Oleh H FANSURI
Riwayat tradisi cerita lisan banyak dipertuturkan 'penglipur lara'. Pendeta kelas bawahan ini mungkin menimba ilmu, mendulang ilham cerita rakyat ini dari Hutan Lipur?
Apakah makna lipur? Adakah ia sama dengan libur? Adakah 'penglipur lara' itu bermaksud 'penghibur' hati yang terluka, juga 'pelibur' jiwa yang sering gering gelisah, 'pelebur' hati keras diserang duka lara agar ia lembut dan lunak untuk mendengar nasihat?
Kalau bersantai, hal ini juga dikatakan sebagai berlibur. Di Indonesia cuti umum disebutkan 'hari libur'. Apa pun, daripada penglipur lara ini kita mendengar 'Melayuwiyyat' (diubah daripada Israeliyyat) yang juga dikenali sebagai mitos, lagenda atau dongeng.
Mutakhir ini, sudah ada kecenderungan kalangan sutradara drama yang mengambil tema penglipur lara dahulu; Siti Kelembai dan ada yang mengambil tema dan tajuk Habil dan Qabil.
Mungkin kesan ini terbit daripada sinetron Indonesia yang mengambil nama, tema cerita zaman dahulu. Apa pun, ini perkembangan menarik kerana ia boleh menjadi penangkis Kebudayaan Barat yang lama membelit fikiran masyarakat sejak era penjajahan.
Baru-baru ini, ada sebuah drama; Siti Kelembai. Ada dialog yang menyebut asal-usul Batu Gajah, Perak (Gangga Negara) dengan Sang Kelembai itu.
Sang Kelembai, Lebai Melayu?
Pada fikiran saya, Sang Kelembai bukan seekor haiwan. Mustahil binatang yang jauh lebih rendah taraf berbanding manusia boleh 'menegur' manusia sehingga menjadi batu. (Itu pun, kalaulah hal itu benar berlaku.)
Mustahil haiwan Sang Kelembai itu menegur, "Merahnya baju kebarung Dang Rosmah... Eh, Hang Najib nak ke mana tu? Belayar ke Mongolia tak ajak kita pun?" Mustahil Dang Rosmah, Hang Najib jadi batu dek 'teguran' sebegitu. Tidak lojik, sukar diterima akal waras.
Boleh jadi, mereka ini golongan muballigh dan pendakwah daripada jalur Tauhid sebelum Islam tiba atau pun ahli pertapaan yang sudah menerima pencerahan Tauhid di gunung-ganang seperti Nabi Ibrahim a.s itu.
Sang-sang Kelembai ini bukan seorang, tapi ramai yang keluar mengirim pesan dan 'teguran' dengan santun berpantun, berakhlak seperti akhlak nabi dan wali tetapi umat tidak mengendahkan 'teguran' mereka itu.
'Teguran' ke atas kemungkaran rakyat ini tidak diendahkan, lalu sebagai balasannya, Allah menurunkan azab yang pedih sehingga mereka menjadi batu seperti mana kaum terdahulu pernah jadi batu. Kejadian ini pernah disebut dalam Al-Qur'an.
Selain Sang Kelembai, kisah Si Tanggang (di Sumatera dikenali Malin Kundang) pernah disumpah jadi batu. Kita tertanya-tanya juga, adakah nama Tg. Malim itu terkait dengan sosok kondang itu? Wallahu'alam.
Arakian, hari ini sudah ramai muncul Sang Kelembai alaf baru, sehinggakan mereka sendiri tiada tahu, bahawa mereka itu pun sebenarnya Sang Kelembai jua adanya.
Berhari-hari mereka menyumpah seranah dan 'menegur' kemungkaran di dalam blog, wordpress, YouTube ke atas ahli siasah ketegar yang angkuh, berhati congkak, bongkak hingga akibat sumpahan seranah Sang Kelembai moderen ini, maka hati politikus itu pun jadi 'batu'.
Itulah digelar orang, manusia 'berhati batu' adanya. Lalu, sumpahan rakyat berdaulat yang berkeramat lewat undi pilihan raya sahajalah yang dapat memecahkan sumpahan hati batu itu, kalau pun tidak boleh diletupkan oleh bom C4 itu.
Syahadan, dalam Dialog Orang Muda (Dom) anjuran Biro Penulis Muda, Pena baru-baru ini membawa tajuk Sasterawan dan Politikus, siapa menunggang siapa.
Jika penglipur lara (pendeta, sang budiman) dan Sang Kelembai (sang lebai, agamawan) boleh diangkat sebagai sasterawan, maka 'perang' konflik silang sengketa yang diwarisi hari ini adalah konflik klasik warisan terdahulu sejak berabad lamanya, zaman berzaman.
Isunya bukan lagi siapa tunggang siapa, siapa yang sepatutnya menunggang siapa kerana jawapan dari sumber falsafah Greek; Aristotle, Plato dan semuanya sudah jelas – negara itu patut dipimpin failasuf...
'Manuskrip Melayuwiyyat' juga telah jelas merincikan bahawa, yang jadi persoalan, adakah ratu dengar 'teguran' atau tidak? Jika tidak, maka hukum petir, guruh, guntur dari langit akan bertindak – ahli siasah ahmak lagi jahil murakab itu akan disumpah menjadi batu atau dia akan disumpah 'berhati batu'!
Kisah I – Cerita Rakyat; Melayuwiyyat

Kisah II – Politik Penglipur Lara & DOM, Pena

No comments:
Post a Comment