi satelit. Saya teringatkan filem Eagle Eye, Body of Lies dan sebagainya. Saya teringat lawatan USM dulu ketika Pusat Islam di bawah pimpinan seorang pensyarah saat kami membuat seminar di selatan Thai.
Ada sebuah pondok di selatan Thai yang entah macam-mana, mendapat perhatian USA. Mereka pernah berdemo dan tiba-tiba keesokannya, mereka mendapat nota ugutan dari USA. Apakah mereka terdedah dengan intipan daripada satelit di angkasa?
Dan Ummul Qura yang di bawah seliaan Mufti itu, kononnya di dalam perhatiaan USA. Dan, kononnya ada kaitan dengan al-Qaeda. Bintang tidak mengerdip ini juga saya lihat di sebuah desa di Takeo, sekitar 30 km dari Vietnam. Ah! Ini mungkin telahan saja.
Habis mendengar cerita Zali, saya kemudian masuk tidur. Esok adalah pengalaman baru, berhari raya di luar negeri. Terjaga berulangkali juga kerana terdengar tekai berbunyi. Ia sejenis cicak besar (mungkin mengkarung?) Setiap kali haiwan itu berbunyi, setiap kali itu jugalah saya terjaga.
"Kalau nak tengok tekai tu, kat pejabat mufti pun banyak," kata Zali, ketika melihat saya terjaga akibat teguran tekai.
2:37 petang, 13 Disember
Sekolah Pemikiran Tonle Sap
http://anakchampa.blogspot.com
Pandangan anda boleh disalurkan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com.
2 comments:
salam sheikh...kali pertama rasanya melawat blog nih...anyway rasanya adik sahabat saya ke sana juga pada idul adha baru2 ini...saya tak check lagi gambar...nanti kalau ada saya beritahu...dia mewakili ayah pada kawan saya tu dan setahu saya...mereka anak beranak mmg bergilir2 untuk ke sana ...anyway, lupe kan perihal itu..cuma nak menyibuk2 kat blog saudara nih :)...apa2 pun...soal 1 sen yang kurang tu rasanya sheikh lupe penguatkuasaan tentang pemansuhan syiling satu sen yang mana ada bundaran pada perpuluhan (0.5) atau pada genapan (.0) :)....
Nov 2008 aku pergi ke Kg.Kampot. Aku diraikan oleh Us.Sulaiman dan melawat beberapa daerah dipersekitarannya.Aku mengucapkan berbanyak terima kasih kaum kerabat Us.Sulaiman serta penduduk di situ yang menunjukkan sikap dan nilai tradisi yang cukup baik.(Fr:Hj.Din)
Post a Comment