Oleh H FANSURI
Akhirnya, persetujuan dicapai antara Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib Abdul Razak dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong baru-baru ini.
Antara rumusan ke atas keputusan terbaru ialah - Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) sebelum ini melibatkan Tg Pagar, Kranji dan Woodlands itu akan dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa Malaysia telah bersetuju menyerahkan tiga bidang tanah di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands dan tiga lagi di Bukit Timah milik KTMB kepada MS Pte Ltd dalam usaha melaksanakan pembangunan di kawasan itu.
Laporan sebelum ini turut menyebut bahawa pembangunan di tanah tersebut akan mula dilaksanakan oleh syarikat usahasama MS Pte Ltd yang disuntik dengan saham Khazanah Nasional (60 peratus) dan Temasek Holding (40 peratus).
Pembentukan syarikat itu masing-masing telah dipersetujui Lee dan Mohd Najib yang juga mengesahkan bahawa pembangunan tanah-tanah KTMB itu perlu diserahkan kepada M-S Pte Ltd.
Menurut laporan lain, sistem yang akan dilaksanakan itu akan dijadualkan beroperasi menjelang 2018, dan selepas itu, Malaysia mungkin akan terpaksa memindahkan stesen KTMB dari Woodlands ke Johor pula. Dengan cara demikianlah tanah negara terhapus di negara lain.
Najib dan Lee dikatakan telah bersetuju menubuhkan pasukan pelaksana bersama yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura untuk berbincang pelaksanaannya.
Selain itu, terbit laporan yang menyebut bahawa perancangan Singapura itu dilaksanakan supaya ia selaras dan selari dengan agenda pembangunan yang bakal dilaksanakan di Kampong Melayu Geylang Serai termasuk di Tanjong Katong.
Kedua-dua tempat yang kebanyakannya dihuni oleh orang Melayu di Singapura itu (Geylang Serai dan Tanjong Katong) dijadualkan akan dirobohkan ketika tempoh pajakannya berakhir pada 2011 kelak.
KETIKA NAJIB MUNGKIN 'DITIPU', APA TINDAKAN MAHATHIR?
Dalam suatu kenyataannya, Lee sendiri mengakui bahawa Malaysia akan akur kepada ketetapan yang dicapai kali ini, memandangkan Malaysia kini berada di bawah pentadbiran Mohd Najib yang menurutnya 'lebih mudah diajak berunding'.
Tetapi, Dr Mahathir yang lantang mengkritik Singapura tetap berdiam. Padahal dalam kes jambatan bengkok melibatkan Singapura dahulu, beliau dengan lantang sekali mengkritik kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy Jamaluddin dalam hal urusan jual beli pasir.
Dalam salah satu sindiran sinisnya, Dr Mahathir dalam ucapannya dengan jelas menyebut bahawa beliau sudah cukup pengalaman dengan Singapura, tetapi Abdullah, menurut Mahathir masih berbaik sangka dengan negara republik itu.
Sebagai termaklum, rasa terhutang budi Dr Mahathir terhadap Tun Abdul Razak sedikit sebanyak mungkin telah menyekat Mahathir daripada mengkritik Najib, anak Tun Razak yang banyak menolongnya suatu ketika dahulu.
Maka NGO Melayu Perkasa adalah suara Mahathir untuk mengkritik kepimpinan Najib yang dilantunkan melalui Ibrahim Ali. Namun, hari ini dalam kes melibatkan tanah Melayu di Tg Pagar kita tertanya apa usaha Perkasa-Mahathir memandangkan suara pertubuhan itu juga sebenarnya mewakili suara Mahathir yang anti Singapura.
Semoga Mahathir profesional dalam hal ini. Janganlah kerana didera oleh rasa serba salah kepada arwah Tun Razak, maka nasihat ke atas Najib itu Mahathir diamkan. Ini masalah negara. Najib perlu diselamatkan daripada ditipu.
Segagah-gagah Dr Mahathir, beliau ada juga kelemahannya; iaitu Najib adalah anak Tun Razak yang mempertahannya ketika beliau tajam mengecam kepemimpin Tunku Abdul Rahman suatu ketika dahulu.
ASAL PAP DARI MALAYSIA
Singapura tentunya berkeyakinan penuh bahawa keputusan yang tercapai lewat mahkamah antarabangsa nanti justeru akan memihak kepadanya. Republik itu yakin kerana mereka memiliki peguam yang fasih berhubung undang-undang antarabangsa.
Kekuatan ini tiada pada Malaysia yang pernah kehilangan Pulau Batu Putih sebelum ini ekoran kelemahan peguam Malaysia. Namun, sehebat-hebat PAP, mereka mesti ingat sejarah kemunculannya saat PAP masih mempunyai kedudukannya dalam parlimen Malaysia.
Lee anggota PAP pernah ada kerusinya di parlimen kita. Hakikat itu jangan dilupa. Mahathir pernah berdebat dengan Kuan Yew di parlimen Malaysia. Demikian juga susur galur sejarah kebangkitan parti PAP Singapura, deraf awal kemunculan parti itu, adalah hasil sentuhan wartawan veteran A Samad Ismail.
Juga, Lee pernah meminta bantuan Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari untuk menulis ucapannya dalam bahasa Melayu ketika mahu memukat undi Melayu agar berpihak kepadanya.
Dalam kejadian Singapura bercerai dari Malaysia pada 1965, siapa yang memberi hak buat Tunku yang memenggal Singapura sedang pulau republik itu tertakluk di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong sebagai yang tercantum dalam fasal Perlembagaan Persekutuan? Soalan ini masih kabur dan samar-samar juga.
Pada masa depan, Pakatan Rakyat (PR) mungkin perlu tinjau isu-isu pembangkang di Singapura. PR juga perlu daripada semasa ke semasa mengadakan perbincangan dengan beberapa buah parti pembangkang di Singapura untuk memikirkan hubungan kerjasama sesama mereka.
Tetapi, sebelum itu, kita haraplah Dr Mahathir dapat menyampaikan teguran ke atas Najib Razak dan lupakan soal terhutang budi beliau ke atas arwah Tun Razak sehingga tidak sanggup mengherdik Najib.
Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan negara, Najib perlu diberi diingatkan sebagai mana beliau lakukan ke atas Abdullah sebelum ini atas isu jambatan bengkok. Sekali lagi, kita berdepan dengan persoalan yang menuntut jawapan yang samar-samar.
Beranikah Dr Mahathir membantah Najib? Atau, setidak-tidaknya, menggunakan wadah Perkasa untuk membantah tindakan Najib itu?

No comments:
Post a Comment