Oleh H FANSURI
Ketika menulis ini, masyarakat Barat menyambut pesta April Fool. Dalam sejarah yang diketahui umum, April Fool terjadi di Granada, Sepanyol pada 1487 selepas beberapa daerah jatuh dalam genggaman Crusaders. Granada adalah wilayah terakhir yang mereka ingin takluki. Umat Islam di Sepanyol (kaum Moor) terpaksa bersembunyi di rumah demi keselamatan diri.
Tentera Salib tahu, ramai Muslim sembunyi di rumah. Mereka pun memberitahu, bahawa Muslim Granada boleh keluar dengan aman dan berlayar keluar dari negara dengan barangan mereka. Kapal yang akan membawa Muslim keluar dari Sepanyol telah ada di pelabuhan. Maka ada kalangan mereka yang bersiap meninggalkan Granada untuk menaiki kapal-kapal itu untuk berlayar.
Keesokannya, ribuan Muslim keluar dari rumah menuju pelabuhan. Sementara yang tidak percayakan tentera Salib terus bersembunyi di rumah. Setelah ramai Muslimin berkumpul di pelabuhan, tentera Salib menggeledah rumah kosong, lalu membakar rumah bersama Muslimin yang ada di dalamnya.
Manakala umat Islam yang ada di pelabuhan terpaku ketika tentera Salib membakar kapal-kapal yang dikatakan akan membawa mereka keluar Sepanyol. Tiba-tiba sahaja, ribuan tentera Salib membunuh umat Islam di pelabuhan itu. Laut biru berubah jadi merah kehitam-hitaman. Ia bertepatan 1 April. Inilah harinya yang selalunya dikenang sebagai April Fool Day!
Firaun memperbodoh dan menakutkan kaumnya

Sebenarnya, bukan tentera Salib saja (faktor luaran) yang memperbodoh umat Islam itu. Malah, gejala pembodohan itu juga hadir dengan faktor dalaman yang melibatkan pimpinan tertinggi bagi sesuatu kaum itu.
Misalnya, dalam surah Az-Zukhruf, ayat 51 sehingga 54, Allah s.w.t merakamkan pertuturan Firaun sebagai berikut:-
"Firaun pula menyeru kepada kaumnya, katanya 'Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana)ku? Tidakkah kamu melihatnya?"
"Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina ini (Musa a.s), dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?"
"(Kalaulah benar dia seorang rasul), maka mengapa dia tidak dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang daripada emas (sebagaimana tradisi seorang pemimpin di Mesir), atau malaikat datang bersama-sama dengannya untuk mengiringinya (untuk menyatakan kerasulannya)?"
"(Dengan yang demikian), maka Firaun menakut-nakutkan (memperbodohkan) kaumnya, lalu mereka mematuhinya. Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasiq."
Tamat petikan surah tersebut. Nas ini cukup memberikan penjelasan kepada kita bahawa Firaun itu layak digelar sebagai 'Bapa Pembodohan/Penakutan Manusia'. Firaun akan berpidato di depan rakyatnya dengan menyeru orang-ramai agar tidak melihat pandangan lain, sebaliknya cuma melihat pendapat beliau sahaja. Budaya berfikir sehala adalah suatu kezaliman. Sekatan fikiran tidak patut diamalkan kecuali dengan niat jahat untuk terus membodohkan.
Allah s.w.t turut merakam ucapan Firaun yang zalim dalam rangka memperbodohkan rakyat agar tidak mendengar perkataan Musa a.s yang dikatakan sebagai manusia yang tidak jelas perkataannya. Firaun sebenarnya telah menghalang hak rakyatnya untuk mendapatkan ilmu mengenai Tauhid.
Kedudukan pemimpin Umno yang korup

Maka, operasi pembodohan Umno terhadap rakyat masih juga berterusan sehingga ke hari ini. Gejala pembodohan Umno, tipu daya, tipu helah mereka ini lanjutan daripada sikap tentera Salib yang memperbodohkan Muslimin Granada dalam April Fool itu.
Umno mewarisi sikap Firaun yang memperbodohkan dan menakut-nakutkan rakyatnya sendiri. Tapi, cara Umno membodohkan rakyat itu berlaku setelah Umno sendiri diperbodohkan oleh kebodohan mereka sendiri.
Misalnya begini. Usaha mengheret Anwar ke dalam gejala seks dengan alasan meranapkan kepimpinan Anwar tidak berhasil dalam isu liwat dan video seks di Carcosa itu. BN amnya dan Umno khasnya wajib menyemak semula falsafah kepemimpinan mereka.
Apakah dasar falsafah kepemimpinan Umno hari ini? Persoalan ini perlu dijawab Umno; apakah mereka yang terjebak dalam kegiatan tak bermoral masih boleh diangkat sebagai pemimpin? Ini kerana, Rahim Tamby Chik juga ada skandal seks. Tetapi, beliau masih diberi kepercayaan memimpin Gabem.
Seseorang yang terjebak rasuah seperti Isa Samad masih juga diberikan kepercayaan menerajui Felda. Jadi, hal merogol gadis bawah umur serta jenayah rasuah itu bukanlah suatu pendinding dan tembok penghalang kepada kepemimpinan dalam Umno.
Maka, atas semangat April Fool hari ini, Umno cuba-cubalah bermuhasabah seketika - adakah tindakan memperbodoh rakyat selama ini dengan isu liwat dan video seks di Carcosa itu akan menyebabkan rakyat akan diperbodohkan lagi?
No comments:
Post a Comment