Oleh H FANSURI
Kalau Umno sudah mencapai darjat dan martabat 'ketuhanan', maka ia wajib dijatuhkan dengan tangan, undi-undi rakyat. Tanpa dosa yang terpalit di tubuh Umno sekali pun, maka ia wajib diturunkan kerana ia sudah diangkat ke tahap dewa-dewa yang berkuasa di langit kayangan.
Bagaikan panglima perang Khalid Al-Walid yang tiada dosa apa pun, (malah beliaulah yang membawa kemakmuran dalam perang), maka seperti itulah Umno wajib diturunkan sebagaimana Umar Al-Khatab memerintahkan Khalid diturunkan daripada jawatannya dalam peperangan.
Kenapakah Khalid digugurkan? Atas dosa yang mana? Atas dosa apa? Bukan...si Khalid tiada salah apa pun. Umar r.a menurunkan beliau kerana semangat berkobar-kobar dalam kalangan umat Islam saat itu. Mereka mendewa-dewakan Khalid dalam peperangan sehingga melupakan faktor Tuhan dalam perang.
Akhirnya, umat Islam 'bertuhankan' Khalid! Khalid tak bersalah, dia cuma panglima perang yang turun menjalankan tugasnya memerangi musuh sebagaimana layaknya dia laksanakan seperti selalu.
Maka, jikalau rakyat, khasnya Melayu, Muslimin di negara ini sudah mendewa-dewakan Umno sebagai berhala kemakmuran dan bertuhankan Umno, maka berhala Umnolah perlu diroboh tanpa dosa apa pun demi menyelamatkan rupa paras akidah dan kepercayaan orang-orang Melayu muslim di negara ini.
[Apatah lagi, dalam keadaan sekarang Umno sudah jauh sesat terbabas dari landasan benar, maka tentu lebih berganda hujah-hujah untuk menjatuhkan Umno itu.]
Umno BN 'jaga' anak dalam perut ibunya?
Ketika masih berkuliah di USM, saya mendengar ucapan seorang tokoh Umno Pulau Pinang menyebut, lebih kurang begini, “Kerajaan 'menjaga' anak tuan-tuan sejak mereka dalam perut ibunya lagi...”
Agaknya (hakikat sebenarnya) siapa yang menjaga anak-anak kita yang berada dalam kandungan perut ibunya? Betapa tergamaknya pemidato itu menggunakan perkataan yang melampau-lampau.
Mungkin beliau maksudkan 'jaga' anak itu adalah kerajaan beri perhatian ke atas kesihatan bayi dan BN berikan rawatan yang dianggap sempurna untuk memudahkan kelahiran bayi-bayi daripada kandungan perut ibu mereka. Tetapi, jangan sampai terbawa-bawa dengan perasaan seolah-olah BN itu segalanya.
Itu kisah lebih kurang 10 tahun lalu yang masih terpaku dan ucapannya terpahat buat selamanya dalam ingatan. Cara, gaya intonasi suara itu seolah-olah faktor Ketuhanan hampir tiada langsung.
Baru-baru ini, ada seorang kenalan menyatakan bahawa Umno itu Kalam Allah. Tafsiran beliau, 'kerana kalam yang dipegangnya, Umno berjaya menjadikan beratus malah berjuta manusia tahu membaca dan menulis dan menjadi berilmu dunia dan ilmu akhirat.'
Beliau juga bertanya kalau-kalau ada pihak yang mahu membantah? Saya berjanji akan membantah hal ini. Walaupun, beliau sudah menarik balik, tetapi ia mesti ditulis sebagai peringatan buat kalangan ahli-ahli Umno akar umbi hingga ke peringkat daun dan buah-buah kepemimpinan agar tidak terlanjur lagi.
Apa tafsiran Kalam Allah?
Sebelum Umno wujud, sudah banyak kitab dikarang, tuan guru alim ulama mengajar rakyat membaca dan menulis dalam tulisan Jawi, tetapi mereka tidak digelar atau tidak mahu digelar Kalam Allah. Juga, rakyat tidak pula digerakkan fikiran mereka untuk menggelar tuan guru mereka dengan gelar tersebut.
Setidak-tidaknya, ada dua gelaran khas berhubung Kalam Allah, Kalamullah, iaitu Musa Kalamullah atau Al-Quran Kalamullah. Tetapi, Umno Kalamullah ini mana riwayatnya?
Jika Umno digelar Kalam Bangsa, maka hal itu masih boleh diterima kerana kalam itu disandar kepada bangsa, rakyat dan umat. Tetapi apabila Umno mahu disandarkan sebagai kalam dan kalam itu disandar kepada Allah, Zat Yang Mahu Agung, mana catatan dan riwayatnya?
Jika Kalam Allah itu ditafsirkan sekadar makhluk Allah yang berjuang menyebarkan ilmu sehinggakan berjuta-juta orang dapat membaca dan menulis sekali pun, maka hal itu, menurut saya, menurun darjat Tuhan, dan dalam masa sama menaikkan darjat Umno di negara ini.
Maka, akan ada ruang untuk diangkat parti PAP di Singapura, Republikan Amerika dan lainnya sebagai Kalam Allah juga yang menyebabkan ramai orang boleh membaca, menulis.
Membaca dan menulis belum tentu menatijahkan hal-hal yang baik. Berapa ramai orang menulis untuk memfitnah orang lain? Lalu, di atas nama itu Umno adalah Kalam Allah yang mengajar umat membaca dan menulis sehingga memfitnah orang lain? Ini memburukkan nama Tuhan secara tidak sengaja.
Seperti yang disebut tadi, adalah lebih baik disandarkan 'Kalam' dengan 'Bangsa' umpamanya. Biarlah, kalau buruk sekali pun, maka yang buruk adalah nama Umno juga, dan bukannya nama Tuhan.
Orang akan berkata, “Inilah (Umno) Kalam Allah yang mengajar warga kerja Utusan menulis, melapor kisah-kisah penipuan, penyelewengan, fitnah dan liwat sehingga rosak pemikiran bangsa kita...”
Baru-baru ini, saya terjumpa dua nas Al-Quran (Luqman: 19 dan Al-An'am: 70) dalam kertas bungkus nasi lemak (21 Januari 2010), ruangan ADAP). Kertas pembungkus itu adalah Utusan (Umno miliknya sejak 1961 ketika Mogok Utusan dilancarkan wartawannya bagi menghalang Umno menguasainya).
Dalam keadaan beginikah (ayat Al-Quran dihinakan Utusan Umno kerana terlepas pandang), kita mahu nobatkan Umno Kalam Allah? Dalam keadaan akhbar siarkan nombor ekor itukah kita ingin mendakwa bahawa Umno itu Kalam Allah?
Saat Umno dianggap segala-galanya (Tuhan) maka saat itulah Umno wajib dijatuhkan walaupun Umno tidak berdosa. Niat menyebut Umno Kalam Allah, lahir daripada rasa kagum bahawa Umno itu segala-galanya. Ini termasuk dalam daerah pujian ke atas Tuhan sebetulnya.
Juga, ucapan seperti Umno; dahulu, kini dan selamanya (Kekal?) adalah mirip pujian buat Allah. Umno jatuh, maka Melayu terancam - ini seolah-olah mengangkat Umno itu kepada makam Al-Wali; (Asmaul Husna, Pelindung) dan seperti menolak-Nya sebagai Al-Wali sejati yang membantu Melayu Muslim.
Sebab itu, ketika 'kebesaran' Umno telah menyerap ke dada umat Melayu Muslim, maka seperti Khalid Al-Walid, Umno wajar ditolak dengan undi sekali pun ia tiada salah apa pun. (Kalau salah apatah lagi?)

No comments:
Post a Comment