Oleh H FANSURI
Pemukiman bloggers revolusioner di Ampang baru-baru ini menyuntik iltizam dan semangat baharu terhadap perjuangan bloggers selama ini. Apatah lagi pada sebelah malamnya diisi dengan saranan Dr Abu Hassan Hasbullah mengenai rancangan menggerakkan Revolusi 2013.
Pun begitu, ada beberapa yang tidak dapat dijawab, misalnya, "Apakah yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat jika ada mana-mana bloggers pro yang pro mereka dikenakan tindakan saman dan berdepan dengan tindakan mahkamah?"
Antara lain, tuntutan yang didengari ialah permintaan berhubung peruntukan perkakasan teknologi untuk memudahkan mereka membuat laporan dengan cara gerila. Peruntukan sebanyak 15 juta daripada kerajaan negeri Selangor tentang media sahaja misalnya membuktikan kesungguhan kerajaan terkaya itu untuk mengalirkan maklumat yang tepat kepada rakyat Selangor.
Dalam peperangan pemikiran (perang mental) ini keadaannya lebih kurang sama dengan peperangan di lapangan yang sebenar (perang fizikal). Mestilah wujud kumpulan tentera yang tersusun untuk memerangi kekebalan benteng pertahanan musuh.
Tetapi juga, ada suatu skuad yang terpinggir yang kita namakan sebagai 'skuad gerila' yang menjalankan misi serangannya dengan kecil-kecilan. Mereka inilah yang dikenali sebagai Cyber-Troopers dalam Umno. Segala kelengkapannya telah diberikan untuk pasukan gerila cyber-troopers Umno ini.
TV3, RTM, Utusan Malaysia dan Berita Harian tidak boleh digolongkan dalam skuad gerila kerana punya ada tugas khas tertentu. Perwatakan kerajaan juga tidak boleh keterlaluan seperti cara serangan gerila cyber troopers Umno. Jika tidak, rakyat mungkin menolak laporan mereka dengan keras. Pendek kata, penipuan TV3, RTM, Utusan Malaysia dan Berita Harian tidak boleh keterlaluan berlangsung selama 24 jam.
Mereka mesti juga menampilkan wajah bersih dengan mengadakan kuliah agama seperti Al-Kuliyyah, forum hal ehwal Islam, Halaqah, Tilawah Interaktif dan lain-lain lagi. Semua ini perlu juga untuk menambat hati rakyat agar tidak keterlalu menolak Najib Razak dan Rosmah Mansur.
Berita Harian dan Utusan masih juga mengekalkan kolum-kolum agama, bimbingan dan nasihat berhubung soal-jawab agama dalam kehidupan sehingga kita juga terlepas pandang kepada iklan judi yang tertera di halaman belakang kedua-dua akhbar tersebut.
Fitnah ke atas Anwar dan urusan menjatuhkan reputasi Nik Abdul Aziz tidak boleh dibiarkan keterlaluan kecuali sedikit sahaja, kerana rakyat itu janganlah dibiarkan menolak akhbar terus, sebaiknya biarlah rakyat berkata, "Ada baiknya juga ruang-ruang agama dalam TV3, Utusan dan Berita Harian ini."
Dan, semua kebaikan ini juga perlu dan penting agar sesetengah mereka yang lain yang melihat kebaikan Rosmah dan Najib itu akan berkata...
"Bagus juga Najib mengadakan Klinik 1Malaysia... bagus juga Rosmah mengadakan Permata Negara untuk anak-anak kita."
Oleh itu, ringkasnya, TV3, RTM, Utusan dan Berita Harian itu adalah tentera media yang mesti juga memelihara nama baik Najib, Rosmah dengan cara - jangan keterlaluan mencela keperibadian kepemimpinan Pakatan Rakyat. Jika tidak, kelak akan terbit kebencian mendadak dalam kalangan rakyat.
Peranan gerila media cyber-troopers Pakatan Rakyat
Oleh sebab itulah tentera gerila cyber-troopers Umno ini telah dibentuk bertujuan menjatuhkan maruah kepemimpinan Pakatan Rakyat. Najib, Muhyiddin tahu, pihak RTM dan TV3 sekali pun tidak boleh melancar perang pemikiran ganas bertalu-talu selama 24 jam terhadap kepemimpinan PR itu. Jadi, gerila 'cyber troopers' seperti Umno ini perlu diupah.
Maka, demi rakyat, PR perlu memikirkan sesuatu terhadap perkara ini. Kerajaan PR di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan mungkin menguruskan suatu peruntukan dana bagi melicinkan perang secara gerila cyber-trooper Pakatan Rakyat juga.
Dalam perang gerila cyber-troopers PR, kumpulan boleh melancarkan serangan selama 24 jam berturut-turut apatah lagi apabila musim pilihan raya kecil dan pilihan raya umum yang akan datang.
Pemukiman bloggers Pakatan Rakyat kali kedua yang diadakan baru-baru ini di Ampang adalah suatu anjakan baharu ke arah menyusun semula langkah serangan gerila secara yang lebih berkesan.
Sekurang-kurangnya, ketika pejabat-pejabat kerajaan negeri PR dibuka untuk bloggers, maka sikap itu sudah cukup membuktikan bahawa PR amat serius memanfaatkan bloggers yang akan menyerang secara gerila ke atas Umno dan BN ini. Bloggers gerila memerlukan sokongan moral dan dokongan modal.
Kesimpulannya, PR perlu bersikap serius untuk menang dengan membantu bloggers gerila ini. Tidaklah ramai penulis yang setia dan sedia melancarkan serangan kecuali dibantu suatu kuasa yang didokongi rakyat. Siapa lagi yang mahu diharapkan jika bukan PR? Semoga pemimpin PR dapat menghadam agenda Revolusi 2013 ke arah menggulingkan pemerintahan Najib Razak dalam pilihan raya umum yang akan datang.

No comments:
Post a Comment