Oleh H Fansuri
Malaysia terbentuk pada 1963 secara rasminya melibatkan Sabah dan Sarawak tapi pada 1965 pula kita kehilangan Singapura. Hal ini jarang-jarang kita perhatikan walaupun jelas negara pulau itu jelas sekali disebut namanya dalam Perlembagaan Persekutuan sehingga ke hari ini.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak membawa acara sambutan Hari Malaysia itu ke Sabah, sebagai meraikan keanggotaan negeri itu dan Sarawak ke dalam penubuhan Malaysia.
Sebetulnya apa yang berlaku tempoh hari adalah, Najib sudah mula berkempen untuk pilihan raya yang akan datang. Hal itu dapat dikesan dengan jelas apabila semua saluran rangkaian televisyen menyiarkan ucapan Najib yang menyeru rakyat menyokong kerajaan BN pada malam sambutan Hari Malaysia itu.
Namun, pesan-pesan Najib pada acara sambutan Hari Malaysia malam itu akan menjadikan keadaan ini seperti nasihat sehala sahaja. Apakah Najib boleh mendengar nasihat dan pesan daripada rakyat?
Jika Najib cuma berani berpidato, menurunkan nasihat dan pesannya kepada rakyat, tapi tidak benarkan kita menyampaikan pesan kepadanya, ini tidak adil. Keadilan itu sangatlah penting dalam merumuskan kehidupan bernegara.
Pesan dan wasiat buat Najib
Jikalau Najib bersedia mendengarkan pesan dan amanat rakyat, maka di sinilah pesan pertamanya, iaitu Najib mesti sedar bahawa, Malaysia adalah antara negara yang masih menegakkan institusi kesultanan. Oleh itu, ketika Najib berada di Borneo, jangan lupakan kedudukan dan falsafah kesultanan itu sendiri.
Jangan dilupakan kesultanan yang berselerak di rantau Nusantara seperti Kesultanan Sulu, Kesultanan Sambas, Kesultanan Demak, Kesultanan Brunei dan Kutai Kertanegara dan lain-lain.
Ini kerana selepas negara-negara seperti Indonesia dan Singapura telah bertukar menjadi republik maka peranan institusi kesultanan itu mula dihapuskan.
Apabila disebut falsafah kesultanan itu maka hendaklah Najib insaf sedar bahawa, peranan sultan yang tak boleh dipinggirkan ialah, peranan raja dalam menyemarakkan agama dan menyebarluaskan dakwah ke seluruh pelosok Nusantara.
Fakta yang dicantum dalam dokumentari Syahadah terbaru sudah pun menyebutkan kedudukan Melaka sebagai 'abang' kepada Kesultanan Demak di Jawa.
Setidak-tidaknya, kita baru didedahkan tentang peranan Hang Jebat (Kiai Jebat) melatih pasukan askar Kesultanan Demak muda yang baru tumbuh itu sebagai tunas baru kerajaan Islam itu.
Bendahara, PM bukan pemelihara agama
Ini bermakna, selain sultan yang diiktiraf kedudukannya secara perundangan dan perlembagaan sebagai pemelihara agama, laksamana adalah wakil raja untuk membantu sultan melaksanakan hukum agama.
Dalam satu kes hukum bunuh di Siak umpamanya, laksamana dikirim untuk menyampaikan peringatan agar jangan sampai hal itu berulang lagi. Ketika ini era Sultan Alauddin Riayat Syah. Laksamana diberi anugerah kerana menjalankan amanah itu.
Kesimpulannya Najib perlu insaf sedar bahawa hingga kini tiadalah tercatat kedudukan PM, Bendahara sebagai pemelihara agama dan demikian juga dengan kedudukan Presiden di negara-negara republik.
Presiden republik dan PM bukan tersenarai dan termaktub dalam perlembagaan negara masing-masing sebagai jaguh pembela dan tembok benteng dalam urusan memelihara agama. Jadi, jangan Najib mahu mengira bahawa Umno dan dirinya atau partinya adalah parti pembela Islam hingga mengelirukan jiwa dan pemikiran rakyat yang lemah.
Seperkara lagi, sempena Hari Malaysia ini, Najib perlu insaf sedar bahawa Malaysia itu waris beberapa kesultanan; Melaka, Champa, Kelantan, Terengganu dan lain-lain. Untuk itu, Najib perlu ingat bahawa 'daulat' raja terletak pada 'rakyat', bukan atas Umno dan para pembesar dato'-dato' dan menteri semua.
Jika Najib faham hakikat ini maka beliau mesti menolak tanggapan tahyul dan anggapan kufur khurafat pasca moderen yang menyifatkan Umno itu parti keramat dan berdaulat dan kekal buat selama. Sedang raja-raja pun boleh bertukar-tukar takhta, inikan pula Umno? Bila-bila sahaja ia boleh digantikan.
Kedua, atas nama kedudukan negara ini yang memiliki raja-raja dan ketaatan ke atas raja-raja pun tidak bernilai mutlak sepenuhnya, maka ketaatan ke atas Umno tiada mutlak. Maka, ahli Umno bebas keluar parti itu. Mana-mana ahli Umno yang tidak mengundi Umno dalam pilihan raya lalu tidak boleh dihina sebagai tidak taat parti. Walhal taat kepada raja pun tidak mutlak, inikan pula kepada pemimpin Umno.
Najib perlu sedar bahawa hukum mentaati pemimpin negara bersifat harus, bukan wajib. Jikalau Najib tiada percaya, semak hukum ini dengan 40 agamawan muda yang baru masuk Umno itu.
Juga, Najib perlu sedar bahawa istilah 'Malay' itu bermaksud Melayu. Dan, istilah ini membentuk nama Malaysia, sekali gus menunjukkan bahawa Melayu adalah tuan atau penghulu ke atas negara ini.
Dan 1Malaysia sekadar melaungkan persaudaraan sesama bangsa, tapi ia kabur dalam menjelaskan 'hak kepenghuluan' bangsa Melayu itu, sedangkan kita memerlukan penghulu untuk menyatukan anak buah.
Rakyat miskin parah apabila hidupnya dibelenggu hutang
Apabila rakyat didahulukan, maka Najib perlu sedar bahawa apabila kerajaan sediakan kemudahan, itu bukan bererti rakyat terhutang kepada kerajaan. Apa yang berlaku di sini ketika kerajaan menyediakan kemudahan itu ialah, kerajaan cuba sedaya upaya melunaskan hutang-piutangnya kepada rakyat.
Di samping itu, Najib perlu insaf sedar bahawa pembasmian kemiskinan itu bermula dengan usaha bagi memastikan bahawa, tiada yang muflis di negara ini. Negara yang menanggung warga muflis itu adalah negara miskin. Apabila rakyat miskin dibelenggu hutang, maka mereka tidak bebas, hidup selalu diburu cemas dan dihantui ketakutan berganda.
Sehingga setakat ini, adakah Mohd Najib Abdul Razak bersedia untuk memahami pengajaran awal ini? Kita tanya sahaja, jangan marah. Sebetulnya banyaklah lagi pesan, amanat dan wasiat rakyat kepadanya untuk meluruskan perjalanan halatuju negara. Tapi, memadailah dilampirkan pesan ini sahaja dahulu.

No comments:
Post a Comment