Oleh H FANSURI
Menurut hemat saya, keistimewaan Hang Tuah jikalau dibandingkan laksamana lainnya adalah terletak pada kesetiaan kepada tuannya; raja. Itulah sebab kenapa beliau diangkat sebagai hulubalang terbaik.
Ramai yang melihat hulubalang itu hebat ilmunya, kuat dan perkasa. Tapi, yang sebetulnya nama beliau itu diangkat sebagai pahlawan terbilang kerana sikap setianya.
Laksamana Hang Tuah tidak seperti sahabat seperguruannya; Hang Jebat. Manakala, Laksamana Megat Seri Rama yang menikam Sultan Mahmud di Johor (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang) telah dianggap penderhaka walhal beliau cuma ingin membela kematian isteri dan anaknya..
Polemik mengenai wajar atau tidak Hang Tuah bersikap setia itu memang panjang perbahasannya. Dan, ia tetap kekal relevan untuk dibahaskan di sepanjang zaman.
Pada zaman dahulu, wabak penderhakaan merebak di mana-mana. Ia mungkin terkait dengan pendirian intelektual Melayu purba pada zaman dahulu.
Intelektual cendekia dan pendeta pada zaman itu barangkali adalah warisan kepada mubaligh Islam dari Hadralmaut dan Parsi. Nenek moyang mereka telah melihat pembunuhan khalifah; pembunuhan Umar r.a, Uthman r.a dan Ali k.w.
Amalan membunuh raja-raja khalifah ini mungkin telah merebak sebagai suatu wabak dan membudaya dalam kalangan bangsa-bangsa Arab; Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyyah.
Maka, sebab itulah warisan Rasulullah s.a.w ini dibawa ke Alam Melayu; Champa, Sumatera dan sudah menjadi sultan dan raja-raja di belahan Dunia Melayu Nusantara.
Maka di Nusantara inilah para cendekiawan pendeta Muslim yang berasal dari Riau itu telah bersepakat memelihara nasab nabi yang sudah bercampur dengan institusi kesultanan Melayu di Nusantara ini.
Raja dibunuh, lambang penderhakaan
Tetapi walaupun Sulalatus Salatin mengirim pesan agar raja Melayu itu jangan diderhakai, namun tetap juga ada yang membunuh raja untuk membuat pembelaan terhadap kematian saudara mereka.
Bagaimanapun mungkin berkat asuhan pendeta itu, tiadalah yang membunuh untuk membuat rampasan kuasa. Kalaupun membunuh, hal itu pasti melibatkan raja yang tidak berlaku adil ke atas rakyat sendiri.
Maksudnya, bukan menderhaka dalam erti kata mahu merampas kuasa. Tetapi, penderhakaan bersebab, iaitu jadi 'menderhaka' (baca: membunuh raja) kerana raja tidak adil.
Maka, hari ini, dosa besar Umno itu bukan saja 'penderhakaan ke atas raja' tetapi 'memperalat raja-raja'. Kini marilah kita rincikan apakah hakikat 'dosa besar Umno memperalat raja-raja dan institusinya' itu.
Lihat kes Patih Karma Wijaya memperalatkan raja untuk menjatuhkan Hang Tuah. Sehebat-hebat Hang Tuah, akhirnya tewas jua dia dengan rencana Karma Wijaya yang memperalat emosi raja. Inilah antara kes terawal yang boleh kita kesan.
Kedua pembunuhan Hang Nadim selepas selamatkan Singapura daripada langgaran todak. Para menteri memperalat raja dengan hasutan bahawa anak kecil ini bakal merampas takhtanya kelak.
Dosa Umno peralatkan raja
Demikianlah dosa Umno yang 'memperalatkan' raja-raja Melayu termasuk institusi raja-raja Melayu itu hingga kini. Semua orang tahu bagaimana Dr Mahathir memperlakukan sesuatu terhadap perlembagaan dengan membuang kekebalan raja-raja, lalu dihebahkan ke serata dunia mengenai kezaliman raja-raja.
Atas dakwaan betapa zalimnya raja, maka dihebahkan bahawa kekebalan raja itu perlulah dimansuhkan guna memudahkan Umno merumuskan akta-akta yang zalim pula seperti AMCP, ISA dan sebagainya.
Sekali peristiwa arwah Ustaz Fadhil Noor pernah juga memarahi ahli Parlimen Umno yang mendakwa bahawa Presiden PAS itu menderhakai titah ucapan baginda dalam Parlimen, yang sebenarnya dikarang oleh Umno, BN juga.
Maka, hal itu dijawab Ustaz Fadhil, “Semua orang tahu titah ucapan tuanku itu dirangka Umno. Jangan nak mengampu kalau tidak pandai mengampu!”
Inilah namanya dosa besar Umno memperalatkan raja-raja Melayu. Mereka menulis ucapan titah diraja, yang sebenarnya dasar Umno, BN jua. Lalu sesiapa yang didapati menyanggah ucapan tuanku itu, akan terus difitnah sebagai penderhaka kepada raja. Inilah yang terjadi hari ini, iaitu dosa paling besar Umno ialah Umno memperalat titah raja-raja Melayu agar institusi ini bersuara mengikut suara hati Umno.
Lalu, ketika umat bangkit 'membangkang titah sultan' (yang sebenarnya suara hati Umno), lalu kita pun dituduh sebagai penderhaka. Alangkah mudahnya menjadi penderhaka pada hari ini.
Dan, itulah yang terjadi ke atas peristiwa terangkatnya Khusrin di Selangor pada hari ini. Apabila umat menolak pencalonan Umno (Khusrin), maka Umno menyatakan bahawa kita telah derhaka ke atas raja. Hanya yang bebal sahaja akan terpedaya dengan tipudaya Dajal Umno-Apco Yahudi Zionis ini.
Kesimpulannya, wiridkanlah Surah Al-Kahfi sebanyak-banyaknya bagi mengelak tipudaya Dajal Umno – Apco akhir zaman ini. Umno itulah Dajal sebenarnya bagi mereka yang masih belum sedar lagi.

No comments:
Post a Comment