Oleh H FANSURI
Ketika Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, televisyen banyak siarkan filem hantu seram sehingga ada yang bersinis, "Ini hari aidilfitri atau pesta hantu lapar?"
Ketika Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, televisyen banyak siarkan filem hantu seram sehingga ada yang bersinis, "Ini hari aidilfitri atau pesta hantu lapar?"
Sebenarnya, pada Ramadhan lalu, pada masa yang sama ia jatuh bertepatan pada bulan hantu lapar mengikut jalur faham keyakinan masyarakat Cina di negara kita.
Mengikut fahaman mereka, pada bulan hantu lapar ini, roh-roh jahat akan merayau-rayau mencari makanan. Ini tentu bersalahan dengan fahaman Muslimin bahawa, jin dan syaitan akan dirantai ketika Ramadhan.
Sebenarnya ada kenyataan daripada sami Buddha mengenai pesta hantu lapar ini. Menurutnya pesta ini tiada langsung dalam jalur fahaman Buddha dan amalan bukannya ajaran guru agung mereka.
BAGAIKAN BID'AH
Atau, dalam lain perkataan, perayaan ini bagaikan 'bid'ah' dalam ajaran Buddha. Bagaimanapun, Sin Chew Jit Poh, China Press, Nanyang Siang Pau dan lain-lain akhbar Cina mungkin tidak berminat mengupas dan mengulas isu-isu 'bid'ah' dalam ajaran Buddha kerana isu ini mungkin tiada sambutan atau tidak melonjakkan jualan akhbar.
Mereka mungkin lebih tertarik membaca kematian Beng Hock yang 'membunuh diri dengan cara mencekik lehernya sendiri'. Laporan berkaitan pembunuhan lelaki itu mungkin menaikkan jualan akhbar.
Ini berbeza dengan Muslim beraliran Wahabi yang masih berminat mendebatkan isu-isu yang didakwa sebagai amalan bid'ah seperti bacaan Yasin pada malam Jumaat, talqin, qunut dan lain-lainnya.
Malah, mutakhir ini, minat itu berkembang kepada kemunculan aliran mazhab baharu; Syiah dan gerakan al-Kahfi dalam universiti dan lain-lain aliran lagi.
Oleh kerana minat Melayu Muslim sangat besar terhadap hal ini, akhbar kita termasuk majalah bercorak Islam akan menghidangkan isu-isu ini memandangkan permintaan terhadapnya masih tinggi.
AMALAN SIHIR KELAS ATASAN
Dalam muktamar Abim ke-25 pada 1996, Presiden Abim ketika itu Dr Muhammad Nur Manuty sudah pun menjelaskan dalam ucapan dasar badan dakwah itu bahawa masih ada pemimpin Melayu (tepatnya Umno) yang masih setia bergelumang dengan ilmu hitam atau sihir.
Kini, 16 tahun berlalu, masih kita dengar desas-desus berhubung keterlibatan pimpinan yang terjebak dengan ilmu hitam. Jangan hairan kenapa televisyen banyak siarkan filem mengenai hantu dan amalan-amalan ilmu sihir ini. Jadi, isu ini kekal relevan.
Jangan salahkan masyarakat bawahan dan pengamal media 100 peratus. Bagaimana mahu bentuk suasana baik, jikalau sudah membenih kecurigaan kita terhadap amalan syirik ini di pihak kelas atasan?
Betapa seriusnya hal ini, maka ia mengundang kemarahan beberapa mahasiswa terhadap Rosmah yang didakwa mungkin terjebak dalam amalan itu.
Rosmah tiba di Universiti Malaya atas suatu acara lalu mereka menyimbah laluan isteri PM dengan cat dan melakukan contengan di dinding. Kes yang dibicarakan di mahkamah itu kini dikenali sebagai 'Rosmah Puaka'.
Lima pelajar terbabit; Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli didakwa di bawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.
Kesalahan itu didakwa berlaku pada 24 Jun tahun lalu di dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam sebelum Rosmah hadir dalam suatu majlis untuknya.
Perbicaraan terhadap kelima-lima tertuduh itu sudah berlangsung pada 16 Jun tahun lalu dengan pertuduhan bahawa, mereka telah menconteng perkataan 'bini puaka' dan 'pembunuh Altantuya' yang dirujuk kepada isteri PM itu.
Sama ada Rosmah benar-benar mengamalkan kegiatan itu, ia masih diperselisihkan. Tapi dia belum menjawab pendedahan di YouTube yang memuatkan hasil wawancara dan pendedahan berhubung kegiatan gelap beliau itu.
Dan, setakat ini tiada pula berita tersiar berhubung penangkapan orang-orang yang mendedahkan kegiatan Rosmah itu atas dasar fitnah. Jika Rosmah tidak mengambil tindakan, maka 'fitnah' ke atasnya itu akan berubah menjadi sesuatu tuduhan yang seolah-olahnya benar.
Sebagai Muslim, kita seharusnya bekerja keras bagi memastikan kerja-kerja amalan memuja hantu dan upacara khurafat dan tahyul ini dihentikan segera.
Negara perlu memutuskan apakah pendiriannya terhadap amalan sihir? Adakah amalan sihir itu jenayah dan adakah pengamal sihir atau orang yang mengupah bomoh dan dukun itu juga boleh ditakrifkan sebagai penjenayah juga?
Jika benar ia suatu jenayah, adakah boleh kita menubuhkan pasukan khas polis anti ilmu sihir yang membolehkan mereka membuat serbuan dan penangkapan ke atas para penjenayah ilmu hitam ini?
Jika tidak, akan semakin ramailah penuntut ilmu salah ini dan semakin ramailah orang minyak, jenayah pukau semakin berleluasa dan masyarakat semakin binasa sementara tiang-tiang aqidah pun akan dirosakkan sedikit demi sedikit.
Ya, jangan disalahkan filem hantu, filem seram di hari lebaran sahaja. Filem kita wajah kita. Masyarakat yang bersikap 'tidak apa' ke atas ilmu hitam ini secara tidak langsung ada sahamnya kerana 'bersekongkol' walaupun mereka tidak mengamalkannya.
1 comment:
saya tak pergi mendengar perbicaraan 5org mahasiswa tersebut tadi, kerana ada eexam..tapi sy dapat berita dari sahabt yg pergi, mereka memberi tahu mereka berlima didapati tidak berslh...alhamdulillah atas pertolongan Allah...
kenapalah Rosmah takut sgt ye kalau dia tak buat...tu baru terbaca tulisan...huhu~
suka2
Post a Comment