Oleh H FANSURI
Saya kira, sudah ramailah orang yang bertembung dengan pemandangan ini - lelaki memakai pakaian t-shirt arak Carlsberg lalu bersolat Jumaat di sebuah masjid.
Saya kira, sudah ramailah orang yang bertembung dengan pemandangan ini - lelaki memakai pakaian t-shirt arak Carlsberg lalu bersolat Jumaat di sebuah masjid.
Kedua, seorang pemandu berbangsa Melayu memandu lori arak Carlsberg di jalan raya. Ketiga, kelibat pelayan Melayu menghidangkan arak kepada para pengunjung bar.
Mungkin sudah ramai yang tahu kedudukan haramnya arak. Tetapi, belum ramai yang mengetahui yang perusahaan arak, penghasilannya melalui memerah anggur dan setiap cabangan yang terkait dengan hal perusahaan arak itu juga tetaplah haram.
Tentang hal ini, seorang rakan bukan Islam mengirim sms ke telefon bimbit saya lalu bertanya, "Dalam Islam, apakah wujud larangan agar orang Islam tidak dibenarkan bekerja, menjual barangan haram?"
Lalu, hal itu saya jawab dengan sepotong hadis, Diriwayatkan daripada Anas r.a, "Bahawa Rasulullah s.a.w telah melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak - orang yang memerah arak (1), orang yang diminta arak diperahkan untuknya (2), orang yang meminumnya (3), orang yang membawanya (4), orang yang meminta dibawakan arak kepadanya (5), orang yang memberi minum arak kepada orang lain (6), orang yang menjual arak (7), orang yang mendapat hasil daripada arak (8), orang yang membeli arak (9), orang yang meminta dibelikan arak untuknya (10)."
{Hadis riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi}
Daripada 10 orang yang dilaknat itu, adalah 'orang yang membawa arak', 'orang yang memberi minum arak kepada orang lain', 'orang yang menjual arak', dan 'orang yang mendapat hasil daripada arak'.
Setidak-tidaknya, dengan hadis ini, memang jelas hukum haramnya apabila ada Melayu yang bekerja di premis arak.
Ketempangan pendidikan agama
Mutakhir ini, makin jelas orang Melayu sendiri tidak tahu bahawa segala perusahaan berkaitan arak ini hukumnya haram. Kekeliruan dan ketempangan yang terjadi dalam pendidikan ini perlu segera disiasat.
Adakah pengajian Islam di sekolah rendah dan menengah tidak menjelaskan kedudukan arak ini hingga hal ini tidak diambil peduli oleh masyarakat awam?
Sama ada sedar atau tidak, pendidikan agama aliran kebangsaan kita masih juga rapuh kerana ia tidak memberi kefahaman kepada orang bukan Islam berhubung prinsip yang tertera di dalam agama Islam.
Apabila kita menyentuh soal pendidikan negara dan hubungannya mengenai ketetapan halal dan haram, maka sudah tiba waktunya untuk kita kembali meneliti Rukunegara yang merincikan kedudukan Tuhan sebagai 'teras' terhadap apa-apa jua tindakan dan dasar kehidupan bernegara kita.
Ini kerana, Rukun Negara menjelaskan prinsip pertama; Kepercayaan Kepada Tuhan. Justeru, ada suatu perkembangan menarik jika masyarakat bukan Islam di negara ini mula melihat segala isu ini bersandar kepada agamawan masing-masing dan bukan berpandukan kata-kata pimpinan politik kepartian.
Terbaru, Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya diadakan majlis dialog antara agamawan bagi menyatukan pendirian agama-agama berhubung pelbagai masalah sosial.
Hal ini, menurutnya, boleh dibahas dengan memberi tumpuan ke atas industri perjudian, arak dan zina.
Tambahnya, jika pertemuan ini boleh dilangsungkan, akan wujud gambaran baharu kepada masyarakat Malaysia, bahawa bukan hanya agama Islam yang mengharamkan ketiga-ketiga perkara tersebut.
Malah, Buddha, Hindu dan Kristian turut mengakui hal sama. Agak aneh jika negara bertuhan menolak hukum agama walhal Rukun Negara meletakkan asas utamanya – Kepercayaan Kepada Tuhan.
Cabaran utama kita ialah – usaha keras kita mengakrabkan setiap ahli masyarakat ini dengan pemimpin agama masing-masing jika kita mahu menumbangkan pemimpin politik sekular.
Misalnya jika ditakdirkan MCA, MIC berkeras supaya perjudian, arak dan rumah urut (zina) dihalalkan dengan perlesenan, maka bagaimana kita mahu akrabkan penganut Hindu, Buddha, Kristian agar terus memihak pendirian agamawan mereka yang menolak arak, perjudian dan perzinaan?
Inilah cabarannya, kerana sudah terlalu lama kita melihat keadaan di mana pemimpin parti politik itu seolah-olah berhak memutuskan semua perkara, hatta termasuk hal-ehwal keagamaan sekali pun.
Daripada pendirian politikus kepada pendirian agamawan
Misalnya, sebelum ini, MPSJ sudah menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras. Namun arahan itu telah ditarik balik.
Menyentuh hal itu, MB Kelantan bertegas bahawa orang-orang Islam tak dibenarkan bekerja di premis-premis tersebut yang jelas menyediakan makanan dan minuman diharamkan.
Ya tentu sahaja kita memerlukan masa yang lama bagi meyakinkan setiap ahli masyarakat untuk pulang berpaut kepada pendirian agamawan masing-masing.
Mudah-mudahan, ketika Melayu, Cina dan India memegang prinsip agamawan masing-masing dan menolak pendirian parti politik mereka (yang mengesahkan amalan haram itu melalui perlesenan), maka perlahan-lahan semua perusahaan haram ini akan berkurangan sedikit demi sedikit.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
No comments:
Post a Comment