Oleh H FANSURI
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini di dalam ucapannya berkata, Perkasa perlu menyatukan Melayu menjelang pilihan raya kali ini.
Kita tidak boleh menolak suatu hakikat bahawa, Dr Mahathir masih lagi menjadi penentu kepada tarikh pilihan raya umum. Apabila Dr Mahathir menyatakan bahawa sekarang adalah masa terbaik untuk PRU maka kita akan dapat melihat dengan jelas beberapa teriakan histeria menteri-menteri mengalir di celah kaca televisyen.
Soalan yang perlu dijawab ialah - adakah Perkasa mampu menyatukan Melayu menjelang pilihan raya?
Jawapannya, Melayu mungkin sulit disatukan kerana Umno telah mengecewakan ramai Melayu. Maka, kelahiran Perkasa bagi menyatukan Melayu ini seolah-olah menjadi projek saingan Umno pula.
Perkasa tidak perlu diwujudkan pada zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kerana Dr Mahathir boleh menegur kepemimpinan Abdullah secara langsung.
Tetapi, bagaimanakah Dr Mahathir mahu menegur Mohd Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansur? Hal ini sulit dilakukan kerana Najib membawa Dr Mahathir masuk dalam Umno selepas beliau keluar parti itu sebagai langkah protes terhadap kepemimpinan Abdullah.
Maka, ketika Mohd Najib sudah menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir terpaksa menggunakan saluran Perkasa untuk menegur kepemimpinan Mohd Najib ini. Ibrahim Ali sangat sesuai dengan tugas ini.
Perkasa dapat bertahan kerana pertubuhan itu didokongi oleh Dr Mahathir. Pada ketika penubuhannya, Dr Mahathir diberi ruang untuk berucap. Sama ada orang-orang sedar bahawa Perkasa ini adalah proksi Dr Mahathir atau tidak, hal ini kita tidak begitu pasti.
Ibrahim Ali satukan Melayu?
Tetapi, niat 'suci' Perkasa itu memang berdepan dengan suatu masalah baharu. Ibrahim Ali yang pernah ada rekod melompat parti daripada Umno Baru (Melayu A), menuju kepada Semangat 46 (Melayu B) ini, mungkinkah layak memikul beban amanah dan tugas menyatukan Melayu kini?
Rekod sebelum ini menunjukkan Ibrahim pernah keluar parti Melayu; Umno dan kemudian bergabung dengan Semangat 46 yang kemudian rebah. Dalam keadaan kucar-kacir, apakah Melayu boleh bersatu di bawah payung Perkasa?
Kalau pun Melayu boleh disatukan di bawah Perkasa, adakah Perkasa akan menjadi parti politik untuk menggantikan Umno? Dan, akan ada lebih banyak persoalan berbanding jawapan.
Kesilapan Umno paling ketara ialah pemimpin parti itu tidak pernah jujur dalam mengkaji kekalahan mereka dalam pilihan raya umum yang lalu.
Dan jikalau Melayu itu dikatakan tidak bersatu menurut tafsiran Umno, tak pernah pula Umno bersikap jujur mengakui kesilapan sekali gus mengkaji sebab-sebab kenapakah Melayu itu tidak bersatu.
Beberapa persoalan yang perlu dijawab
Bagi menilai kejujuran dan juga keikhlasan Umno dalam hal menyatukan Melayu ini, soalan-soalan ini perlu dijawab oleh Umno sendiri.
Pertama adakah Umno tahu bahawa antara sebab kesatuan tidak dapat dicapai adalah disebabkan Umno enggan melaksanakan hudud? Umno bukan kritik pelaksanaan hudud, malah kritikan Umno itu teruslah menjurus ke arah hukum hudud itu sendiri.
Adakah Umno sedar bahawa PAS akan terbubar dengan sendirinya apabila Umno akan meletakkan Al-Qur'an dan Hadis sebagai perlembagaan parti tersebut? Maka, dengan terbubarnya PAS (jika Umno itu bersedia menukar perlembagaannya), maka Melayu tidak lagi berpecah menurut fahaman Umno.
Soalnya, adakah para pemimpin Umno itu bersedia menukar perlembagaan parti tersebut?
Keduanya adakah Umno sedar dan mengakui bahawa dahulunya mereka pernah bersatu dengan PAS di bawah suatu pakatan yang bernama Perikatan?
Dan, kalau penyatuan PAS - Umno di bawah Perikatan merupakan lambang perpaduan Melayu, adakah Umno bersetuju mengakui bahawa merekalah pemusnah perpaduan Melayu sekitar 1970-an itu, apabila mereka menendang keluar PAS daripada pakatan tersebut?
Ketiga, adakah Umno akan bersedia untuk tampil menjelaskan segala perkara yang melibatkan fitnah-fitnah ke atas PAS dan lain-lain individu kiri selama ini?
Cukuplah tiga perkara sahaja yang dimajukan buat Umno. Dan, jika Umno gagal atau sudah tidak dapat menjawab persoalan ini, maka semoga Perkasa dapat menjawabnya bagi pihak Umno pula.
Melayu perlu bersatu dalam berdakwah
Kalau Perkasa mahu menyatukan Melayu, maka unsur dakwah diperlukan. Adakah NGO Perkasa akan bersedia meletakkan kedudukan pertubuhan itu sebagai badan dakwah?
Melayu adalah antara bangsa terawal yang menegakkan Islam di Malaysia selain muballigh Arab. Islam itu pula tertegak di negara ini melalui jaluran dakwah.
Di sini, mungkin Perkasa boleh fikir semula, apakah badan Melayu Perkasa boleh bekerjasama dengan PAS sebagai badan dakwah untuk menyenaraikan terhadap kerajaan beberapa tuntutan dakwah mereka, khasnya yang terkait dengan persoalan tauliah, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP)?
Sebagai termaklum, isu tauliah dan AMCP ini, kedua-duanya ini telah diwujudkan di bawah bumbung 'madrasah' pemerintah Dr Mahathir. Sudikah Perkasa, Ibrahim Ali bersatu hati hati dengan kami dalam membincangkan kedua-dua isu ini?

No comments:
Post a Comment