Oleh H FANSURI
Dari Abdullah bin Umar katanya: Ketika kaum Muslimin baru tiba di Madinah, berkumpul menunggu waktu sembahyang kerana belum ada cara untuk memberitahu.
Pada suatu hari, mereka bermesyuarat tentang cara pemberitahuan waktu; ada yang mengatakan supaya menggunakan loceng seperti Nasrani dan ada pula yang mengatakan supaya menggunakan trompet seperti Yahudi. Maka berkata Umar bin al-Khattab r.a:

"Bukankah lebih baik menyuruh seseorang berteriak atau memberitahu waktu solat?" Bersabda Rasulullah s.a.w: "Hai Bilal, pergilah dan ajaklah orang-orang bersolat.” (Hadis riwayat Muslim)
Hadis ini menceritakan sejarah awal bagaimana azan mula diperkenal di Madinah. Orang Islam sendiri mungkin tidak mengetahui sejarahnya awal azan tercipta. Ini bermakna pendidikan kebangsaan kita ada masalah dan lemah kerana tidak merincikan perkara-perkara asas.
Sebab itu, boleh berlaku bantahan golongan bukan Islam ke atas azan yang dilaungkan di Kerinci. Dan, hal itu ditangani dengan mudah apabila penduduk di kawasan berkenaan lebih ramai Muslim.
Maka tindakan telah dibuat di pihak Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Mereka menuntut Jawi menjelaskan hal arahan agar sebuah masjid di Pantai Dalam di ibu negara memperlahan laungan azan.
Walaupun Jawi menafikan pernah mengeluarkan arahan, namun naib ketua pemudanya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz bertegas agar Jawi memberi penjelasan lanjut, demikian menurut suatu laporan.
Dalam memorandum berkenaan, beliau turut mendakwa bahawa masjid tersebut menerima arahan agar memperlahankan laungan azannya ekoran satu aduan kepada perdana menteri.
“Semua pihak perlu menerima bahawa Islam adalah agama persekutuan,” kata beliau. Sehubungan itu, juga, beliau menggesa supaya Jawi juga mengeluarkan garis panduan mengenai penyiaran azan, tarhim serta kuliah di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.
"Ini kerana majoriti penduduk di sekitar kawasan masjid adalah dari kalangan umat Islam. Tidak timbul soal suara azan mengganggu penduduk sebab lebih ramai umat Islam menetap di kawasan itu," katanya lagi. Keadaan mungkin berlaku sebaliknya jika penduduk di situ ramai dalam kalangan bukan Muslim.
Oleh itu, kemungkinan hal ini berlaku lagi akan selalu ada. Sekali lagi, dakwah perlu berterusan kepada warga non-Muslim di negara ini.
Sejarah Azan
Sejarah azan berlaku apabila wujudnya kesulitan untuk memanggil umat Islam menunaikan solat secara berjemaah. Satu mesyuarat dalam kalangan sahabat diadakan bagi membincangkan kaedah memanggil semua orang bersolat tepat pada waktunya.
Maka, ada banyak syor diusulkan seperti yang tercatat dalam hadis. Salah satu daripada usul itu datang daripada Umar r.a yang mengesyorkan agar seseorang bertindak sebagai penyeru kaum Muslim.
Saranan ini kebanyakannya dipersetujui semua orang, termasuk Rasulullah s.a.w. memandangkan banyak syor lain lebih mirip amalan kaum kafir.
Namun yang menjadi persoalannya kini, bagaimana pelaksanaannya? Abu Dawud menyebut bahawa Abdullah bin Zaid r.a meriwayatkan: "Ketika cara memanggil Muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidur aku bermimpi melihat ada seseorang sedang memegang sebuah loceng. Aku dekati orang itu dan bertanya kepadanya apakah ia ada maksud hendak menjual loceng itu. Jika memang begitu aku memintanya untuk menjual kepada aku saja."
Orang tersebut malah bertanya, "Untuk apa?" Aku menjawabnya, "Bahawa dengan membunyikan loceng itu, kami dapat memanggil kaum Muslimin untuk menunaikan solat."
Orang itu berkata lagi, "Adakah kau mahu jika aku ajarkan cara yang lebih baik?" Dan aku menjawab "Ya!"
Lalu dia berkata lagi, dan kali ini dengan suara lantang, "Allahu Akbar, Allahu Akbar.." Ketika esoknya aku bangun lalu menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan perihal mimpi itu.
Dan baginda bersabda: "Itu mimpi yang sebetulnya nyata. Berdirilah di samping Bilal dan ajarkan dia mengucapkan kalimat itu. Dia harus melaung azan seperti itu dan dia memiliki suara yang lantang."
Lalu aku pun melakukan hal itu bersama Bilal. Rupanya, mimpi yang serupa dialami pula oleh Umar r.a, beliau juga menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w bersyukur kepada Allah s.w.t di atas semua petunjuk tersebut. Sekian, tamatlah kisah awal disyariatkan azan.
Hormati sifat tolak ansur Melayu
Hari ini, ada orang bangkit mempertikai suara azan itu bising, padahal ketika awal-awal mahu disusun azan itu, sudah ada syor meniru loceng-loceng orang Nasrani yang juga bising. Hal membunyikan azan dengan loceng ini mirip bunyi loceng yang diamalkan oleh para penganut Hindu hari ini.
Juga, ada syor untuk meniru bunyian trompet seperti bangsa Yahudi memanggil bangsanya menunaikan solat mereka. Bunyian trompet ini juga menimbulkan kebisingan.
Tetapi akhirnya kita dapati tiada orang Islam di negara ini yang mencemuh bunyian loceng Kristian dan loceng Hindu kerana kita saling mengerti tujuan hidup beragama bangsa-bangsa lain.
Juga, tiada penentangan terbuka ke atas sambutan tarian naga yang disambut meriah walaupun ia bising kerana Melayu beragama Islam menghormati dan menerima kebudayaan itu disambut di negara ini.

No comments:
Post a Comment