Oleh H FANSURI
Dalam Belanjawan Seluar Dalam, dengan tidak semena-mena, Permata Pintar Rosmah sudah mendapat peruntukan sebanyak RM111 juta. Sejak bila projek Rosmah menjadi projek negara ini?
Dr Mahathir sendiri telah kecut perut dengan Rosmah, dan tidak berani menyanggah Najib seperti yang beliau lakukan sebelum ini ke atas Abdullah. Dr Mahathir tidaklah berani bertanya, "Siapa dia Rosmah ini? Menterikah dia?" Soalan inilah yang Umno sedang tunggu, menantikan keberanian Dr Mahathir.
Dr Mahathir 'berani' sanggah Khairy dengan bertanya, "Siapa dia Khairy ini? Menterikah dia..." kerana beliau tidak suka Abdullah. Kerana takut membidas Najib secara 'lelaki budiman', Perkasa diwujudkan. Tapi, dalam bab menegur Rosmah, NGO ini seperti 'mati pucuk' lalu dinamakan 'Perkasam' oleh rakyat.
Tidak cukup dengan RM111 juta itu, maka Permata Negara mewujudkan tabung khas bagi mengumpul sumbangan syarikat korporat dan swasta untuk membiayai pembangunan Permata Pintar itu.
Rosmah, Penaung Permata, berkata pada masa ini program itu tidak mempunyai dana khusus untuk syarikat korporat dan swasta menyalurkan sumbangan bagi membantu membiayai program Permata.
'Lanyak' duit korporat untuk 'berlibur' ke luar negara?

"Kita perlu wujudkan tabung ini segera kerana memerlukan dana berikutan program ini tidak hanya bertumpu dalam kelas tetapi juga di luar kelas termasuk membawa kanak-kanak ini ke luar negara untuk menambah pengetahuan selain berkongsi pandangan dengan kanak-kanak pintar dari luar negara.
"Kita berharap syarikat korporat dapat menyalurkan dana sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR). Justeru, kita perlu daftar dan buka akaun atas nama Permata Pintar secepat mungkin," katanya di Universiti Kebangsaan Malaysia pada pertengahan Disember lalu.
Sebenarnya, tiada acara ke luar negara yang disusun dalam Permata ini. Semuanya, sudah lengkap. Dan ini semua mungkin diada-adakan oleh Rosmah sendiri. Saya ikuti Permata ini dan mendapati, bahawa hal membawa anak-anak ini ke luar negara ini sebenarnya tiada dalam silibus perancangan.
Timbul persoalan baharu di sini, adakah ini semua timbul daripada sikap Rosmah yang suka melancong ke luar negara? Maka, digunakan projek negara untuk memuaskan keinginannya untuk melancong itu?
Modus operandi untuk melancong secara bersih?
Setakat ini, sekurang-kurangnya ada dua kaedah yang lakukan untuk berlibur. Pertamanya, dengan duit rakyat, iaitu dengan mengikuti suaminya Mohd Najib dalam lawatan ke luar negara.
Dan kedua dengan cara membuka akaun baharu untuk korporat menaja liburan ini atas nama kononnya mahu membawa anak-anak pintar ini bergaul dengan anak-anak pintar di seluruh dunia.
Jadi, setidak-tidaknya satu modus operandi Rosmah telah berjaya dikesan setakat ini. Modal liburan itu jika tidak dapat dilibatkan dengan (duit rakyat) pemergian Najib ke luar negara maka ia akan terlaksana di atas nama Permata dengan suntikan modal awal, dana sulung daripada syarikat korporat kelak.
Mohd Najib seharusnya berasa insaf sedar bahawa peranan syarikat korporat di negara ini amat banyak dan bukanlah suatu keperluan pun untuk membawa anak-anak Permata ini ke luar negara.
Peruntukan RM111 juta sudah pun diberikan kepada 'madrasah' Permata Rosmah sebelum ini. Apa lagi yang belum cukup pada Rosmah? Tiada syak lagi. Ini timbul daripada nafsunya suka berbelanja mewah itu. 'Perkasam' sudah 'mati pucuk', Dr M hilang 'telur' dan Najib jadi bacul dayus berdepan Rosmah ini.
Yang tinggal kini adalah kelompok manusia Umno yang susah hati memikirkan siang malam mengenai tatacara baru dan kaedah yang tersusun untuk menumbangkan Rosmah itu.
“Tiada cara lain,” kata seorang ahli Umno Kepala Batas, “melainkan cara yang terakhirnya orang-orang Umno itu mesti tumbangkan Najib seperti mana Abdullah ditumbangkan dalam pilihan raya 2008.”
Sebagai suami, Mohd Najib perlu mendidik dan menasihati Rosmah yang belum teruji dalam lapangan intelektual itu. Apakah kelayakan Rosmah sehingga mahu menyusun kerangka 'madrasah' Permata itu?
Rosmah dicabar rumuskan 'Penyata Rosmah'
Kalau benar-benar Rosmah itu intelektual, kita cabar Rosmah untuk keluarkan Penyata Rosmah, setaraf Penyata Razak (arwah bapa mertuanya) dan Penyata Rahman Talib. Adakah beliau sanggup?
Kata Rosmah, Permata Negara akan memulakan Program Pendidikan Menengah Tinggi Permata Pintar bagi pelajar pintar cerdas di Tingkatan Empat, bermula tahun depan yang akan diletakkan di bawah Pengurusan Pusat Permata Pintar Negara, UKM.
Sekali imbas, seperti cantik rupa paras luaran Permata yang dihias dandan dengan tangan intelektual di belakangnya. Ya, sebenarnya cendekia di belakang Rosmahlah yang menyusun semua ini dengan baik.
Jika RM111 juta itu dihanguskan buat Rosmah, mungkin banyak rentung acara di luar negara. Mungkin itulah sebabnya peruntukan ratusan juta 'Belanjawan Seluar Dalam' tidak mencukupi sehingga ada syor untuk 'mengganggu' kantung wang syarikat korporat pula?
Najib dan Rosmah masih bernasib baik kerana rakyat ketika ini cuma tertumpu kepada persoalan remeh dan bersifat popular. Maka, hal halus seperti yang sedang dilaksanakan Rosmah ini akhirnya tenggelam begitu sahaja dibuai arus berita-berita lainnya.

No comments:
Post a Comment